Tuesday, August 23, 2022

InsyaAllah akan kembali..

 Assalamualaikum.

Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran... 

Berkongsi untuk menyimpan memori dan kenangan..

Berkongsi untuk tambah pengalaman dan pengetahuan..

berkongsi untuk menfaat bersama...

InsyaAllah...

Kita start dulu dengan gambar kenangan anakanda Tengku Nurain Syafiqah dan sepupunya Miqdam. Kedua-duanya dah nak masuk fasa Pra Remaja.... Kakak Syafiqah tahun depan masuk Tingkatan 1 dan Miqdam tahun depan masuk Tingkatan 2..


Masa terasa pantas bila tengak balik gambar lama anak-anak... Semakin berusia kita...semakin banyak nikmat yang meninggalkan kita...antaranya nikmat kesihatan...  Jaga diri semua.

Thursday, September 13, 2018

SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM)


Assalamualaikum.

Ni kaklong share sikit apa yang dikatakan SPPIM tu...harap boleh membantu. Untuk lebih detail..boleh terus ke link http://www.sppim.gov.my/sppim/home...



___________________________________________________________________

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang dibangunkan oleh secara kerjasama oleh Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pembangunan system ini bermula pada tahun 2004 dengan nama yang dikenali sebagai SIMPI. Sistem ini telah melalui satu transformasi sesuai dengan peredaran dan kehendak semasa dan seterusnya dijenamakan dengan nama SPPIM pada tahun 2012.

Pembangunan system ini disediakan berasaskan proses kerja yang lengkap dalam aspek Pengurusan Perkahwinan Islam di Malaysia. Ianya bermula dari proses permohonan kursus praperkahwinan, permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai dan ruju’ serta rundingcara di semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), khususnya di peringkat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Malaysia secara lebih efisen dan sistematik.


Modul Yang Terkandung Dalam SPPIM

Menerusi SPPIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebagai pengguna dapat memudahkan proses kerja mereka. Antara modul yang terkandung dalam SPPIM ialah:

Pendaftaran Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam

Pendaftaran Penganjur Kursus Praperkahwinan Islam
Mengeluarkan Sijil Kebenaran Penganjuran Kursus Praperkahwinan
Mengeluarkan Sijil Kursus Praperkahwinan Islam
Mengeluarkan Surat Kebenaran Berkahwin
Memproses Permohonan Pendaftaran Nikah, Cerai dan Ruju'
Mengeluarkan Surat Perakuan Nikah
Mengeluarkan Surat Perakuan Penceraian
Mengeluarkan Surat Persekedudukan Semula (Ruju')



Sehingga kini (2018) enam (6) buah negeri telah menggunapakai sistem ini bagi membantu pengurusan perkahwinan Islam di negeri terbabit, iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Usaha yang berterusan akan dilaksanakan oleh Jakim untuk menjalankan integrasi bersama dengan lain-lain negeri untuk menggunapakai sistem ini.


Kepentingan Penggunaan SPPIM

Beberapa penyelarasan prosedur perkahwinan Islam di negeri-negeri yang terlibat telah berjaya dicapai melalui SPPIM, iaitu:
ü  Kad Perakuan Nikah
ü  Borang-borang Nikah, Cerai dan Ruju’
ü  Permohonan Kebenaran Berkahwin Secara Online
ü Aliran proses kerja yang standard bagi permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai dan ruju’, rundingcara dan kursus praperkahwinan Islam.



Perkahwinan Adinda Siti Zubaidah

Assalamualaikum...

Sangat lama tak update...tetiba rasa nak update.. Banyak perkara berlaku dalam kehidupan kaklong yang kini menginjak usia 35 tahun... rasanya ni adalah n3 pertama untuk tahun 2018.. 
Alhamdulillah ahli keluarga juga dah bertambah... Anak masih tiga untuk tahun 2018 ini. Tapi, kaluarga besar kaklong bertambah dengan menerima orang baru sebab perkahwinan adik-adik..hihi.

 Tahniah buat adinda Siti Zubaidah....bertemu jodoh dengan Saed Ba Hakim..sekarang diorang menetap di Canada dan telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel..

Siti...we miss u so much...hampir setahun tak jumpa sejak siti berhijrah ke Canada... Hopefully tahun depan Siti dapat balik dengan Adil yang comel...

