Wednesday, September 25, 2013

Siri 2 :: Kembara Turki [Aya Sofia - Istana Topkapi - Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque)]

Assalamualaikum..

Hari kedua, perjalanan kami hanya dengan kenderaan awam dan byk berjln kaki shj...penat jugalah...tp inilah pengalaman...sbb byk bertemu dengan masyarakat dan boleh knl serba sedikit budaya org Turki.

Hari kedua, kami naik Train Way dari tempt penginapan di Pazartekke turun kat Sultanahmet. bila trn je kat situ, mmg kawasan yg sgt menarik...mata dihidangkan dgn pmndgn yg indah...klhtan senibina lama Uthmaniyyah tersergam indah... Aya Sofia, Istana Topkapi dan Masjid Sultan Ahmed yang lbh dikenali sebagai Blue Mosque.

Biarlah gambar kat bwh ni yang bercerita ye...byk btl gmbr rupanya...untuk hari kedua ni...ada 36 picture kaklong kongsikan.

 Kami bertiga dihadapan Aya Sofia, baru sampai ni...

 Di susur jalan ke Aya Sofia, kat dinding tu ada dipaparkan sejarah pembinaan Aya Sofia oleh Maharaj Byzantium sebagai sebuah gereja, dimaklumkan bahawa Aya Sofia yang ada pada hari ini adalah binaan yang ketiga.

 Senibina Aya Sofia, masih di ruang legar.

 Masa ni kami duk kat tingkat atas..

 Dari atas dapat saksikan keindahan Aya Sofia..besar rupanya.

 Pertembungan dua agama dalam Aya Sofia. Lakaran jesus melambangkan agama Kristian telah dibuat oleh Maharaja Byzantium.

 Apabila al-Fateh datang membuka Kota Konstantinople dan menukarkan namanya kepada Istanbul, Gereja Aya Sofia telah ditukarkan kepada Masjid Aya Sofia. Solat Jumaat pertama di istanbul telah ditunaikan di Masjid Aya Sofia pada tahun 1453M.
Kalimah Islami telah diukirkan...dan lambang serta ukiran bagi menunjukkan syiar Kristian telah ditutup dengan kain hitam.

 Lorong untuk naik ke tingkat atas. tinggi juga..penat jugalah..

 Nak masuk pintu utama Aya Sofia.

 Akhirnya kaklong berada di bawah...disinilah sejarah al-Fateh tercipta...Islam sampai ke Eropah melalui kejayaan al-Fateh membuka Kota Konstantinople.

 Di hadapan mimbar utama. Aya Sofia kini adalah sebuah muzium yang hanya menjadi tempat untuk dilawati.

 Lambang bagi agama Kristian.

 Di luar Aya Sofia, terdapat sebuah bangunan yang dikatakan telah dibina oleh al-Fateh untuk penganut Kristian, apabila Aya Sofia di jadikan Masjid.

 Bertentangan dengan Aya Sofia...adalah Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque).

 Dalam berjalan kaki ke Istana Topkapi, sempat cuci mata ngn gerai tepi jln.

 Bila tgk pic ni semua...rugi plak tak beli sbg tanda kngn.

 Menghampiri Istana Topkapi.

 Kami bertiga sebaik masuk ke perkarangan Istana Topkapi.

 Pintu Gerbang masuk ke dalam Istana.

 Sebelum masuk, sempat mengadakan perbincangan dan pembelajaran ringkas tentang Istana Topkapi dan sejarah ringkasnya. Kami berkongsi ilmu dan pengetahuan tntg sejarah Uthmaniyyah.

 Selat Boshporus...pandangan dari menara yang terdapat di Istana Topkapi.

 Di sebelah kanan (Dkt kapal tu) Maharaja Bayzantium telah meletakkan Golden Chain, iaitu rantai besi bagi menghalang kapal melalui Selat Boshporus suatu ketika dulu, dalam usaha menghalang misi serangan musuh ke Kota Konstantinople.

 Di belakang kaklong, seberang Selat Boshporus, adalah daratan dan Bukit Galata..dimana al-Fateh dan tenteranya telah mengangkat kapal-kapal perang dari lautan melalui Bukit Galata dalam misi serangan ke Kota Konstantinople, kerana Selatn Boshporus tidak dapat dialalui oleh kapal.

 Sekitar senibina Istana Topkapi.

 Kamar-kamar yang terdapat di dalam istana Topkapi.

 Kamar bagi isteri sultan menerima kunjungan tetamu.

 Dan kamilah antara tetamunya (^_^)

 Istana Topkapi ditinggalkan dengan pelbagai hikmah dan pengajaran.

 Makan dulu sebelum meneruskan misi ke Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque)

 Makan kat Restoran Tarihi Sultanahmet.

 Dh sampai kat Masjid Sultan Ahmed (Blue Mosque)...Subhanallah... Masjid yang diimarahkan ini lebih indah dari Aya Sofia.

 Seni ukirannya byk berunsurkan warna biru...dan kerana itulah ia lbh dikenali sebagai Blue Mosque.

