Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

Muzium Polis Kuala Lumpur Sempena Hari Polis Ke-209

Assalamualaikum.

Sempena sambutan Hari Polis Ke 209 hari ini, kaklong nak citer sikit lah pasal lawatan sambil belajar kaklong dan anak2 ke Muzium Polis Kuala Lumpur. 

Sebelum masuk ke bangunan ni, ada kereta kalis peluru dipamerkan..

Suke anak2 tengok polis bergayut dan sebagainya.

Kami pergi cuti sekolah baru ni...minggu terakhir cuti sekolah penggal pertama, pada 18 Mac 2016, kami plan percutian singkat dengan anak2, bermalam di Hotel De' Palma Shah Alam semalam. sebelum sampai ke Shah Alam, otw tu kan singgah lah KL dulu. Bawa anak2 ke Muzium Polis. 

Antara senjata api yang dipamerkan...baguslah anak2 boleh kenal semua senjata api ni. (Sebenarnya salah ni, tak boleh ambil gambar dalam galeri...huhu)

Tiket masuk??? Tiada...tkde sebarang bayaran masuk dikenakan. Bagus juga kan... Dalam ni byk sgt info pasal kepolisian di Malaysia. Bagi kaklong yang suka sejarah ni..best sgt... masuk dalam ni mmg kita akan dibawa menyelusuri sejarah polis kat Malaysia. bermula dari pengawal zaman kesultanan Melaka, pastu zaman penjajahan Jepun, Inggeris, Portugis, Belanda dan British. Pastu citer plak era polis dari zaman pakai baju hijau kelabu, biru perlahan sampai la skrg, dah pakai baju biru pekat...haha..gitulah cite lbh kurang. Nak tahu macamana sejarahnya kenalah pergi. Memang tak rugi pergi sana.

Naufal dan Syafiqah dengan topi polis...adik Sumayyah takut ngn topi tu...

Ada 3 galeri yang boleh kita lawat. So, kira puaslah... Dua jam jugalah kaklong habiskan masa kat sana dgn anak.

Maklumat tentang pemakaian pangkat polis. Good info untuk orang awam macam kita kan...

Akhirnya, sebelum meninggalkan Muzium Polis ni, kita terbang dulu..hihi...

Moga pasukan polis Malaysia terus mantap, telus dan ikhlas berbakti untuk masyarakat. Terima kasih kepada anggota polis yang ikhlas menjaga keamanan Negara. Selamat hari Polis dan Semoga kehidupan kalian sekeluraga dalam kesejahteraan.




Sunday, March 20, 2016

Zoo Negara

Assalamualaikum.

Cuti sekolah hujung tahun 2015, kaklong dan keluarga sbelah suami berjalan sekitar KL. Kira cam family gathering lah...Diorang sampai umah kaklong sehari lepas kakak keluar ward. Tidur umah kami je..seronok juga. But lain kali kena plan dtg lagi, tak puas hati kaklong sebab tak dapat menjamu dan ber BBQ..huhu...dgn umah yang tak sempat berkemas cantik2, maklumlah kaklong kan tidur hospital...temankan kakak.



Ok, salah satu aktiviti kami ialah berjalan-jalan ke ZooNegara. Ramai betul orang...full parking.. Ok, tak nak citer banyak sbb Zoo Negara ni tempat biasa lah kan.. Yuran masuk mahal jgklah.. Kami guna Bonuslink, so dapat promotion price. Anak-anak yang riang, jenuh nak suruh bergambor.


Dalam Zoo Negara ni luas, banyak juga haiwan...yang bestnya dapat tunjuk anak2 haiwan liar mcm Harimau, harimau putih pun ada...masa ni dia mmg menonjolkan diri, so puaslah tengok. Ada singa, zirafah, badak air yang bapak gemuk, gajah dan mcm2 lah...


   
Family kaklong, Naufal...hero yang sgt susah bergambor, kakak pun sama, saje g sorok muka dia..haha


 Cubaan kedua bergambor..janjilah cukup kourum, walaupun Naufal n Kakak masing-masing dgn gaya yg ntah pape...

 Suke abgngah n adik tgk flaminggo.

 Ralit deme. Sumayyah cakap ayam...

 Tgk gajah tunjuk montot..

 Angah Naufal ikut Zirafah yang jelirkan lidah.

 Angah hero, tak takut pun dgn lipan..haha bangga je dia ckp gitu.

 Angah ajak tok ayah ambik gambar ngn Panda.

Kakak ipar kaklong yang gojes dan sporting. Love u all.

Sekian, catatatn ringkas perjalanan anak2 ke Zoo Negara bersama sepupunya. 

Taman Tasik Cyberjaya

Assalamualaikum.

Akhirnya sampai juga kaklong dan anak2 ke Taman Tasik Cyberjaya...setelah lama berkira-kira nak bawa anak2 ke sini. Takde apa yang special pun...saja lah kan...tukar lokasi.
Selalu bawa diorang berhujung minggu sekitar Bangi n Putrajaya je...but kali ni saja try gi Taman Tasik Cyberjaya plak..biasa je..mmg cantik, luas dan playground untuk anak2 pun besar..

