Wednesday, February 24, 2010

Salam Maulid Rasul....

Salam...

Esok adalah hari sambutan Maulid Rasul bagi tahun 1431H...
Sambutan tersebut disambut sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w.
Mudah2 sempena sambutan tersebut akan menguatkan lagi ingatan kita kepada baginda s.a.w. dan sejarah perjuangannya dalam menyebarkan ajaran Islam....

Kaabah tempat kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M....

Kalau sebelum ni kita terlalu sibuk dgn tugas2 harian dan kehidupan masing dgn pelbagai aktiviti...
Apakata esok luangkan sedikit masa untuk menyelami sejarah kelahiran, perjuangan dan seterunya sehingga kewafatan baginda s.a.w.
Dengan mengenali baginda secara lebih dekat akan menambah rasa cinta dan kasih kita terhadapnya...InsyaAllah....

Due Date....

Salam...

Sepatutnya...esok 26 Februari 2010 adalah due date bagi kaklong melahirkan baby sulung ni...
Namun, sehingga hari ni kaklong masih ada kat Office...kerja mcm biasa (xmcm biase gak...byk rehat2 jer....bukan curi tulang ye...;>)

Semalam, lps Office hour pegi ziarah jiran merangkap officemate yang dah selamat melahirkan...alhamdulillah anak dan ibu sihat....

Berdebar2 rasenye...menunggu bila lah baby akan keluar...
Ummi dan Abah tunggu baby kat luar ni....



Monday, February 22, 2010

My Future Baby....

Salam...

Semalan kaklong pegi buat pemeriksaan kandungan seperti biasa...
Dah minggu 39+....
Kata Dok yg memeriksa semalam...
Kmgkinan baby agak besar...sihat...
(xscan pun, so tak tau berapa berat die....)
Kedudukan kepala baby dah turun sedikit ke bawah...
Hb terakhir yg diambil masa minggu ke-38 hari tu...12.2...
Tekanan darah pun alhamdulillah...110/80....
Urine pun semua ok...

Mudah-mudahan kaklong selamat melahirkan...
Tarikh jangkaan pada 26Feb (Jumaat) ni...
Bersamaan ngn 12Rabiulawal....lambat atau cepat hanya Allah yg tahu...

Pergerakan baby dlm perut...sgtlah aktif...
Terutama pada waktu malam, time kaklong duk berehat2 ngn suami...
Suka sgt...bila kite usap2 perut...die bg tindak balas...
Nikmatnya rasa bila fikirkan ada insan kecil dlm perut yg bakal lahir...

Syukur padaMu ya Allah...
Atas peluang dan kesempatan yang Kau berikan...

Seminar Undang-Undang Islam dan Hukuman Sebat Wanita

Salam

Dah lama sgt kaklong tak buat n3 baru kan...
Tp, xpelah...blog ni pun taklah jadi kunjungan sgt...
Kaklong pun bukan blogger tegar...
Sekadar mengisi kelapangan waktu yg ada...berkongsi sekadar apa yg patut...
Baru2 ni...kaklong hadiri Seminar Undang-Undang Islam dan Hukuman Sebat Wanita di Bilik Senat, Bangunan Canselori UKM....
seminar ni anjuran Institut Islam Hadhari UKM...
Program berlangsung pada 18 Februari 2010 (Khamis)...
Pergi sorang je dr ofic...tp taklah drive sendiri...naik keta jabatan...

Kalau kn pergi sendiri mmg tak pegi dah...
Huhu...dh mls nak drive keta jauh2 tgh sarat2 mcm ni...

Bagus gak program ni...melalui seminar ni banyak ilmu mengenai peruntukan hukuman sebat dalam undang-undang Islam yg kaklong dan semua peserta perolehi...
Yg penting...
masyarakat kena faham bahawa...hukuman sebat syarak yang dilaksanakan di Malaysia ni...tak sama seperti hukuman sebat sivil..

malah tak melukakan pun...dan mmg tak boleh pukul sampai mendatangkan kesan luka... Hukuman yg dilaksanakn hanya bertujuan untuk mengajar..
Memberi pengajaran agar kesalahan tak diulang kembali...


Masalah sosial remaja Islam pada hari ni pun semakin teruk dan berleluasa...
Perlaksanaan hukuman yg lebih berhikmah dan memberi pengajaran amat perlu diberikan...

Bukan menghukum mereka dengan keras sehingga akhirnya timbul rasa dendam dan sebagainya...


Sekian, omelan kaklong di pagi hari...

