Sunday, January 24, 2010

Cabaran Ibu Bekerjaya

Salam....

N3 kali ni...kaklong nak berkongsi tentang 4 cabaran utama yang dihadapi oleh ibu bekerja...
Maklumat ni...kaklong dah lama dapat...baca dari Majalah ANIQAH, keluaran Jun 2008....
Bila bakal jadi ibu ni...kaklong dah tak kira bahan tu lama atau baru...yg penting bermanfaat....Masa baca artikel ni dulu...kaklong belum pun kahwin lagi...so, tak ambil berat sgt....
Sekarang ilmu ni jadi penting untuk kaklong dan mgkn juga ibu2 bekerjaya diluar sana....

Cabaran ibu berkerjaya ini dikemukakan oleh Dr. Mastura Badzis (Pensyarah UIAM). (Artikelnya panjang, jadi kaklong dan edit2 jd ayat sendiri, but isi still sama)
Dr. Mastura badzis
  1. Pembahagian Masa : Masa ibu terbahagi antara kehidupan dengan anak-anak dan kerjaya. Ibu perlu menjadi contoh kepada anak-anak tetapi mereka lebih terikut dengan perwatakan orang lain seperti pengasuh dan kawan-kawan di taska kerana ibu terpaksa pulang lewat dari pejabat. Untuk menghadapibya, ibu perlu mendapatkan kerjasama dari si suami, supaya bergilir dalam menggalas tugas memastikan masa diluangkan lebih byk ngn anak2.
  2. Pengasuh atau Pembantu Rumah : Ibu yang sibuk pasti akan menyerahkan tugas mengasuh dan mengurus anak2 kepada pengasuh atau pembantu rumah. Ibu bapa mahu anak mereka diasuh dengan suasana yang baik, persekitaran yang harmuni agar anak membesar dengan minda yang positif. Namun persekitaran hari ni, tidak memberi jaminan kepada ibu bapa untuk memastikan apa yang mereka inginkan dapat dicapai. Cabarannya, Ibu yang bekerjaya terpaksa membiarkan pengasuh atau pembantu rumah menjadi role model kepada anak mereka yang masih kecil. Jadi carilah pengasuh yang dapat membantu kita untuk mendidik minda dan jiwa anak2.
  3. Pendedahan Pada Kecanggihan : Membesarkan anak-anak bukanlah perkara yang mudah. Persekitaran anak-2 pada zaman kini tidak sama seperti zaman dahulu. Mereka berhadapan dengan dunia canggih dan suasana sofiskated untuk menyelesaikan persoalan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa perlu lebih memberi penumpuan kepada naka2 untuk memantau dan memandu anak2 dalam menggunakan pelbagai aplikasi kecanggihan teknologi. Namun, ibu menghadapai keterbatasan waktu untuk melakukannya.
  4. Gaya Keibubapaan : Kajian terkini menunjukkan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sebuah keluarga bergantung kepada gaya keibubapaan.Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu menekan dan memaksa akan memenyebabkan anak2 menjadi seorang yang gagal membuat keputusan dan tidak yakin dengan diri sendiri, manakala anak2 yang diasuh dengan belaian manja yang terlampau juga akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa. Oleh itu, pelajarilah ilmu keibubapaan agar kita tetap di hati anak2 walaupun sibuk dengan tugas membantu suami mencari rezeki.
Peringatan untuk kaklong dan mungkin juga ibu-ibu lain yang bekerjaya...pelajarilah ilmu keibubapaan walau kita dan pandai dalam pelbagai bidang dan kerjaya...
Kegagalan mendidik anak-anak pada masa kini akan meninggalkan seribu penyesalan pada masa akan datang...


Wednesday, January 20, 2010

Jumpa kenalan lama....

Salam....

Kebelakangan ni....kaklong dapat jumpa ramai kawan2 lama..
Sejak sekolah, kolej dan universiti...
Masing2 dah ada khdpn sndiri...
tak kurang juga yg dah banyak berubah

Teknologi dihujung jari skrg ni...
hanya klik dan surf.....
macam2 kita boleh cari...

Ramai kwn2 kaklong yg dah lama lost contact...
dapat dihubungi kembali...
antara rakan2 masa kat Sekolah Menengah dulu.....


Ina dan Khalil...kedua-duanya classmate time sekolah dulu...sekarang takde kat Malaysia...