Kakak memang suka berbasikal, bawa sini puas anak2 berbasikal. Tpi kena selalu perhatikan diorang..kalau tak..sekejap je dah hailang jauh.

Tapi, sayangnya kemudahan toilet sgt mendukacitakan...huhu.. Toilet kotor n takde air masa kami pi... Kalau diperkemaskan lagi penyelenggaraan tempat ni, mmg best dan sesuai untuk berekreasi.

 Ni playgroundnya...luas dan oklah untuk anak2 bermain..banyak mainan untuk usia yang tertentu...termasuk baby dua tahun.

 Agak bersih juga.

 Dari tanah besar...ada jambatan kecil yang boleh bawa kita jauh berjalan..joging kat sini best jugalah...

 Dari sudut jambatan kecil..

 Pintu masuk..luas sayup..

Hobi kakak dan abangngah bila hujung minggu. kalau tak bawa pi mana2 pun, depan rumah pun jadi deme ni..


Sekian, untuk semua.

Monday, July 6, 2015

Program Family Day Bajet Penghuni Kuarters ILIM

Assalamualaiku.

Ni citer lama...sajer nak simpan untuk tatapan kaklong atau anak2 akan datang...citernya pada 13 hingga 14 Jun yang lalu, kuarters ILIM tempat kaklong duduk ni buat program family day...kat kuarters ni ada 26 buah kelaurag je...yg dapat join hanya 18 keluarga...havoc juga lah..kami buat santai-santai je...yg pntg bermalam 1 malam kat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.

 Ni lah antara kawan2 Syafiqah, Naufal dan Sumayyah yg tggl kat kuarters ni...tgh duk beratur untuk acara sukaneka kanak2.

 Program bermula dengan sesi perkenalan diri dan keluarga oleh semua ahli keluarga kuarters..barulah dapat kenal jiran tetangga serta ahli rumahnya..

 Gitulah lebih kurang pada hari pertama...sebelum chekc in hotel..kami BBQ dulu kat tepi pantai Bagan lalang ni...just simple BBQ n masing2 bawa potluck..so mmg mcm2 makanan ada...cara yang budjet untuk buat family day...

 Naufal ngn kawan dia duk main pasir..

 Syafiqah dan kawan2nya...kawan dia ni juga duk kat Taska yang sama..

 Sumayyah..berkepit jer ngn ummi...mujurlah tak mnta didukung...

 Ni..geng budak2 dh remaja skt...mandi laut jelah deme...

 Dah pukul 3 ptg lbh kurang..baru dapat check in hotel...so rehat2 jap kat bilik masing2..sambung terjun kolam plk..sampat senja duk mndi kolam..

 Oklah juga...ada kolam dewasa dan kolam kanak2..

 Malamnya ada yang keluar pi makan ikan bakar kat sekitar Bagan Lalang ni...yg mn dh letih..rehat2 je..sng kan...program sndiri...so takdelah strict sgt..
Ni anak2 dan kawan kuarters diorang...

Sebelum majlis berakhir..ada sesi penyampaian hadiah dan tukar2 hadiah...alhamdulillah semua dapat bawa balik buah tangan..

Majlis yang serba ringkas ni berakhir pada 14 Jun..hari Ahad..hanya dengan kutipan sebanyak RM200 per family..dapat juga buat program Family Day yang simple tapi menginap kat hotel, mandi kolam dan santai2 berBBQ di tepi pantai..

Nak seribu daya...tak nak seribu dalih..

Thursday, October 24, 2013

Siri 5 :: Kembara Turki [Menyelusuri Selat Boshporus serta Mendalami Semangat Ketenteraan)

Assalamualaikum..

Jom kali ni join kaklong sambung jenjalan kat Turki...
N3 kali ni nk ajak sesiapa yg sudi membaca ni naik feri menyelusuri Selat Boshporus.
Sepanjng selat tu byk juga pemandangan indah yg dapat ditgk...malah dapat juga tgk bbrapa tgglan sejarah yg menjadi kebanggaan Istanbul.

Untuk sampai ke tempat naik feri ni, kaklong dan kawan2 bergerak dr umah yg kami menginap tu naik train way. Mudah je...dari Pazartekke terus ke Kabastas.
Huhu...teringat plak moment indah berjalan ngn kwn2 kat sana.. bila dh balk Malaysia n sibuk ngn kerje kat office..kdg2 kami jd lupa bhwa kami prnh susah sng masa kat negara org..

Inilah feri yg bakal kami naiki.

Masih di persekitaran dataran feri.

Terpukau sebentar ngn keindahan pemandangan Turki.

Masa ni musim luruh...cuaca panas..

Kak Su..my officemate.

Sebelum naik feri, sempat membeli belah kat Spice Bazar...tp tak puas hati pi sekejap sgt....hnya smpt 'scan' ngn mata je..tp tak beli..huhu..

Menyesal sampai sekarang...sbb tak trs beli apa yg berkenan...buat sesiapa yg nak travel...kalau jumpa yg berkenan dihati tu..beli jer...kalau hrp nk jmpa blk mmg pyh dn sgt minima peluangnya.

