Sunday, September 6, 2015

Hernia Juga Berisiko Pada Anak Perempuan

Assalamualaikum.

Baru-baru ni pada 1 September 2015, anak sulung kaklong Syafiqah telah selamat menjalani pembedahan Hernia. Kaklong dan Syafiqah warded pada 31 Ogos 2015...bila masuk wad tu...kakak memang sihat sejahtera, bila nurse tanya kenapa kena wad, sakit apa dan sebagainya, kebanyakannya beri reaksi pelik sebab kanak-kanak perempuan pun ada risiko kena Inguinal Hernia ni...selalunya masalah Hernia ni sinonim dengan kanak-kanak atau bayi lelaki. 

Banyak info yang diketengahkan akan kaitkan masalah Hernia ni dengan pembengkakan testis pada alat sulit bayi/kanak-kanak lelaki.. contohnya boleh baca artikel sini

Tapi, masalah kaka bukan gitu...langsung tak berkaitan dengan alat sulit atau mana-mana anggota yang berkaitan (Betul ke gitu ayatnya)
Masalah Hernia kakak berpunca daripada masalah otot pada dinding perut yang tidak tertutup habis sehingga memberi peluang kepada angin/bendalir daripada usus masuk ke ruang yang terbuka pada otot perut..dan akhirnya terjadilah bengkak berhampiran kelangkangnya.

Bengkak tersebut tak selalu timbul, bila batuk atau aktif bermain, kelihatanlah sedikit benjolan. Kakak kata tak sakit, malah bila digosok benjol tu hilang.

Kaklong dan suami pada awalnya tak plan pun nak buat sebarang pembedahan, cadangnya nak berubat kampung, berurut dan sebagainya je. Tapi setalahmendapat nasihat doktpr dan mak ayah, kami buat juga...demi kelangsungan tahap kesihatan kakak terjamin. InsyaAllah. Bolehlah tengok info pasal Inguinal Hernia ni di sini.

Kaklong copy artikel dari KKM ya..

Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Pengenalan
Inguinal hernia, atau lebih dikenali sebagai 'angin pasang' dalam Bahasa Melayu, adalah sejenis keadaan di mana usus atau selaputnya (omentum) terjatuh masuk ke dalam sebuah kantung (pouch), dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari (groin).
Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut (abdomen) yang dalam kebanyakan masa bukaan ini akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan.
Ia berbeza dengan kejadian 'angin pasang' di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berkaitan dengan peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.
Inguinal hernia BUKAN disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan.
Demografi dan Epidemiologi
Secara keseluruhannya, kadar masalah inguinal hernia di kalangan kanak-kanak adalah 3%.
Kebanyakannya melibatkan kanak-kanak lelaki (6-10 kali ganda berbanding dengan perempuan).
Inguinal hernia adalah sejenis keadaan yang berisiko tinggi, terutamanya di kalangan bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi disebabkan oleh usus yang terperangkap di dalam kantung hernia (rujuk bahagian 'Komplikasi'). Kadar ini dijangka dalam lingkungan 30%.
Tanda-tanda
Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki (Gambar 1).
Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau anak meneran atau menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.
Komplikasi
Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).
Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.
Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) bagi bayi-bayi lelaki.
Rawatan
Tiada rawatan lain untuk masalah inguinal hernia selain daripada pembedahan. Pembedahan ini dikenali sebagai Herniotomy.
Ia adalah sejenis prosedur yang memerlukan bius am (general anaesthesia) dan sebaik-baiknya dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Pesakit perlu dipuasakan untuk beberapa jam sebelum pembedahan ini.
Dalam keadaan yang tidak melibatkan komplikasi, pembedahan Herniotomy biasanya dibuat sebagai prosedur unit rawatan harian (Daycare Surgery). Ini bermaksud pesakit tidak perlu tinggal di dalam wad untuk semalaman.
Herniotomy melibatkan torehan kecil (biasanya 2-3cm) di bahagian ari-ari yang bermasalah.
Seterusnya, kantung dijumpai di bawah lapisan otot, dan ia dipisahkan daripada saluran sperma dan saluran darah; sejurus itu, kantung dipotong dan diikat supaya ia tidak dapat membenarkan pergerakan usus atau selaput ke dalamnya lagi. Potongan kemudiannya dijahit dengan benang khas di bawah kulit dan akan hilang dengan sendiri dengan peredaran masa. Prosedur ini biasanya memakan masa 15-30 minit.
Selepas pembedahan ini, pesakit boleh diberi minum dan makan apabila dia sedar dengan sepenuhnya. Dia dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Ibu bapa akan diarah untuk mengeluarkan pembalut daripada luka 2 hari selepas pembedahan.
Sekiranya luka tidak begitu elok (iaitu merah atau bernanah), pesakit perlu dibawa balik berjumpa dengan doktornya. Biasanya, kanak-kanak yang lebih besar diberitahu untuk mengelakkan daripada aktiviti senaman yang lasak sekurang-kurangnya selama 1-2 bulan.
Rawatan Bayi Pramatang
Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan, mempunyai insiden yang tinggi untuk mendapat inguinal hernia (sehingga 30%). Seperti yang dinyatakan, bayi-bayi ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi-komplikasi yang diterangkan. Oleh itu, pembedahan Herniotomy untuk kumpulan bayi ini biasa dilakukan sebelum bayi tersebut dibenarkan pulang dari Unit Rawatan Khas Bayi (Special Care Nursery, SCN) ketika berat bayi tersebut adalah diantara 1.6 - 1.8kg.
Semakan Akhir:19 June 2014
Penulis:Miss (Dr.) Shona Alison Edmonds
Accreditor:Mr. Azlan b. Mahmud
Reviewer:Dr. Aina Mariana bt. Abdul Manaf