 Mata tak berkelip...dan alhamdulillah kami sempat menunaikan solat di masjid yang bersejarah ini.

 Di luar masjid...menara tinggi itu adalah monumen yang dihadiahkan oleh sebuah kerajaan kepada Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Kerajaan Turki memelihara monumen tersebut sehingga kini.

 Sebelum menaiki Train Way untuk balik ke tempat penginapan, kami sempat duduk sebentar menyaksikan persembahan dari sebuah NGO di Turki yang merintih nasib umat Islam di kejiranan mereka.

Menangis kami bila menyaksikan rintihan mereka terhadap nasib rakyat Syria.

Ok...sekian dahulu untuk catatan bagi perjalanan kedua..InsyaAllah akan menyusul lagi nnt.


Siri 1 :: Kembara Turki [Istanbul Airport - Panorama 1453 - Miniturk - Masjid Sultan Eyup]

Assalamualaikum..
Alhamdulillah kaklong dah kembali ke tanah air selepas 10 hari berkursus di Turki... Selain Istanbul, team kami sempat juga ke Sanliurfa, Antakya/Hatay dan Bursa.

Jam 11.00 malam kami berlepas dari KLIA dan alhamdulillah jam 5.00 pagi waktu Turki kami selamat jejak kaki di Istanbul Airport...

 Sekitar Istanbul Airport...masa ni duk tggu Sdr. Saed Emadduddeen yang akan mengurus perjalanan dan kembara ilmu kami.

 Terjumpa plk dengan ahli sufi Turki ni.

 Masih menuggu bagasi..

 Inilah Saed (baju putih) dan Ustaz Fauzan (Mantop Trainer) yang bersama-sama kami sepanjang kembara di Turki.

 Selepas rehat dan bersarapan...kami bawa beras dan segala meggi untuk masak kat apartment ni..legalah juga...sbb kaklong mmg tak blh nk tima makananTurki.

 Lawatan pertama ke Menara Panorama 1453, iaitu muzium yang mempamerkan maklumat tentang sejarah pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Kota tersebut telah ditukarkan namanya kepada Istanbul kini.

 Masih dalam Menara Panorama 1453, bila masuk dalam ni...rasa mcm pergi Muzium Panorama Padi yang ada kat kedah tu..tp yg ni memaparkan keadaan peperangan yang dipimpin al-Fateh.

 My officemate...kak Su.

 Sempat juga makan aiskrim kat sini...penjual aiskrim kat Turki ni..kelakar...suka menghiburkan dan buat lawak ngn aiskrim die...bila dah bergelak lucu ngn gelagat die...jgn lupa kasi tip ye...haha.

 Dalam perjalanan ke Miniturk. Sekitar bandar Istanbul...sgt cantik..

 Dah sampai kat Miniturk, iaitu tempat yang mempamerkan banyak replika senibina yang ada di Turki.

 Comel je replika senibina...mcm kat Taman Tamadun Islam, Terengganu plak..tp tkdelah pokok n replika besar yg boleh masuk..just boleh tenguk je..

 Luas sgt...mula2 sampai sini terpegun tgk bandar Istanbul kat belakang tu...binaan rumah yang sgt padat.

 Me.

 Kembara ni disertai 6 orang...dan kami bertiga wanitanya..semua ni ibu-ibu belaka...

 Lagi senibina dalam Miniturk.

 Dan lagi..

 Replika jambatan yang merentasi Selat Boshporus...jambatan yang menghubungkan Istanbul di sebelah Asia dan Eropah.

 Pandangan dari sebuah tempat peranginan di Parieroloti. disebalik pokok-pokok menghijau tu terdapat kubur orang Islam. ada riwayat yang menyatakan bahwa disinilah Maharaja Konstantain memindahkan pusara Abu Ayub al-Ansari, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang pernah menyertai misi peperangan pembukaan Kota Konstantinople semasa era Bani Muawiyyah.

 Masih di Parieroloti...sebelum menaiki kereta kabel turun ke bawah.


 Sebahagian kubur yang terdapat di sekitar kawasan Istanbul...dalam perjlnan ke Masjid Eyup Sultan.

 Restoran Arab...masa ni dah mula rase mual tgk lauk pauk diorang ni.

 Tapi...lyn jugalah bergambor...haha..

 Sekitar Masjid Eyup Sultan.

 Kami solat jama' Zuhur dan Asar di Masjid Eyup Sultan.

 Dan teka...plastik apakah ini?

Iye..pelajaran pertama tentang budaya orang Turki yang kami dapat pada hari pertama ialah bagaimana cara mereka mengurus kasut sebelum masuk masjid.
Kena buka kasut, letak dalam palstik yang disediakan dan bawa kasut tu dalam masjid...bukan dibiarkan kasut kat luar pintu...mujurlah kat Turki tak jumpa selut...agaknya kalau buat gini kat Malaysia...jenuh gak kan..

Ok...sekian untuk hari pertama...InsyaAllah akan bersambung lagi nnt.