Ok...sikitlah nak share pasal perkahwinan Siti adik kaklong warganegara Malaysia lah kan...dengan Saed warganegara Yaman. Sebenarnya Saed adalah sahabat adik kaklong Nasrullah yang sama2 study kat UTP. kenal ngn adik no.4 tu dah lama...dan alhamdulillah berjodoh dengan adik ke.5...Keluarga Saed sangat baik...mak ayah dan adik beradiknya semua baik2 dan diorg menetap di Surabaya.

Siti dengan keluarga barunya...

Dari segi prosedur perkahwinan diorang alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Mula2 Siti kena mohon Kebenaran Berkahwin melalui online SPPIM. Isi online dan penuhi semua tuntutan seperti ujian HIV dan lain-lain. Manakala untuk Saed dia perlu mohon kebenaran ke Kedutaannya..yang ni agak teknikal sebab Yaman negara bergolak dan tiada kedutaan, malah Siti juga kena ambil Sijil Berkelakuan Baik (Good Manner) dari Wisma Putra di Putrajaya. Lepas dapat sijil ni, Saed baru boleh majukan permohonan berkahwin diorang. Bila Saed dah dapat kebenaran, barulah Siti boleh majukan permohonan ke Pejabat Agama bersama-sama dengan kebenaran berkahwin yang Saed punya. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Kaklong doakan moga jodoh kalian berpanjangan dalam rahmat mawaddah dan sakinah.


Monday, January 16, 2017

STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI PIMPINAN RASULULLAH S.A.W.



Penglibatan penduduk Madinah dalam sektor ekonomi merupakan perkara asasi bagi mereka. Sebelum kedatangan Islam ke Madinah, sektor ekonomi telah menjadi tunjang belakang dalam menjana sumber pendapatan bagi menyara kehidupan. Pelabagai kegiatan ekonomi dijalankan oleh mereka seperti aktiviti perniagaan, perdagangan, pertanian dan perusahaan. Namun setiap kegiatan yang dijalankan tidak mempunyai sistem yang khusus bagi memantau dan mengawal perjalanan ekonomi dikalangan penduduk. Ketiadaan sistem tersebut menyebabkan kewujudan pelbagai unsur penindasan, ekploitasi, tipu helah dan monopoli dalam kegiatan ekonomi mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa sistem ekonomi ketika itu mempunyai unsusr-unsur sistem ekonomi kapitalisme. Keadaan ini telah berubah setelah kedatang Islam ke Madinah. Ajaran Islam telah memandu ekonomi penduduk Madinah khusunya sehingga sektor tersebut dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkembang maju.

Sistem Perekonomian Islam
Pengertian sistem perekonomi Islam dapat difahami sebagai satu peraturan yang memandu perjalanan ekonomi berlandaskan al-Quran dan sunnah. Islam sebagai agama yang syumul meletakkan perbahasan ekonomi dalam pelbagai aspek yang merangkumi pemecahan sektor-sektor ekonomi, penerangan masalah-masalah hukum dan politik serta tindakan yang perlu dilakukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah perlaksanaan ekonomi. Malah Islam turut menggariskan etika-etika dan prinsip-prinsip tertentu dalam sistem ekonominya. Pengertian ekonomi Islam yang dikemukakan oleh ahli ekonomi Islam tidak bercanggah dan terpisah dengan panduan ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Malah matlamat ekonomi Islam ialah untuk memperolehi kekayaan di dunia bagi mencapai kebahagian di akhirat. Sebaliknya matlamat sistem ekonomi lain ialah untuk memdapat kebahagiaan di dunia semata-mata. Keinginan manusia yang tidak terbatas menyebabkan matlamat untuk memperolehi kebahagaian di dunia tidak akan tercapai, sebaliknya semakin banyak kekayaan diperolehi manusia akan merasa tamak untuk mendapatkan lebih dari apa yang telah diperolehi.