Alhamdulillah setelah hampir seminggu ni, kakak dah boleh bangun berjalan. Sedikit info mengenai prosedur pembedahan Laprascopy Inguinal Hernia tu untuk dikongsi bersama  rakan pembaca...

31 Ogos 2015, Jam 2.00 petang: Kakak Fyqah warded, doktor Surgical Paed, Hospital Serdang Dr. Faizah cucuk kakak, ambil sample darah dan pasang jarum. Kakak tak nagis..ok je dia...disebabkan katil penuh, kakak ditempatkan dalam bilik dengan bayi..so dapat katil kecil untuk baby je..Duduk katil no.10 wad 5B. Malamnya kami tidur berdua kat hospital.
Lebih kurang jam 8.00 malam doktor yang nak operation datang melawat tengok kakak. Katanya esok giliran kakak yang kedua...around 10.30 pagi giliran kakak. Sebab kena tggu Doktor Pakar Kanak-kanak dari HKL. Kakak kena puasa bermula jam 3 pagi.
Hari pertama, katil untuk bayi je kakak tidur.

1 September 2015, jam 10.30 pagi. Tiba waktu yang dijanjikan, tapi masih belum dipanggil ke bilik OT. So, kakak join program SDH (Sekolah Dalam Hospital), bagus program ni...ada cikgu yang mengajar kanak-kanak, taklah boring budak-budak ni...kalau boleh berjalan...budak-budak akan pergi sekolah bersebelahan wad, kalau tak boleh, doktor akan datang kat katil...mengajar dan berbual.

1.00 tghri: Nurse panggil untuk masuk bilik OT. Masa ni baru dia mula menangis, tambah-tambah bila dah kena tukar baju bagai...tak nak dah dia naik katil, terpaksalah berdukung ke bilik OT. Sampai  kat ruangan pembedahan baru nak baring atas katil. Masa ni belum masuk bilik OT lagi. Kaklong boleh temankan dia sampai ke bilik OT dan lepas kakak dibius sampaikan tak sedarkan diri, baru tinggalkan dia. So, dalam 1.30 lebih kurang, barulah kami masuk bilik OT. Bilik OT3 tempat kakak. Tangisan yang dah beransur tadi, mula kuat balik bila masuk bilik OT tu, sejuknya... so, doc mnta kaklong berbual-bual dengan kakak sambil diorang masukkan ubat bius melalui tempat suntikan ke apa yang atas tangan tu..selepas ubat yang ketiga, kakak pun tidur dalam keadaan sedu sebab nangis. Pastu doc pakaikan oksigen kat mulut hidung dan mulutnya. Bila kakak dah tidur..barulah nurse bawa kaklong duduk kat bilik menuggu...masih dalam ruangan bilik pembedahan...

