Monday, November 23, 2015

Taska AADK Kids Centre 2015


Assalamualaikum.

Semua dah up citer Majlis Kecemerlangan Anak2 kan...so kaklong pn tak nak ketinggalan untuk menyimpan memori anak2 ni...untuk tahn 2015... Taska AADK..tempat pusat jagaan anak2 buat majlis juga...walaupun hnya untuk anak2 taska..majlis tetap meriah.


Naufal dan Kakak Fyqah buat persembahan Under The Sea...kakak baca cerita..Naufal dan kawan2 buat persembahan. Tuan Naufal...jadi planten...kena pakai baju hijau...comel je tgk abgngah atas pentas dgn topi kuning...

 Kakak dengan kawannya kt taska...Dina. Dina ni anak pengusaha taska tu...dia dh 6 tahun.

 NI dah lepas persembahan..majlis dh nak habis..Alhamdulillah anak2 dapat berkwan...bermain dan belajar serba sedikit di taska tu..

Terima kasih opah, atuk, maklang dan makteh... sudi dtg tgk kakak dan abgngah.

 My Lovely Family...sayang semua anak2 ummi..

 Abgngah dapat hadiah....Adik Sumayyah pn dapat hadiah juga...suka anak2 bila dapat hadiah.. Tahniah sayang...teruskan kecemerlangan.. 

 Kakak pinjam jubah kawan je ni..hihi.. Sebab kakak transit je kat taska ni. Kakak sekolah kat Madrasah al-Quran.. sekolah yang serba sederhana. Tapi sangat2 bagus. Alhamdulillah kakak dh boleh membaca pada usia 5 tahun. Menghafal surah lazim dalam al-Quran. menghafal bacaan dalam solat dan doa-doa tertentu. 


Terima kasih semua teacher yang jaga Sumayyah, Naufal dan Syafiqah... 
Ummi selalu ambik lambat kat taska...tapi teachers sabar je menunggu. Terima kasih...

Akhir dari kaklong...biarlah anak2 belajar dan bermain sesuai dengan perkembangannya. Usah di paksa....tpi berilah dorongan dan galakan.

Tuesday, September 8, 2015

Merdeka 2015 dan Anak-anak Taska AADK KIDS CENTRE

Assalmualaikum.

Salam Merdeka, walaupun dah lewat kan... 

Taska anak-anak buat sambutan Merdeka, siap berbaris bagai, suka Naufal dan Sumayyah dapat berjalan sekitar permis AADK tu.

 Sumayyah berbaju kurung biru..

 Semangat anak-anak taska.

 Tema Sehati sejiwa....ni kanak-kanak 4-5 tahun yang duduk kat taska.

 Yang ni plak kanak-kanak 1 -3 tahun...kecik-kecik lagi dah berbaris sambut Merdeka,

 Teacher pun kena berbaris juga..

 Selangor kita...

Salam Merdeka..Sehati Sejiwa..

Sunday, September 6, 2015

Hernia Juga Berisiko Pada Anak Perempuan

Assalamualaikum.

Baru-baru ni pada 1 September 2015, anak sulung kaklong Syafiqah telah selamat menjalani pembedahan Hernia. Kaklong dan Syafiqah warded pada 31 Ogos 2015...bila masuk wad tu...kakak memang sihat sejahtera, bila nurse tanya kenapa kena wad, sakit apa dan sebagainya, kebanyakannya beri reaksi pelik sebab kanak-kanak perempuan pun ada risiko kena Inguinal Hernia ni...selalunya masalah Hernia ni sinonim dengan kanak-kanak atau bayi lelaki. 

Banyak info yang diketengahkan akan kaitkan masalah Hernia ni dengan pembengkakan testis pada alat sulit bayi/kanak-kanak lelaki.. contohnya boleh baca artikel sini

Tapi, masalah kaka bukan gitu...langsung tak berkaitan dengan alat sulit atau mana-mana anggota yang berkaitan (Betul ke gitu ayatnya)
Masalah Hernia kakak berpunca daripada masalah otot pada dinding perut yang tidak tertutup habis sehingga memberi peluang kepada angin/bendalir daripada usus masuk ke ruang yang terbuka pada otot perut..dan akhirnya terjadilah bengkak berhampiran kelangkangnya.