Rempah ratus yg dijual.
cantik kan bks lampu tu...diperbuat dripada kaca...sabiji pun kaklong tak beli sebagai kngn...sdgkan itulah tanda kngn dr Turki.

Us. Fauzan...our fasilitator sepanjang program kat sana.. Masa ni dah naik feri dan baru nk bergerak.

My officemate..Us. Najhan...seorang hafiz yg agak pendiam..tp dh sampai sana blh thn jugalah...
Tgklah pemandangan kat belakang tu...binaan rumah dan kedai di Istanbul...padat kan.

Kami bertiga...Kak Su, me n Kak Syiqin...kiri kanan kaklong tu ibu beranak 3 yg stay maintain n cute...

Inilah Istana Dolmabache..istana yang mewah dan kini menjadi muzium.

Istana Dolmabache yang dibina oleh Sultan Uthmaniyyah sehingga menyebabkan kerjaan Uthmaniyyah byk berhutang dan akhirnya terpaksa menggadai tanah dan wilayah Islam kepada banker Yahudi.

Me dan Kak Iqin...

Melalui jambatan yang merentasi Selat Boshporus.

Pelancung yg turut serta dgn kami..

Bendera Turki berkibar dengan megahnya.

Gambaran kepadatan pendudukIstanbul, Turki dan masjid ada dimana-mana.

Rumeli Hisari...terpana dgn binaan Rumeli Hisari yg masih kekal terpelihara sehingga kini..binaan ketika Muhammad al-Fateh sekitar tahun 1435 masihi...terus utuh sehingga kini.

Sayang nk tgglkan pandangan Rumeli Hisari...nth bila akan kembali menyaksikannya.

Kedai dan hotel di persisiran Selat Boshporus.

Dalam train dari Kabastas dan kembali ke Pazartekke..

Sebelum balik tu...selepas naik feri...kami terus ke Muzium Askar yg terletk ngn kawasan Bukit Galata. Sempat juga menyaksikan lagu laungan semangat yang dimainkan oleh tentera Uthmaniyyah sebelum keluar berperang suatu ketika dulu.

Barisan yang berperana dalam mempersembahkan lagu laungan semangat ni ialah ketua tentera, pemain alat muzik dan para ulama yang mendendangkan bacaan ayat suci al-Quran.

Misai tebal adalah trademark diorng ni..

Barisan ulama yang berbaju merah tu akan membacakan ayat2 suci al-Quran..mmg menaikkan semangat.

Dapat juga kami bergambar ngn pelakon panglima perang ni.

Peta terawal yang dilakarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah.

Meriam yang wujud ketika era Uthmaniyyah.

Lagi meriam.

Askar Mustafa Kamal al-tartuk...pemakaian askar dan berubah ketiak era at-tartuk...ni gambaran askar at-tartuk sedang mengikuti kelas.

Pemakaian baju besi oleh tentera Uthmaniyyah.

Inilah die 'Golden Chain', iaitu rantai besi yang diletakkan oleh Kerajaan Bayzantium merentasi Selat Boshporus antara Asia dan Eropah bagi mengawal Kota Istanbul agar tidak diserang oleh tentera Islam, termasuk Muhammad al-Fateh.
Namun atas kebijaksanaan al-Fateh, beliau mengetuai tentera Islam mengangkat 70 buah kapal perang merentasi Bukit Galata dan akhirnya berjaya menyusuri Selat Boshporus dan akhirnya berjaya sampai ke Kota Istanbul.

Suasana perang al-fateh menawan Kota Istanbul.

Replika al-Fateh..

Gambaran al-Fateh dan tenteranya...disebelah al-Fateh yang berserban putih ialah gurunya, seorang ulama yg sentiasa mendampingi dan didampingi al-Fateh, Sheikh Samsuddin al-Wali.

Jata Negara Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam laluan keretapi bawah tanah.

Sampai kat laluan pe ntah...tp mmg byk kedai2 yang menjual barangan Eropah..sgt murah dan berbaloi untuk beli...tp kami tak beli...huhu..

Barangan Tefal...murah ooo berbanding ngn harga yg dijual kat Malaysia.

Usai solat jamak Maghrib dn Isyak kat surau masa lalu kat pasar dan bangunan-bangunan kedai..kami sampai di Dataran Taksim.

Tugu yg ada di Dataran Taksim, sehari sebelum kami sampai sini...ada berlaku sedikit kekecohan disini.

Kami berenam..dan masuk kerje...masing2 busy ng tgs dan tggugjawab.

Turun ke jalan keretapi bwh tanah untuk kembali ke rumah di Pazartekke.

Keceriaan seorang pelancung Malaysia terserlah..hihi... Malam tu kami kembali ke bilik masing2 dgn lutut yng lemah longlai...dan esok kami kembali segar untuk meneruskan kembara.

Jauh perjalanan, luas pengalaman dan semoga pengalaman tersebut menambah kemahiran dan pengetahuan.

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...