2.00 petang: Kaklong menanti di bilik menunggu, berdoa mohon agar semuanya berjalan lancar, doc kata dalam sejam gitu dia panggil bila kakak dah selesai. Disebabkan kakak buat Laprascopy, jadi tidak melibatkan luka pembedahan yang besar, hanya tebukan tiga lubang sepanjang lebih kurang 1 cm sekitar perut.

3.00 petang: tak panggil2 lagi..dup dap dup dap..

3.45 petang: Nurse panggil kaklong...alhamdulillah...laju kaklong berjalan nak tengak kakak kat ruangan pemulihan...after operation tu.. Alhamdulillah kakak dah sedar, tapi masih lali, bila kaklong panggil, dia celik mata pastu pejam tidur balik...selepas setengah jam jugak...bila oksigen dan sebagainya dah stabil dalam bdannya. Barulah kami kembali ke wad.

Kakak selepas operation, masih lali, Masa ni kat wad dah..baju semua dah salin.

4.00 petang: Kembali ke wad. Tapi dah pindah katil besar yang lebih sesuai untuk kakak, katil no. 8 wab 5B.  Kakak muntah lepas bagi minum air masak...kesan ubat bius kata doc normal. Dah lewat petang barulah makan bubur nasi yang opah dan atuk bawa. Malamnya kakak tidu lena, takdelah dia ngadu sakit ke apa...tapi memang tak berjalan..kena dukung nak ke toilet atau kemana-mana.
Malam kedua kat hospital tidur katil besar yang lebih selesa. 

2 September 2015: Lebih kurang jam 9.00 pagi kami balik rumah. Alhamdulillah.

Walau sekejap, dan mungkin ada yang kata Minor Operation...namun perasaan bimbang seorang ibu tetap ada...tambah-tambah saat menemankan kakak bermula daria raunga pembedahan sehingga ke bilik OT, saat menunggu dan sebagainya...benar-benar menguji hati seorang ibu.

Doa buat mereka yang menerima ujian yang lebih besar, punyai anak yang diuji dengan sakit dan sebagainya. Prihatinlah kita sebagai ibu bapa terhadapa apa jua masalah kasihatan anak2 agar tidak berpanjangan. 

Sharing is caring.

Nota: Paparan cerita ini sebagai peringatan buat ibu bapa agar peka dengan masalah kesihatan anak-anak.





9 comments:

Aaa said...

Salam puan,
Masa operate ni umur anak berapa ye?
Masa detect ada hernia umur berapa pula?

LOVELY ZIEY said...

Assalam.. Anak perempuan saya pun mengalami yang sama dan akan melakukan pembedahan bulan depan.. Saya nak tanya, ada tak apa apa pantang selepas pembedahan.. Terima kasih banyak banyak..

Unknown said...

Salam Kak Long, tumpang tanya. Macam mana ye Kak Long boleh detect yang Kakak ada masalah ni?

Unknown said...

Lepas pembedahan..ada yg perlu pantang x..dari segi mknn..dan berkaitan

Unknown said...

Salam anak sy pon alami benda yg sama. Tp baru umur setahun 5bulan. Belom decide nak operate lg.. banyak duk pk

Unknown said...

puan, sy nk tnya. hernia ni bagi kanak2 perempuan selalunya sejak dari lahir atau dah besar baru timbul hernia?

Unknown said...

Assalamualaikum Puan,
Saya Zaiti, anak saya berusia 6 tahun pun ada hernia. Kami dapat kesan masa umur dia 3 tahun lebih, tp sampai sekarang xbuat operation lagi sbb dia xsakit dan saya xsmpai hati tengok di dibedah dalam keadaan sihat. Mohon pandangan & nasihat daripada Puan.
Terima Kasih

aZLiZa zAiNaL said...

terima kasih puan atas perkongsian ini.

sam said...

terima kasih di atas perkongsian....anak saya pun sama ....tp baru 3 tahun....memang sgt risau bila dengar kena operation...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...