            Pengkaji bidang ekonomi Islam telah mengemukakan pelbagai prinsip ekonomi dalam karya mereka. Ada dikalangan penulis hanya meringkaskan prinsip tersebut kepada tida bahagian, iaitu hak milik, kebebasan terpimpin dan campur tangan pihak berkuasa (Mahayudin Yahaya 2001 : 249). Menurut Mahayudin Yahaya hak milik yang sebenar ialah Allah s.w.t. yang memiliki segala sesuatu di alam semesta. Justeru, setiap ahli ekonomi Islam berhak menggunakan segala sumber yang ada di alam semseta untuk tujuan ekonomi. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut terhad dan terpimpin dengan peraturan-peraturan tertentu. Bagi memimpin dan menghadkan kebebasan tersebut, campur tangan pihak berkuasa atau pengusaha di haruskan dalam Islam. Tujuan campur tangan tersebut adalah untuk mewujudkan keseimbangan dalam pengagihan harta dan sumber ekonomi.

            Islam menekankan prinsip-prinsip ekonominya agar segala aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh umat Islam tidak lari daripada landasan syariah. Walaupun Ijtihad dibolehkan dalam menentukan permasalahan ekonomi, namun Ijtihad tersebut berpegang kepada prinsip-prinsip ekonomi Islam yang menjadi ketetapan. Prinsip-prinsip ini turut menjadi teras kepada pemikiran ekonomi Islam. Antara prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah konsep harta, kebebasan pemilikan, penggunaan hak milik, pengharaman amalan ekonomi batil, kewajipan amalan ekonomi yang halal dan kawalan pihak berkuasa.

            Berasaskan kepada matlamat, dasar dan matlamat ekonomi yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. berasaskan wahyu al-Quran, Maka ekonomi Islam di Madinah telah dijalankan secara lebih aman. Malah Rasulullah s.a.w. turut menghalang sebarang amalan ekonomi yang berunsur penindasan, tipu helah dan monopoli. Pentingnya kegiatan ekonomi pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Madinah dapat dilihat menerusi penurunan wahyu-wahyu daripada Allah s.w.t. di Madinah yang menyentuh mengenai mu’amalah Islam, iaitu hal-hal yang berkaitan dengan jual beli. Selain itu, terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang menggalakkan umatnya agar berusaha untuk mencari rezeki melalui sumber-sumber yang telah Allah s.w.t. sediakan di alam semesta. Al-Quran turut mengajar kepada umatnya bagaimana untuk bercucuk tanam dan menjalankan kegiatan perusahaan.


Aktiviti Perekonomian Rasulullah s.a.w.

Kegiatan-kegiatan ekonomi masyarakat Arab yang merangkumi sektor perniagaan dan perdagangan, sektor pertanian serta sektor perusahaan terus dijalakan oleh masyarakat Arab, walaupun telah menganut Islam. Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin umat Islam ketika itu telah mewujudkan satu sistem perekonomian yang lebih teratur dan kemas. Malah baginda s.a.w. turut mewujudkan pasar yang mempunyai nilai-nilai Islam, dimana perniagaanya dikawal selia oleh baginda s.a.w., agar perjalanan aktiviti ekonomi di kaswasan sekitar berlangsung sejajar dengan ajaran dan amalan Islam. Penglibatan baginda s.a.w. dalam kegiatan perekonomian telah memberi pengalaman kepada baginda untuk mengatur urus sistem perekonomian Islam di Madinah ketika itu.

            Perkembangan ekonomi masyarakat Islam pada awalnya mengalami sedikit kesukaran. Umat Islam di Makkah telah berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala harta benda di Makkah. Malah, kaum musyrikin Makkah telah merampas segala harta kekayaan umat Islam di Makkah. Justeru, tanpa membawa harta, mereka telah datang ke Madinah untuk membina kehidupan yang baru. Pertolongan umat Islam di Madinah telah berjaya menghapuskan jurang ekonomi dikalangan umat Islam. Malah terdapat tokoh-tokoh Muhajirin yang berjaya meletakkan diri mereka dikalangan ahli ekonomi yang berjaya.

Aktiviti perdagangan merupakan sebahagian daripada tradis bagi masyarakat Arab yang telah dijalankan sejak sebelum kedatangan Islam. Setelah menerima Islam sebagai agama mereka, masyarakat Arab tidak menghantikan aktiviti tersebut, sebaliknya mereka telah pergi dan berdagang lebih jauh. Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam agar keluar berdagang ke serata tempat seperti Yaman, Syam, Parsi dan sebagainya. Disamping membawa barang dagangan, umat Islam diseru supaya menyampaikan dakwah ke tempat-tempat yang dituju, seperti Talhah b. Abd Allah, Zubayr b. Awwam, Said b. Zaid dan sebagainya telah keluar berdagang ke Syam dengan membawa barang dagangan daripada Madinah (al-Sharif 1964 : 373). Kegiatan perdagangan masyarakat Arab menjadi semakin rancak selepas kerasulan Muhammad s.a.w.