Tuesday, February 16, 2010

Tanda-tanda bersalin

Salam....

Kaklong sekarang dah 39minggu....alhamdulillah sehingga hari ni...kaklong belum alami sebarang tanda2 nak bersalin lagi...masih dtg kerje mcm biase...
Cuma sakit2 badan dan pinggang tu mmg tak dapat nak dielakkan lah...

Baby dalam perut pun semakin aktif...
Sekarang ni rasenya setiap jam baby bergerak...
Keras perut kaklong bila die menendang dan sebgainya...

Untuk menambah pengetahuan kaklong yg mash cetek ni...sempatlah juga cari maklumat tntg tnda2 nak bersalin...mungkin boleh berkongsi ngan blogger n readers lain juga...kaklong dapatkanya dari sini


Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.


Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.


Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.


Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.


Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.


Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

CnP....dari alamhamil.com....


Wednesday, February 10, 2010

Nak Makan Ni.....

Salam....

Sejak kebelakangan ni...kaklong asyik teringat Blueberry Cheese Tart....
Nak mkn..
.

Nak buat malas...huhu...
Nak beli pun..malas nak kuar...nak kn ajak suami cari bakery shop lagi....

Kata orang masa mengandung ni...
Bila teringin nak mkn sesuatu...
Kn cari gak sampai dapat...
Kalau tak, cian kat anak...meleleh air liur...
Huhu...betul ke?

Apapun, kaklong harap tak btl lah semua tu...
Teringin kan sesuatu bukan saja berlaku ketika seseorang tu mengandung...
Kadang2 pada waktu2 biasa pun kita teringin nak mkn mcm2...
Yang penting...akal harus mengawal nafsu...

Tazkirah di Pagi Hari.....

PANDUAN IMAM AL GHAZALI
Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, angg
aplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.


2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya

Isi perut yang lapar...

Salam..

Sejak kebelakangan ni... Kaklong asyik lapor je... Jadi pe lagi...duk ofis dlm bilik sorang2...buat air Milo...mkn ngan roti...
Sedapnyer...yummy... Roti ni mmg beli byk..buat stok simpan kat ofis... Terima kasih buat suami yg rela melayan kerenah isterinya yg mkn kuat mkn...
Lpas bersalin nnt, kenalah kaklong diet... Badan naik berkilo2... Huhu... Apapun. semoga baby dalam kandungan kaklong ni sihat...
Semakin aktif die bergerak sekarang ni...

Adakalanya perut ni rasa keras dan berbonjol2 ngan anggota badan baby...mgkn siku, lutut, bahu...


Indahnya perasaan bila membayangkan bakal menjadi seorang IBU....


Sunday, February 7, 2010

Mengantuk dan Keletihan....

Knp hari ni....Kaklong rasa mengantuk dan letih sgt....
Pagi tadi pegi check up rutin mcm biasa....
Alhamdulillah...baby sihat....jantung baby berdegup ngn normal...kedudukan kepalanya dah ke bawah...
Kesihatan kaklong pun alhamdulillah...tekanan darah normah...hb pun normal...cuma berat yg bertambah....tp kira normal lah bg ibu mengandung...

Balik dari klinik tadi dah jam 11.30 pagi...
sejak tu ngantuk sgt...
Tengahri tadi, time rehat...balik umah...solat n mkn nasi...
Ni kat ofis....sejak tadi masih rase menagntuk, letih dan takde mood nak buat pape...
Tepu je rasa nak buat kerje...
Padahal kerje byk...
Huhu...nape ni...?

KL Central-Bangi

Salam...

Hujung minggu baru2 ni, mak, ayah dan adik kaklong ngan isteri serta anaknya dtg umah...
Diorang dtg ngan Shuttle dari Ipoh ke KL....sajer katanye nak jln2...sampai kat KL Central, kaklong dan suami tunggu....pastu kami sama2 naik komuter ke Bangi...
Itu citer hari sabtu....

Hari Ahad plak...kaklong dan suami hantar ngan kete ke KL Central...
Pastu kaklong dan suami pegi JUSCO Tmn Maluri sebab nak hantar Microwave yg rosak...Nasib masih dlm warranty, hehe....

Bila dah mlm....pe lagi...
Sakit segala urat kaki...kaki pun bengkak...maklumlah...berjalan dengan perut yg dah semakin sarat membesar...
Kaklong sekarang dah 37week...3 minggu lagi due...
Mudah2an...kelahiran sulung ni mudah bagi kaklong....

Ya Allah...keluarkan anakku dari dalam kandunganku dengan mudah dan selamat....amin....

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...