Bengkak tersebut tak selalu timbul, bila batuk atau aktif bermain, kelihatanlah sedikit benjolan. Kakak kata tak sakit, malah bila digosok benjol tu hilang.

Kaklong dan suami pada awalnya tak plan pun nak buat sebarang pembedahan, cadangnya nak berubat kampung, berurut dan sebagainya je. Tapi setalahmendapat nasihat doktpr dan mak ayah, kami buat juga...demi kelangsungan tahap kesihatan kakak terjamin. InsyaAllah. Bolehlah tengok info pasal Inguinal Hernia ni di sini.

Kaklong copy artikel dari KKM ya..

Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Pengenalan
Inguinal hernia, atau lebih dikenali sebagai 'angin pasang' dalam Bahasa Melayu, adalah sejenis keadaan di mana usus atau selaputnya (omentum) terjatuh masuk ke dalam sebuah kantung (pouch), dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari (groin).
Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut (abdomen) yang dalam kebanyakan masa bukaan ini akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan.
Ia berbeza dengan kejadian 'angin pasang' di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berkaitan dengan peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.
Inguinal hernia BUKAN disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan.
Demografi dan Epidemiologi
Secara keseluruhannya, kadar masalah inguinal hernia di kalangan kanak-kanak adalah 3%.
Kebanyakannya melibatkan kanak-kanak lelaki (6-10 kali ganda berbanding dengan perempuan).
Inguinal hernia adalah sejenis keadaan yang berisiko tinggi, terutamanya di kalangan bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi disebabkan oleh usus yang terperangkap di dalam kantung hernia (rujuk bahagian 'Komplikasi'). Kadar ini dijangka dalam lingkungan 30%.
Tanda-tanda
Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki (Gambar 1).
Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau anak meneran atau menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.
Komplikasi
Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).
Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.
Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) bagi bayi-bayi lelaki.
Rawatan
Tiada rawatan lain untuk masalah inguinal hernia selain daripada pembedahan. Pembedahan ini dikenali sebagai Herniotomy.
Ia adalah sejenis prosedur yang memerlukan bius am (general anaesthesia) dan sebaik-baiknya dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Pesakit perlu dipuasakan untuk beberapa jam sebelum pembedahan ini.
Dalam keadaan yang tidak melibatkan komplikasi, pembedahan Herniotomy biasanya dibuat sebagai prosedur unit rawatan harian (Daycare Surgery). Ini bermaksud pesakit tidak perlu tinggal di dalam wad untuk semalaman.
Herniotomy melibatkan torehan kecil (biasanya 2-3cm) di bahagian ari-ari yang bermasalah.
Seterusnya, kantung dijumpai di bawah lapisan otot, dan ia dipisahkan daripada saluran sperma dan saluran darah; sejurus itu, kantung dipotong dan diikat supaya ia tidak dapat membenarkan pergerakan usus atau selaput ke dalamnya lagi. Potongan kemudiannya dijahit dengan benang khas di bawah kulit dan akan hilang dengan sendiri dengan peredaran masa. Prosedur ini biasanya memakan masa 15-30 minit.
Selepas pembedahan ini, pesakit boleh diberi minum dan makan apabila dia sedar dengan sepenuhnya. Dia dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Ibu bapa akan diarah untuk mengeluarkan pembalut daripada luka 2 hari selepas pembedahan.
Sekiranya luka tidak begitu elok (iaitu merah atau bernanah), pesakit perlu dibawa balik berjumpa dengan doktornya. Biasanya, kanak-kanak yang lebih besar diberitahu untuk mengelakkan daripada aktiviti senaman yang lasak sekurang-kurangnya selama 1-2 bulan.
Rawatan Bayi Pramatang
Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan, mempunyai insiden yang tinggi untuk mendapat inguinal hernia (sehingga 30%). Seperti yang dinyatakan, bayi-bayi ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi-komplikasi yang diterangkan. Oleh itu, pembedahan Herniotomy untuk kumpulan bayi ini biasa dilakukan sebelum bayi tersebut dibenarkan pulang dari Unit Rawatan Khas Bayi (Special Care Nursery, SCN) ketika berat bayi tersebut adalah diantara 1.6 - 1.8kg.
Semakan Akhir:19 June 2014
Penulis:Miss (Dr.) Shona Alison Edmonds
Accreditor:Mr. Azlan b. Mahmud
Reviewer:Dr. Aina Mariana bt. Abdul Manaf

Alhamdulillah setelah hampir seminggu ni, kakak dah boleh bangun berjalan. Sedikit info mengenai prosedur pembedahan Laprascopy Inguinal Hernia tu untuk dikongsi bersama  rakan pembaca...