            Madinah merupakan kawasan yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Penduduk Madinah kebanyakkannya menjalankan kegiatan pertanian sejak zaman Jahiliyyah lagi. Justeru, setelah Islam datang ke Madinah, mereka masih meneruskan kegiatan tersebut. Rasulullah s.a.w. telah memperelokkan lagi sistem pertanian penduduk Madinah dengan meminta bantuan daripada golongan Ansar yang sememangnya berpengetahuan dalam aktiviti bercucuk tanam.

            Rasulullah s.a.w. memberikan galakan yang tinggi kepada umat Islam agar bergiat dalam sektor pertanian. Ayat al-Quran yang merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.a.w. kepada Rasulullah s.a.w. sendiri mengandungi petikan-petikan yang indah tentang penanaman dan pertumbuhan ladang, kebun-kebun anggur dan sebagainya. Ini telah memberi dorongan yang kuat terhadap usaha-usaha pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Islam di Madinah ketika zaman Rasulullah s.a.w.

            Penduduk Madinah berpengalaman dalam aktiviti penanaman kurma dan anggur. Mereka sering berusaha untuk menghasilkan benih yang baik bagi menghasilkan kurma dan anggur yang subur. Justeru, mereka telah menyemai dua jenis benih kurma yang berlainan jenis. Penanaman kacuk ini pada mulanya ditegur oleh Rasulullah s.a.w., namun setelah memperolehi hasil yang subur, baginda s.a.w. membenar dan menggalakkan penduduk Madinah untuk mengusahakan penanaman kacuk (al-Hasany 1983 : 166). Selain itu, ladang-ladang dan kebun-kebun pertanian telah diperluaskan lagi pada zaman Rasulullah s.a.w. Galakan baginda s.a.w agar umat Islam menghidupkan tanah-tanah pertanian yang terbiar menjadikan kegiatan pertanian mereka semakin rancak diusahakan.

            Penanaman gandum merupakan antara penanaman yang sangat diberi perhatian, Selain hasil gandum yang boleh diproses menjadi air, penduduk Madinah turut mengisar hasilk gandum untuk dijadikan sebagai tepung bagi membuat roti dan makanan mereka. Sebelum kedatangan Islam, gandum hanya ditanam secara kecil-kecilan dibawah pohon-pohon tamar (Jawad Ali 1993 : jil. 7 : 539). Penduduk Madinah golongan Muhajirin telah berkolaborasi bersama golongan Ansar untuk memperluaskan ladang-ladang penanaman gandum, antara yang terlibat ialah Talhah bin Ubaydillah (Abd Allah 1992 : 207).

            Penduduk Madinah turut mengusahakan penanaman buah-buahan seperti delima, tembikai dan epal. Begitu juga dengan sayur-sayuran seperti labu, bawang putih, bawang merah, peria dan sebagainya. Golongan Mawali dan hamba merupakan orang yang bertanggungjawab membawa benih-benih tersebut ke Madinah dan Semenanjung Arab amnya untuk disemai dan ditanam dengan baik. Bagi menjamin kesuburan hasil tanaman, Rasulullah s.a.w. mengambil berat dalam sistem pengairan di Madinah. Baginda s.a.w. melarang sebarang monopoli sumber air. Dalam suatu peristiwa, ketika Zubayr menggunakan air daripada sebuah telaga untuk menyiram tanamannya, Rasulullah s.a.w. telah berpesan agar meninggalkan lebihan air untuk kegunaan petani lain (Afzalur Rahman 1994 : jil. 2 : 270).

            Penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang datang daripada pelbagai tempat telah menjadikan Madinah sebagai sebuah wilayah di Semenanjung Arab yang kaya dengan hasil perusahaannya. Ketika zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Madinah, umat Islam dan penduduk Madinah menjalankan perusahaan pembuatan berasaskan besi, seperti membuat senjata dan peralatan pertanian. Umat Islam memberi perhatian dalam perusahaan membaut senjata seperti pedang, lembing, panah, perisai, baju besi dan sebagainya. Bermula daripada Perang Badr, umat Islam telah berusaha menandingi kaum Quraysh di Makkah dalam membuat senjata (Subhi al-Salih 1990 : 86).

