Thursday, September 13, 2018

SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM)


Assalamualaikum.

Ni kaklong share sikit apa yang dikatakan SPPIM tu...harap boleh membantu. Untuk lebih detail..boleh terus ke link http://www.sppim.gov.my/sppim/home...



___________________________________________________________________

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang dibangunkan oleh secara kerjasama oleh Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pembangunan system ini bermula pada tahun 2004 dengan nama yang dikenali sebagai SIMPI. Sistem ini telah melalui satu transformasi sesuai dengan peredaran dan kehendak semasa dan seterusnya dijenamakan dengan nama SPPIM pada tahun 2012.

Pembangunan system ini disediakan berasaskan proses kerja yang lengkap dalam aspek Pengurusan Perkahwinan Islam di Malaysia. Ianya bermula dari proses permohonan kursus praperkahwinan, permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai dan ruju’ serta rundingcara di semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), khususnya di peringkat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Malaysia secara lebih efisen dan sistematik.


Modul Yang Terkandung Dalam SPPIM

Menerusi SPPIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebagai pengguna dapat memudahkan proses kerja mereka. Antara modul yang terkandung dalam SPPIM ialah:

Pendaftaran Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam

Pendaftaran Penganjur Kursus Praperkahwinan Islam
Mengeluarkan Sijil Kebenaran Penganjuran Kursus Praperkahwinan
Mengeluarkan Sijil Kursus Praperkahwinan Islam
Mengeluarkan Surat Kebenaran Berkahwin
Memproses Permohonan Pendaftaran Nikah, Cerai dan Ruju'
Mengeluarkan Surat Perakuan Nikah
Mengeluarkan Surat Perakuan Penceraian
Mengeluarkan Surat Persekedudukan Semula (Ruju')



Sehingga kini (2018) enam (6) buah negeri telah menggunapakai sistem ini bagi membantu pengurusan perkahwinan Islam di negeri terbabit, iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Usaha yang berterusan akan dilaksanakan oleh Jakim untuk menjalankan integrasi bersama dengan lain-lain negeri untuk menggunapakai sistem ini.


Kepentingan Penggunaan SPPIM

Beberapa penyelarasan prosedur perkahwinan Islam di negeri-negeri yang terlibat telah berjaya dicapai melalui SPPIM, iaitu:
ü  Kad Perakuan Nikah
ü  Borang-borang Nikah, Cerai dan Ruju’
ü  Permohonan Kebenaran Berkahwin Secara Online
ü Aliran proses kerja yang standard bagi permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai dan ruju’, rundingcara dan kursus praperkahwinan Islam.



No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...