31 Ogos 2015, Jam 2.00 petang: Kakak Fyqah warded, doktor Surgical Paed, Hospital Serdang Dr. Faizah cucuk kakak, ambil sample darah dan pasang jarum. Kakak tak nagis..ok je dia...disebabkan katil penuh, kakak ditempatkan dalam bilik dengan bayi..so dapat katil kecil untuk baby je..Duduk katil no.10 wad 5B. Malamnya kami tidur berdua kat hospital.
Lebih kurang jam 8.00 malam doktor yang nak operation datang melawat tengok kakak. Katanya esok giliran kakak yang kedua...around 10.30 pagi giliran kakak. Sebab kena tggu Doktor Pakar Kanak-kanak dari HKL. Kakak kena puasa bermula jam 3 pagi.
Hari pertama, katil untuk bayi je kakak tidur.

1 September 2015, jam 10.30 pagi. Tiba waktu yang dijanjikan, tapi masih belum dipanggil ke bilik OT. So, kakak join program SDH (Sekolah Dalam Hospital), bagus program ni...ada cikgu yang mengajar kanak-kanak, taklah boring budak-budak ni...kalau boleh berjalan...budak-budak akan pergi sekolah bersebelahan wad, kalau tak boleh, doktor akan datang kat katil...mengajar dan berbual.

1.00 tghri: Nurse panggil untuk masuk bilik OT. Masa ni baru dia mula menangis, tambah-tambah bila dah kena tukar baju bagai...tak nak dah dia naik katil, terpaksalah berdukung ke bilik OT. Sampai  kat ruangan pembedahan baru nak baring atas katil. Masa ni belum masuk bilik OT lagi. Kaklong boleh temankan dia sampai ke bilik OT dan lepas kakak dibius sampaikan tak sedarkan diri, baru tinggalkan dia. So, dalam 1.30 lebih kurang, barulah kami masuk bilik OT. Bilik OT3 tempat kakak. Tangisan yang dah beransur tadi, mula kuat balik bila masuk bilik OT tu, sejuknya... so, doc mnta kaklong berbual-bual dengan kakak sambil diorang masukkan ubat bius melalui tempat suntikan ke apa yang atas tangan tu..selepas ubat yang ketiga, kakak pun tidur dalam keadaan sedu sebab nangis. Pastu doc pakaikan oksigen kat mulut hidung dan mulutnya. Bila kakak dah tidur..barulah nurse bawa kaklong duduk kat bilik menuggu...masih dalam ruangan bilik pembedahan...

2.00 petang: Kaklong menanti di bilik menunggu, berdoa mohon agar semuanya berjalan lancar, doc kata dalam sejam gitu dia panggil bila kakak dah selesai. Disebabkan kakak buat Laprascopy, jadi tidak melibatkan luka pembedahan yang besar, hanya tebukan tiga lubang sepanjang lebih kurang 1 cm sekitar perut.

3.00 petang: tak panggil2 lagi..dup dap dup dap..

3.45 petang: Nurse panggil kaklong...alhamdulillah...laju kaklong berjalan nak tengak kakak kat ruangan pemulihan...after operation tu.. Alhamdulillah kakak dah sedar, tapi masih lali, bila kaklong panggil, dia celik mata pastu pejam tidur balik...selepas setengah jam jugak...bila oksigen dan sebagainya dah stabil dalam bdannya. Barulah kami kembali ke wad.

Kakak selepas operation, masih lali, Masa ni kat wad dah..baju semua dah salin.

4.00 petang: Kembali ke wad. Tapi dah pindah katil besar yang lebih sesuai untuk kakak, katil no. 8 wab 5B.  Kakak muntah lepas bagi minum air masak...kesan ubat bius kata doc normal. Dah lewat petang barulah makan bubur nasi yang opah dan atuk bawa. Malamnya kakak tidu lena, takdelah dia ngadu sakit ke apa...tapi memang tak berjalan..kena dukung nak ke toilet atau kemana-mana.
Malam kedua kat hospital tidur katil besar yang lebih selesa. 