            Selain daripada perusahaan membuat senjata, penduduk Madinah turut terlibat dalam peusahaan yang bersumberkan hasil pertanian seperti perusahaan mengisar tepung, membuat raga daripada pelepah tamar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Islam melarang keras perusahaan membuat arak secara berperingkat-peringkat. Keadaan ini kerana, masyarakat Arab gemar minum arak terutama ketika menghadakan majlis-majlis keraian. Mereka turut terlibat dalam perusahaan membuat barang perhiasan daripada emas dan perak serta dihiasi batu-batu permata yang memperlihatkan sebagai perjiasan yang mewah, perusahaan membuat pakaian, pertukangan kayu dan sebagainya (Abd Allah Abd Aziz 1992 : 92).. Perkembangan aktiviti perusahaan dan kerja tangan telah bercambah sebagai permulaan kepada perkembangan ekonomi dan peradaban masyarakat Madinah seluruhnya.


Pusat Ekonomi Islam

Setelah tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah menerima sejumlah tanah yang dihibahkan kepada Rasulullah s.a.w. agar membahagi-bahagikan tanah tersebut kepada umat Islam golongan Muhajirin. Sahabat pertama yang menghibahkan tanah yang dimilikinya di Madinah ialah Harisah bin Numan (H. Zainal Arifin 1970 : Jil.2 : 352). Setelah menerima sejumlah tanah, Rasulullah s.a.w. menbahagi-bahagikan tanah tersebut kepada para sahabat golongan Muhajirin, samada untuk diusahakan sebagai tanah pertanian mahupun membina rumah.

            Kebanyakan para sahabat menerima tanah berhampiran masjid Nabawi yang telah didirikan ketika Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah setelah berehat seketika di Quba’. Antara para sahabat yang menerima tanah untuk didirikan rumah ialah, Usman bin Affan, Khalid bin al-Walid, al-Miqdad bin al-Aswad, Hakim bin Hizam, Asma’ binti Hussayn, Jafar al-Sadiq dan beberapa orang lagi (H. Zainal Arifin 1970 : Jil.2 : 352). Pembinaan rumah-rumah ini telah mengimarahkan kawasan Madinah. Tindakan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah memajukan kawasan Madinah yang dahulunya adalah sebuah kampung sehingga menjadi pekan yang membangun. Kewujudan masjid dan kompleks perumahan yang teratur menjadikan Madinah sebagai sebuah pekan yang teratur. Malah baginda s.a.w. turut mengatur kompleks prumahan suku-suku Arab dari luar Madinah yang telah menganut Islam dan berhasrat menetap di Madinah.

            Selain daripada membina masjid dan mengatur kompleks perumahan di Madinah, baginda s.a.w. merancang untuk membina pusat ekonomi umat Islam supaya mereka dapat menjana sumber pendapatan masing-masing tanpa bergantung kepada ekonomi bangsa Yahudi. Menurut Ibn Shabba al-Salih b. Kaysan, pada mulanya baginda s.a.w membina sebuah pasar di Baqic al-Zubayr dan bersabda bahawa ini adalah pasar umat Islam. Namun seorang pemimpin Yahudi bernama Kacab b. al-Asyraf telah bertindak menghalang pembangunan tersebut dengan memotong pagar tali yang telah didirikan mengelilingi kawasan pasar tersebut (M.J. Kister 1980 : 273). Hal ini kerana kedudukannya berhampiran dengan pasar Yahudi Bani Qainuqa’ yang memonopoli ekonomi di Madinah.

            Setelah melihat tindak balas tersebut, baginda s.a.w. telah memindahkan pasar tersebut ke dalam kawasan dalam daerah Madinah. Baginda s.a.w. telah mengisytiharkan pasar tersebut sebagai pusat kegiatan ekonomi bagi umat Islam dan melarang segala bentuk kutipan cukai di pasar yang baru didirikan itu (Muhammad Sabri Harun 1999 : 19). Antara pasar dan masjid yang telah dibina, terdapat sebahagian rumah-rumah para sahabat (Abd Allah Abd Aziz 1992 : 209). Kedudukan tersebut mewujudkan kemeriahan di Madinah sehingga menukar suasana Madinah yang hanya terdiri daripada kawasan perkampungan kepada sebuah bandar yang semakin maju. Pembangunan tersebut diiktiraf oleh sebahagian orientalis sehingga diberi gelaran sebagai City State.

