Saturday, July 30, 2011

Cucu Atuk dan Opah Manjung





Salam....

Kali ni kaklong nak kongsi citer dua orang budak kecik yg sdg membesar...
Cucu Atuk dan Opah Manjung...Syafiqah dan Miqdam..
Usia Syafiqah 17 bulan (1 tahun 5 bulan), Miqdam plak dah genap 2 tahun.

Bila balik kampung atau berjumpa dua orang budak ni...gamat lah juga...
Mula2 dulu suka sangat bertumbuk...mengigit..tolak menolak...tak kiralah...Fyqah si gegirl atau Miqdam si boboy...sama je...

Sekarang...dah cerdik lah sikit...main sama...berkongsi mainan, makanan dan terkedek2 je dua-dua berjalan...
Miqdam dah pandai pggl Fykah dgn loghatnya "Kah!!!" dam Fyqah pnggl Miqdam dgn loghatnya yang kadang2 bunyi "Dam!!!" kadang-kadang bunyi "Bam!!!"...
Lucu je bila dgr budak berdua ni...

Kalau tengah baik tu....bgs je...makan sepinggan...suap menyuap...main pun berkongsi...
Tp kalau time angin tu rasa tak puas hati nak berebut...adalah yg tak kena...adalah yg dpt tanda...haha...time ni knlh mak2 n pak2 sedare deme or opah ngn atuk deme masuk campur...

InsyaAllah...Aidilfitri tahun ni akan meriah dgn kerenah dua bebudak kecik ni...Syafiqah dan Miqdam....Moga sebulan Ramadhan yg bermula malam ni dan akan berakhir sebulan akan datang ditempuhi dgn sejuta kesyukuran dan keberkatan..

Itulah serba sediktit kisah Syafiqah...anak kaklong n suami dan Miqdam anak adik kaklong...si Ikhwan dan isterinya... Untuk kali ni, hanya Syafiqah dan Miqdam sajalah cucu atuk dan opah di Manjung...



Marhaban Ya Ramadhan

Salam buat semua..

Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang untuk meraikan ketibaan bulan yang penuh barkah bulan yang diiktiraf sebagai bulan yang lebih baik dari seribu bulan...
Mudah-mudahan ketibaan Ramadhan kali ni lebih membawa erti dalam kehidupan kita semua umat Islam.

Ramadhan sebenarnya hadir dengan membwa pelbagai rahmat...antranya:


  1. Bulan untuk mendidik peribadi : pembentukan akhlak yang mulia perlu dimulai dengan niat, namun tanpa usaha..niat akan menjadi si-sia. Walaupun di awal tahun setiap orang dah pasang mcama-macam azam, namun pasti masih ada yang belum berjaya terlaksana.....justeru moga kehadiran Ramadhan akan membantu kita semua untuk merelasasikan azam untuk menjadi seorang muslim yang berakhlak mulia, yang menjaga dan menghiasi peribadi berlandaskan al-Quran dan Sunnah, yang menjaga makan dan minum untuk mengawal keseimbangan berat badan, yang mahu berhenti merokok, yang mahu memperbanyakkan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak dan sebagainya.

  2. Bulan untuk menginsafi diri: Ketika menjalani ibadah puasa, dapatlah kita semua menginsafi diri bahawa selama ini kita mempunyai nikmat yang banyak untuk makan dan minum sepanjang masa. Apa saja yang teringat dah kempunan dihati dapat dipenuhi malam, Namun ketika menjalani ibadat puasa dapatlah kita semua merasa betapa sukarnya mereka yang hidup susah penuh kemiskinan untuk memenuhi keperluan makan dan minum...contohnya mereka yang hidup melarat di Somalia...untuk mendapatkan seteguk air pada waktu panas terik amatlah sukar.

  3. Bulan mengajar erti kesabaran: Ramadhn adalah bulan yang terbaik untuk mendidik jiwa kita akan sentiasa brsabar melawan nafsu, bukan sahaja nafsu makan, malah nafsu amarah yang lain. Segala sifat Mazmumah dapat dikawal dan seterusnya disingkir jauh dari diri kita semua. InsyaAllah.

Sebenarnya banyak lagi yang dapat kita manfaatkan sempena dengan kehadiran Ramadhan. Mudah-mudahan Lailatul Qadar milik kita...


Sambutan awal Ramadhan kaklong tahun ni besama keluarga kaklong di Manjung. Alhamdulillah semua adik2 dapat berkumpul, kecuali ct dan syahir yang tak dapat pulang. Jom kita sama2 pasang niat dan azam moga Ramadhan yang berlalu tidak pergi dengan sia-sia. Antaranya memperbanyakkan membaca al-Quran, memenuhi malam degan solat tarawikh, berbakti kepada keluarga, cari malam untuk Lailatul Qadar dan sebagainya.


Friday, July 22, 2011

Sakitkah???.....ACL Ligament Raconstruction (revision)

Salam...