2 September 2015: Lebih kurang jam 9.00 pagi kami balik rumah. Alhamdulillah.

Walau sekejap, dan mungkin ada yang kata Minor Operation...namun perasaan bimbang seorang ibu tetap ada...tambah-tambah saat menemankan kakak bermula daria raunga pembedahan sehingga ke bilik OT, saat menunggu dan sebagainya...benar-benar menguji hati seorang ibu.

Doa buat mereka yang menerima ujian yang lebih besar, punyai anak yang diuji dengan sakit dan sebagainya. Prihatinlah kita sebagai ibu bapa terhadapa apa jua masalah kasihatan anak2 agar tidak berpanjangan. 

Sharing is caring.

Nota: Paparan cerita ini sebagai peringatan buat ibu bapa agar peka dengan masalah kesihatan anak-anak.





Wednesday, August 5, 2015

Jom kursus 13 kg dalam tempoh 4 bulan...

Assalamualaikum..

Haa..kali ni kaklong mcm trainer program sliming lah plak...haha...tak tau nk tulis tajuk pe...ambik pilh tajuk skima tu pun...

Gini...ada yang menegur kaklong...nmpk seroh..nmpk susut...nmpk mcm2 lah...hihi...ada yg tny join program apa? Diet Atkins kah? Program JK1M (Jom Kurus 1 Malaysia dengan Kevin Zahari tu..) London Weight kah..?(Tak mampu aihhh...) ambik ubat sliming kah? atau apakah? haha...mcm2 lah..
Tidak semua tu...kaklong hentam kromo je segala program segala diet hasil dari pembacaan...

Sehingga n3 ini ditulis...kaklong taklah kurus sgt...BMI masih 26.1...msh overweight... Doktor (Bukan doc diet...doc biasa je..) yang kaklong jumpa bagitau BMI yang normal ialah antara 18 ke 25...so target kaklong nak dapatkan BMI 24....boleh ke tak blkg citer...

Ok..bermula 10 April 2015 yang lalu...berat kaklong tudia...obesiti tau...74.5kg..(malu sbnrnya nak bgtau) hbs segala baju tak selesa dipakai...dr situ...dtglah ksdrn untuk kawal pemakanan dan berat badan..tambahan plak lepas kaklong sakit sampai warded 11 hari yg lps...bmbg gaklah....maklumlah...lemak-lemak kat badan ni pun blh jadi penyumbang kepada masalah kshtan gak kan...so...jom diet..

Nak memulakan diet ni...kaklong search dulu cara yang paling sesuai...paling bagus dan tidak membebankan...sebab ini bukan kali pertama nak diet...byk kali dah...tapi semuanya ke laut...dan kbtln juga kat office ni ramai yg join Diet Atkins...tgk diorg mmg berkesanlah...cuma kaklong tak mampu nk tgglkan sepenuhnya makanan berkarbohidrat ni...iyelah kan...nasi...roti dan segala kuih muih yang sedap2 tak blh makan...tp mana yang boleh...kaklong ikut juga...contohnya:

  • Minum air suam/air kosong 3 liter (formulanya 1 liter air bersamaan 20kg berat badan...)
  • Kurangkan minuman berkafien, bergas, minum manis, minuman dalam botol...air kotak...
Dan lagi....kaklong tambah tip-tip lain berdasarkan pembacaan dan sharing daripada orang2 yang berjaya...selama 4 bulan ni...kaklong layankan je tip ni:
  • Kurangkan pengambilan nasi kepada setengah senduk sehari.
  • Banyakkan pengambilan sayur dan makanan berprotin tinggi.
  • Elakkan makan selepas jam 9 malam.
  • Buat hard exercise seperti joging dan berbasikal seminggu sekali.
  • Buat soft exercise hari2 klu boleh. (Kaklong buat Flat Stomach Workout..kihkih...dpn tv sambail2 ngan anak2 pun boleh buat)
  • Konsisten dengan pengambilan air suam setiap pagi.
  • Jangan langsung minum air sejuk...apa lagi ais...
  • Amalkan minum Green Tea tanpa gula setiap hari.