            Pasar Madinah yang telah dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w. menjual pelbagai makanan seperti tamar, gandum, buah-buahan dan sebagainya. Selain itu terdapat juga jualan barang keperluan seperti kulit binatang yang telah diproses, pakaian, pelbagai jenis senjata seperti anak panah dan busur, lembing, pedang, pisau serta barangan perhiasan yang diperbuat daripada perak, emas dan permata. Dibahagian pasar tersebut terdapat tempat yang dikhususkan untuk menjual binatang ternakan seperti unta, kambing dan lembu, iaitu di sebelah Baqi’ al-Khayl. Barangan yang diniagakan di Madinah bukan sahaja diperolehi daripada penduduk Madinah, sebaliknya terdapat juga barangan luar yang di bawa ke Madinah oleh para pedagang.

            Bagi memelihara keamanan dan institusi pasar yang baru dibangunkan tersebut, Rasulullah s.a.w. menetapkan beberapa peraturan kepada peniaga-peniaga yang berniaga di pasar tersebut. Baginda s.a.w. melarang sebarang tipu helah, penindasan dan monopoli dalam perniagaan. Bagi tujuan memantau perlaksanaan tersebut, Rasulullah s.a.w. serta beberapa orang sahabat yang dilantik akan berjalan di sekitar kawasan pasar bagi menyelia dan memantau perniagaan yang dijalankan. Rasulullah s.a.w. turut melarang sebarang kutipan cukai ke atas peniaga-peniaga di Pasar Madinah. Kemajuan dan pembangunan Pasar Madinah yang menjalankan perniagaan berasaskan muamalah Islam yang adil telah mendorong para pedagang yang datang ke Madinah berpindah daripada mengunjungi pasar-pasar perniagaan golongan Yahudi ke pasar Islam. Strategi baginda s.a.w. telah berjaya menyaingi penguasaan golongan Yahudi dalam sektor ekonomi.

            Setelah mengatur pembinaan masjid, kompleks perumahan dan pasar sebagai pusat kegiatan ekonomi bagi umat Islam khususnya, baginda s.a.w. telah bertindak memasang pagar sekeliling Madinah. Negeri Madinah juga semakin luas. Kawasan tanah yang kosong sebelumnya telah didirikan rumah sehingga membentuk kompleks perumahan, pasar-pasar perniagaan juga semakin bertambah, baginda s.a.w. kemudiannya memagari kawasan yang baru dibangunkan tersebut (H. Zainal Ariffin 1970 : Jil.3 : 362). Dalam sektor ekonomi, baginda s.a.w. telah melantik pegawai dikalangan sahabat untuk mengatur urus sektor tersebut yang dibahagikan kepada 3 unit kecil iaitu perdagangan, pertanian dan perusahaan.

KESIMPULAN

Rasullah s.a.w. merupakan seorang pemimpin pilihan Allah s.w.t. yang mempunyai potensi besar sebagai pemimpin yang mampu menjana pembangunan negara dalam segala aspek. Selain daripada berusaha memajukan pembangunan ummah Islam, baginda s.a.w. turut merangka pelbagai strategi bagi memastikan pemantapan ekonomi umat Islam. Bagi mencapai hasrat tersebut, Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan segala strategi yang dirancang bagi memastikan keseimbangan pembangunan ekonomi masyarakat di Madinah tanpa mengira aspek agama dan faktor migrasi penduduk. Kejayaan strategi yang dibangunkan oleh baginda dapat dibuktikan apabila masyarakat Islam yang datang berhijrah ke Madinah tanpa membawa harta telah menjadi sebahagian daripada hrtawan di Negara Islam yang pertama terbabit. Malah mereka dapat hidup selesa dan sejahtera dengan sumber ekonomi yang mantap dan berkembang maju.



 
RUJUKAN

Abbas Mahmud al-Aqqad. 2001. Kejeniusan Muhammad s.a.w. Pustaka Azzam :
            Jakarta.