Dah lama bebenor kaklong tak update....
Sebenarnya saat dan tika ini, kaklong bercuti..MC...selepas menjalani operation kali kedua...
Membetulkan urat ligament kat lutut kanan yang dulunya koyak sebab jatuh motor pada tahun 2005...tapi kali ini operation semula sebab yg operate tahun 2008 dulu tu failed...huhu...
Ni kira kes revision la ni...
Jadi...kaklong nak abadikan skt story pengalaman kaklong sepanjang 4 hari kat HUKM...Termasuk cerita tntg breastfeeding...si kecil Fyqah jual mahal tak nak kat kaklong dan sebagainya...juga cerita ttg pengorbanan mak menjaga kaklong kat hospital...


16/6/2011 (Khamis)



  • Kaklong masuk wad...jam 10.45pg dapat katil.

  • Suami, mak dan ayah yg dtg dr Perak hantar kaklong..Fykah pun ada sama....

  • Sedih sgt bila malam tidur tanpa Syafiqah, first time tgglkan Fyqah...

  • Susuibu seperti biasa kaklong pam...tgh mlm kaklong bgn pam susu, pastu cr nurse nak simpan susu dalam freeze..



17/6/2011 (Jumaat)



  • Dalam jam 12.00 tghri kaklong diminta bersiap...nk msk bilik bedah...

  • Mak, ayah, suami dan adik kaklong dtg...Fykah pun dtg gak....sebelum msk bilik bedah, kaklong minta kebenaran kat nurse nak breastfeed Fykah dulu, kalau ikut prosedur tak blh, sbb budak kecil tak blh masuk wad...tapi alhamdulillah staff nurse yg bertugas masa tu bgs sgt....die siap bukakan pintu khas untuk mak bawa Fyqah masuk jumpa kaklong...brestfeed dulu...sebab lepas ni tiga hari kaklong tak boleh breastfeed Fyqah...sebab ambil ubat.

  • Lebih kurang Jam 1.00 tghari kaklong ditolak ngn katil masuk bilik bedah...masa tu berdebar gak..takut....semua ada....

  • Bila dah masuk bilik bedah...nampaklah beberapa orang doktor, nurse....semuanya bertopeng...haha...

  • Sebelum operate...doktor bius ambil tugas dulu..die suruh kaklong duduk bengkokkan badan....die nak cucuk epudaral...kasi bius separuh...cucuk punya cucuk...die tak jumpa gak saraf untuk kasi kaklong kebas....urat apa ntah yg die cari...sakitnya mmg tak terkata...air mata jelah yg mampu kaklong alirkan...haha....

  • Akhirnya...diorang buat keputusan untuk tidurkan kaklong lepas tgk kaklong duk menahan sakit...Alhamdulillah...lega sgt bila doc berhenti mendera kaklong dgn tusukan-tusukan jarum kat tulang belakang tu...Lepas tu kaklong diberi alat pernafasan...dgr suara dok je...suruh kaklong tarik nafas..lepas...tarik...lepas....then...kaklong tak sedar apa dah....

  • Kaklong tertidur...siap bermimpi bagai....tiba2...dgr suara orang panggil kaklong....

  • Rupanya...dah pukul 6.00ptg....operation dah selesai dan kaklong dihantar kembali ke wad...kepala dah pening...loya dan sebagainya...

  • Malam tu, mak temankan kaklong tidur di wad...sebab kaklong tak blh bgn...sebelah kaki dah berbalut dari lutut ke bawah dan tak blh bergerak...

  • Bermula malam tu...mak lah yg jaga kaklong...makan minu...mandi...hehe...lap2 je badan....kasi wangi sikit...idok le masyam tak mandi 3 hari...



18/6/2011 (Sabtu)



  • Kaklong masih di wad HUKM...Suami dan adik2 sentiasa datang....

  • Fyqah plak dah sekian lama tak jumpa...hehe..tak lah lama benor...cuma dah 3 hari tak jumpa....tak breastfeed dia...susu kaklong ttp pam..tpi buang...

  • Production susu semakin kurang...huhu...



19/6/2011 (Ahad)



  • Masih lagi di wad....mak masih setia menemani...

  • Sakit badan mak tidur di hospital tanpa katil atau tilam yg empuk...kaklong je atas katil...tapi mak??? sian tgk mak....kn ingat jasa mak ni....

  • Fykah dtg dah agak petang tu...sedih sgt bila Fykah hanya perhati kaklong dgn muka yg terpingga-pingga...bila kaklong nak ambil die...die tak nak...menolak tgn kaklong...huhu...kenapa ni sayang....marahkan ummi ke?

  • Bila dah pujuk2 akhirnya mahu juga Fykah duk atas riba kaklong...



20/6/2011 (isnin)



  • Pagi tu Dr. Syed yg bertanggungjawab jalankn operation dtg bersama pasukannya...die buka bulatan...cuci luka dan sebagainya...

  • Pastu dia bagitau kaklong blh balik hari ni...yahuu...best....

  • Hampir petang...sampailah kaklong kat umah...Fyqah pun kembali ok....

  • Dah mula nak manja2...cr kaklong nak breastfeed....alhamdulillah sekarang Fyqah masih breastfeed mcm biasa...



Itu lah saja...sepanjnag di hospital kaklong jumpa mcm orang...mcm2 kerenah orang....bila mlm tidur mmg tak lena..mcm2 bunyi ada....mklumlah orng sakit...duk plak wad orthopedik...ada yg potong kaki, patah tulang dan mcm2 lah....jadi...Jagalah kesihatan diri....Ingatlah Sihat Sebelem Sakit....




InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...