 Atas tulah soft senaman yang kaklong buat...

Dan sebelah ni....cer tgk...kaklong start dengan 74.5 kg dengan BMI 31.5 pada 10 April...dan sekarang...Current Statistics tu...61.2 kg dengan BMI 26.1 pada 6 Ogos 2015.. 

Penurunannya tidaklah mendadak...
Tp alhamdulillah yang penting rasa lebih sihat dan taklah cpt letih. Maklumlah...dengan kerja di pejabat lagi...kerja di rumah lagi...urus anak2...pagi2 dah kelam kabut mengurus anak2 mandi, sarapan dan hantar ke sekolah/taska.. Balik kerja...ambik anak2 kat taska, memasak untuk makan malam dan sebagainya. Kalau kolestrol tinggi...badan berlemak...mmg letih...


 
Dan ini plak...graf penurunan bermula dari 74.5 kg tu...masa raya baru ni...naik hampir 1kg gak lah...haha...ater makan tak ingat apa lagsung...ketupat lemang, laksa, nasi dagang, nasi minyak, kuih raya, kek, sate dan segala benda kaklong makan...haha...sekali timbang...naik 1 kg...small matter lah...kontrol balik kan...

Ok...itu saja...sekadar membakar semangat ibu-ibu disana...jom sihat...nak kurus tu bagus..yang penting..makan dengan seimbang...no more high calori, high carbohidrat, gula garam semua kena kurangkan... InsyaAllah nak lakukan aktiviti harian rasa lebih sihat..

Dan...yang penting...solat tu...buat dengan sempurna...segala pergerakan dalam solat juga boleh membantu untuk lebih cergas...InsyaAllah (Pesanan untuk diri sendiri sebanrnya)

Sunday, July 26, 2015

Syawal 1436 / Eidulfitri 2015

Assalamualaikum..

Kenangan syawal 1436 / Eidulfitri 2015 bersama keluarga kakalong di Perak...tahun ni beraya pertama di Perak..raya ketiga baru bergerak balik ke Kelantan...alhamdulillah perjalanan kami pulang ke kampung dipermudahkan...

Keluarga kaklong memang suka berpakaian sedonding setiap kali hari raya...seronok plak pakai baju sama...hihi...mujurlah dapat ipar duai yang sporting dalam bab pemilihan baju bertema ni...

 Inilah keluarga kecik kaklong...suami tercinta dan anak-anak... restu mak ayah sentiasa bersama-sama kami...alhamdulillah..

 Mak ayah dengan cucu dan gegirl....hihi..

 Inilah semua ahli keluarag yang ada...seisi umah lah ni..mak ayah anak-anak menantu dan 6 orang cucu...selamat datang kepada Safya Maisarah...cucu baru mak ayah...baru sebulan lahir 1 Ramadhan..

 Kami lapan beradik...thanks mak ayah atas segala pengorbanan membesarkan kami sehingga berjaya...cara ayah dan mak mendidik kami sangat-sangat berjaya mematngakn kami dalam kehidupan.

 Mak ayah dan anak menantu...sorang je menantu lelaki...lambat lagi kot nk dapat menantu lelaki lagi...hihi..

Mak ayah dan anak-anak menantu lelaki...cucu lelaki dua orang lagi tu..ntah kemana berlari...mmg susah nak bergambar...
Yang ni plak...hanya gegirl....

Moga kebahagian terus berpanjang hingga ke syurga.
Bahagia itu milik Allah..
Harta itu milik Allah...
Ketenangan itu Milik Allah..
Justeru...dekatkanlah diri dengan Allah agar kebahagaian dan ketenangan dalam rumahtangga serta kecukupan harta juga menjadi milik kita walau hanya sekadar pinjaman cuma...

Lawatan Anak-anak Taska AADK - A Kids Centre

Assalamualaikum..

Hari ni nak share cerita lama..biarlah cerita basi pun...yg pntng kaklong nak abadikn cerita ni sebab ini lah kali pertama anak-anak kaklong Syafiqah dan Naufal menyertai lawatan tanpa diiringi ummi dan abah..

Anak-anak kat depan taska..baru nak bersiap. Kakak ponteng sekolah tadika semata-mata nak ikut lawatan taska...huhu...sorry cikgu.