Abd Allah Abd al-Aziz bin Idris. 1992. Mujtama al-Madinah fi Ahd al-Rasul.
            Jamicat al-Mulk Saud : t.pt.

Abdul Rahman Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. Pustaka Darul Salam
 Sdn. Bhd. : Kedah.

Abdurrahman ‘Azam. 1999. Keagungan Nabi Muhammad s.a.w. Darul Iman : Kuala Lumpur.

Afzal Iqbal. 1992. Diplomasi Rasulullah s.a.w. Terj. Azaman Muhammad. Pustaka
            Salam Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur.

Afzalur Rahman. 1992. Ensiklopedia Sirah. Terj. Nor Hayati Mohd Nor, et. al. Jil. 2.
            Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Hasany, Abu al-Hasan Ali. 1983. Al-Sirah al-Nabawiyyah. Terj. Bey Arifin Yunus
            Ali Mudhar. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd, Singapura.

Al-Saleh, Subhi. 1990. Sistem Ekonomi Dan Kewangan Dalam Islam. Terj. Osman
            Hj. Khalid. Kuala Lumpur : Al-Rahmaniah.

Al-Samhudi, Nur al-Din Ali. T.th. Wafa al-Wafa. T.pt : Dar Ehya’ al-Turath al-
            Arabi.

Al-Sharif, Ahmad Ibrahim. 1965. Makkah wa al-Madinah Fi al-Jahiliyyah wa Ahd
 al-Rasul. Kaherah : Dar al-Fikr.

Al-Yaqubi, Ahmad bin Abi Yaqub. 1993. Tarikh al-Yaqubi. Muassasah al-Alami : Beirut.

Ahmad Amin, Dr. 1980. Fajar Islam. DBP : Kuala Lumpur.

Ahmad Ibrahim al-Sharif. 1965. Makkah wa al-Madinah Fi al-Jahiliyyah wa Ahd al- Rasul. Dar al-Fikr :  Banghdad.

Ali, Jawad. 1993.  al-Mufassal Fi al-Tarikh al-Arab Qabl al-Islam. Jamiah Baghdad : Bahgdad.

H. Zainal Ariffin Abbas. 1970. Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Jil.
            3. Penerbit Pustaka Antara : Kuala Lumpur.

Kristen, M.J. 1980. Studies In Jahilliya and Early Islam. Variorum Reprunts : London

Mahayudin Hj. Yahya. 2001.Tamadun Islam. Fajar Bakti Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur



Nota: Artikel ini telah diterbitkan dalam Buku Mutiara ILIM.

Thursday, March 24, 2016

Muzium Polis Kuala Lumpur Sempena Hari Polis Ke-209

Assalamualaikum.

Sempena sambutan Hari Polis Ke 209 hari ini, kaklong nak citer sikit lah pasal lawatan sambil belajar kaklong dan anak2 ke Muzium Polis Kuala Lumpur. 

Sebelum masuk ke bangunan ni, ada kereta kalis peluru dipamerkan..

Suke anak2 tengok polis bergayut dan sebagainya.

Kami pergi cuti sekolah baru ni...minggu terakhir cuti sekolah penggal pertama, pada 18 Mac 2016, kami plan percutian singkat dengan anak2, bermalam di Hotel De' Palma Shah Alam semalam. sebelum sampai ke Shah Alam, otw tu kan singgah lah KL dulu. Bawa anak2 ke Muzium Polis. 

Antara senjata api yang dipamerkan...baguslah anak2 boleh kenal semua senjata api ni. (Sebenarnya salah ni, tak boleh ambil gambar dalam galeri...huhu)

Tiket masuk??? Tiada...tkde sebarang bayaran masuk dikenakan. Bagus juga kan... Dalam ni byk sgt info pasal kepolisian di Malaysia. Bagi kaklong yang suka sejarah ni..best sgt... masuk dalam ni mmg kita akan dibawa menyelusuri sejarah polis kat Malaysia. bermula dari pengawal zaman kesultanan Melaka, pastu zaman penjajahan Jepun, Inggeris, Portugis, Belanda dan British. Pastu citer plak era polis dari zaman pakai baju hijau kelabu, biru perlahan sampai la skrg, dah pakai baju biru pekat...haha..gitulah cite lbh kurang. Nak tahu macamana sejarahnya kenalah pergi. Memang tak rugi pergi sana.

Naufal dan Syafiqah dengan topi polis...adik Sumayyah takut ngn topi tu...

Ada 3 galeri yang boleh kita lawat. So, kira puaslah... Dua jam jugalah kaklong habiskan masa kat sana dgn anak.

Maklumat tentang pemakaian pangkat polis. Good info untuk orang awam macam kita kan...

Akhirnya, sebelum meninggalkan Muzium Polis ni, kita terbang dulu..hihi...

Moga pasukan polis Malaysia terus mantap, telus dan ikhlas berbakti untuk masyarakat. Terima kasih kepada anggota polis yang ikhlas menjaga keamanan Negara. Selamat hari Polis dan Semoga kehidupan kalian sekeluraga dalam kesejahteraan.




Sunday, March 20, 2016

Zoo Negara

Assalamualaikum.

Cuti sekolah hujung tahun 2015, kaklong dan keluarga sbelah suami berjalan sekitar KL. Kira cam family gathering lah...Diorang sampai umah kaklong sehari lepas kakak keluar ward. Tidur umah kami je..seronok juga. But lain kali kena plan dtg lagi, tak puas hati kaklong sebab tak dapat menjamu dan ber BBQ..huhu...dgn umah yang tak sempat berkemas cantik2, maklumlah kaklong kan tidur hospital...temankan kakak.



Ok, salah satu aktiviti kami ialah berjalan-jalan ke ZooNegara. Ramai betul orang...full parking.. Ok, tak nak citer banyak sbb Zoo Negara ni tempat biasa lah kan.. Yuran masuk mahal jgklah.. Kami guna Bonuslink, so dapat promotion price. Anak-anak yang riang, jenuh nak suruh bergambor.


Dalam Zoo Negara ni luas, banyak juga haiwan...yang bestnya dapat tunjuk anak2 haiwan liar mcm Harimau, harimau putih pun ada...masa ni dia mmg menonjolkan diri, so puaslah tengok. Ada singa, zirafah, badak air yang bapak gemuk, gajah dan mcm2 lah...


   
Family kaklong, Naufal...hero yang sgt susah bergambor, kakak pun sama, saje g sorok muka dia..haha


 Cubaan kedua bergambor..janjilah cukup kourum, walaupun Naufal n Kakak masing-masing dgn gaya yg ntah pape...

 Suke abgngah n adik tgk flaminggo.

 Ralit deme. Sumayyah cakap ayam...

 Tgk gajah tunjuk montot..

 Angah Naufal ikut Zirafah yang jelirkan lidah.

 Angah hero, tak takut pun dgn lipan..haha bangga je dia ckp gitu.

 Angah ajak tok ayah ambik gambar ngn Panda.

Kakak ipar kaklong yang gojes dan sporting. Love u all.

Sekian, catatatn ringkas perjalanan anak2 ke Zoo Negara bersama sepupunya. 

Taman Tasik Cyberjaya

Assalamualaikum.

Akhirnya sampai juga kaklong dan anak2 ke Taman Tasik Cyberjaya...setelah lama berkira-kira nak bawa anak2 ke sini. Takde apa yang special pun...saja lah kan...tukar lokasi.
Selalu bawa diorang berhujung minggu sekitar Bangi n Putrajaya je...but kali ni saja try gi Taman Tasik Cyberjaya plak..biasa je..mmg cantik, luas dan playground untuk anak2 pun besar..

Kakak memang suka berbasikal, bawa sini puas anak2 berbasikal. Tpi kena selalu perhatikan diorang..kalau tak..sekejap je dah hailang jauh.

Tapi, sayangnya kemudahan toilet sgt mendukacitakan...huhu.. Toilet kotor n takde air masa kami pi... Kalau diperkemaskan lagi penyelenggaraan tempat ni, mmg best dan sesuai untuk berekreasi.

 Ni playgroundnya...luas dan oklah untuk anak2 bermain..banyak mainan untuk usia yang tertentu...termasuk baby dua tahun.

 Agak bersih juga.

 Dari tanah besar...ada jambatan kecil yang boleh bawa kita jauh berjalan..joging kat sini best jugalah...

 Dari sudut jambatan kecil..

 Pintu masuk..luas sayup..

Hobi kakak dan abangngah bila hujung minggu. kalau tak bawa pi mana2 pun, depan rumah pun jadi deme ni..


Sekian, untuk semua.

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...