Abang Ngah Naufal dengan kawan taskanya...abgngah taknak pakai seluar taska...pendek katanya...tak handsome...

Peace...


Sebelum bergerak..pakat berkumpul depan taska...pakai kasut..tag nama dan sebagaiany...ini je pn pic yang byk....sebab parent ada lagi...

Sebelum naik bas..


Gambar sekitar lawatan...alhamdulillah suka anak2 dapat kuar berjalan...yang penting diorang dapat pengalaman naik bas dan berjalan dengan kawan-kawan tanpa ibu bapa...

Walaupun pada mulanya bimbang macam-macam...iyelah keselamatan diorang kata sana dan sebagainya kan...tambah-tambah si Naufal. 
Namun alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan Naufal sampai sekarang dukl sebut2 naik bas AADK dengan kawan2.





Akhirnya si Bongsu ke Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir

Assalamualaikum...

Setelah melalui pelbagai sesi perbincangan dan timbang tara...akhirnya adik bongsu kaklong ke Mesir juga... dengan keputusan SPM 6A...STAM Jayyid Jiddan..beliau melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah dan Undang-undang. 

 Penerbangannya transit kat Jordan.

 Misi menghantar si bongsu

 Ayahbonda lah yang paling sedih melepaskan si bongsu. Tahniah juga buat ayah yang mula bersara dr perkhidmatan kerajaan bermula 31 Julai ni.

 Syahir dan kawan2 kat sana..

 Asyik bergambar dengan kawan ni jer...haha..

Kuliah belum bermula...petang-petang main bola dengan anak pak Arab katanya...

Moga kembara ilmu beliau bersama rakan-rakan bermula 22 Julai yang lalu akan membuahkan hasil dan mampu kembali ke Malaysia dengan kejayaan yang cemerlang.

Monday, July 6, 2015

Program Family Day Bajet Penghuni Kuarters ILIM

Assalamualaiku.

Ni citer lama...sajer nak simpan untuk tatapan kaklong atau anak2 akan datang...citernya pada 13 hingga 14 Jun yang lalu, kuarters ILIM tempat kaklong duduk ni buat program family day...kat kuarters ni ada 26 buah kelaurag je...yg dapat join hanya 18 keluarga...havoc juga lah..kami buat santai-santai je...yg pntg bermalam 1 malam kat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.

 Ni lah antara kawan2 Syafiqah, Naufal dan Sumayyah yg tggl kat kuarters ni...tgh duk beratur untuk acara sukaneka kanak2.

 Program bermula dengan sesi perkenalan diri dan keluarga oleh semua ahli keluarga kuarters..barulah dapat kenal jiran tetangga serta ahli rumahnya..

 Gitulah lebih kurang pada hari pertama...sebelum chekc in hotel..kami BBQ dulu kat tepi pantai Bagan lalang ni...just simple BBQ n masing2 bawa potluck..so mmg mcm2 makanan ada...cara yang budjet untuk buat family day...

 Naufal ngn kawan dia duk main pasir..

 Syafiqah dan kawan2nya...kawan dia ni juga duk kat Taska yang sama..

 Sumayyah..berkepit jer ngn ummi...mujurlah tak mnta didukung...

 Ni..geng budak2 dh remaja skt...mandi laut jelah deme...

 Dah pukul 3 ptg lbh kurang..baru dapat check in hotel...so rehat2 jap kat bilik masing2..sambung terjun kolam plk..sampat senja duk mndi kolam..

 Oklah juga...ada kolam dewasa dan kolam kanak2..

 Malamnya ada yang keluar pi makan ikan bakar kat sekitar Bagan Lalang ni...yg mn dh letih..rehat2 je..sng kan...program sndiri...so takdelah strict sgt..
Ni anak2 dan kawan kuarters diorang...

Sebelum majlis berakhir..ada sesi penyampaian hadiah dan tukar2 hadiah...alhamdulillah semua dapat bawa balik buah tangan..

Majlis yang serba ringkas ni berakhir pada 14 Jun..hari Ahad..hanya dengan kutipan sebanyak RM200 per family..dapat juga buat program Family Day yang simple tapi menginap kat hotel, mandi kolam dan santai2 berBBQ di tepi pantai..

Nak seribu daya...tak nak seribu dalih..

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...