Bestfriend masa kat sekolah dulu...terpisah sejak Tingkatan3 lagi...langsung tak dpt jejak...tup..tup...bila jumpa di alam maya...dah ada anak pun...hebat di mahkamah ni...;)

Rohana...pggl achik...pun dh lain..blm kahwin lagi...tu ngn ank org lain...;)

Elisa Zaheeda...banyak citer die ni dulu2...hehe..tapi sekarang dah lain sgt dgn dua org anak...


Ateh...die ni dulu ketua nasyid masa kat sekolah....sekarang anak dah dua..

Adiek...namanya Hida....

Selain diorang ni...ramai lagi...tapi terlalu bayak kalau nak diupload...
Blm lagi kwn2 kat Kolej n Universiti...(maaf ye yg tertinggal...)

Mudah-mudahan ukhwah yang kembali bertaut akan kekal selamanya...
Seronok dapat hubungi kembali rakan2 lama...
Harap kita dapat jumpa suatu masa nnt..InsyaAllah...


Tuesday, January 19, 2010

Disertasi yang tak sudah....

Salam...

Malam tadi kaklong tidur lewat juga....Semuanya gara-gara nak menyiapkan editing disertasi kaklong yang perlu disiapkan sebelum pagi ni...20hb Januari2010, sebab diberitahu oleh staff PPS-FPI, kena hantar sebelum 21hb Jan...kalau tak hantar...kn bayar yuran pendaftaran untuk semester ni...(kaklong xnak bayar...hehe)

So, bertungkus lumuslah duk edit...


Sampaikan dapur tak berasap...(Huhu...maaf ye bang...mkn nasi bungkus je...)
Cik abang yng kesian kat kaklong pun sangguplah tggu sampai lewat mlm....
Temankan kaklong buat kerje...(Terima kasih abg...huhu...terharu ni...)
Dalam badan duk sakit2....maklumlah...bila berbadan dua ni...taklah secergas masa dolu2...
Kepala pun cepat pusing....mcm2lah rasa yg tdk selesa....
Dipendekkan cerita....
Bertungkus lumuslah kaklong nak menyiapkan disertasi kaklong ni...
Edit sana....btlkan sini...transiletrasi btlkan...mcm2 lah....


Page depan je dah conteng mcm2...blm dlm lagi...

Bila pagi ni...kaklong pun call PPS-UKM...
Tanya btl2 tarikh akhir hantar disertasi kalau tak nak bayar yuran untuk semester ni...
Jeng...jeng....tarikhnya....27 hb Januari 2010....bukan 21 hb...
Huhu...so, kaklong masih ada masa seminggu lagi...

Alhamdulillah...lega sikit rasenye...
Hanya kerana kesilapan maklumat, kaklong dah susahkan badan...susahkan suami...
dan lagi....tak pegi Bengkel Penyediaan Buku Asas Bahasa Dakwah pagi ni...
So, peringatan buat kaklong juga...
Lain kali, dapatkan maklumat daripada sumber yg btl....
Bukan hanya dgr2 ckp org jer....(tp yg bgtau pun org yg duk keje kat tmpt tu gak)

Sekarang...
dengan tenangnya kaklong nak teruskan misi menyemak disertasi ni....
Pastikan sempurna dan tidak ada kesilapan sebelum dibuat salinan dan hantar ke PPS untuk dapatkan tarikh Viva....

Tuesday, January 12, 2010

Gerhana Matahari

Salam....

Buat rakan yang ada kelapangan...
Jangan lupa sertai Cerapan Gerhana Matahari pada
15 Januari 2010 (Jumaat) nanti...
Bermula jam
3.00 sehingga 5.00 petang...

Kalau yang duk dkt Putrajaya...
Boleh lah datang join cerapan yang akan dibuat di Dataran Masjid Putra...
Pastu boleh sama2 buat Solat Sunat Gerhana....

Nak tau lebih lanjut mengenai fenomena Gerhana Matahari ni...
Kaklong nak citer panjang pun bukan lah tau sgt...
Setakat setahun dua join cerapan hilal n handle kursus2 Falak ni...
Tak lah memberi pengatahuan yang mendalam sangat...
al-Maklumlah...otak dah beku nak belajor benda2 baru ni;)
So...buat yg nak google ttg Gerhana ni...boleh lag klik artikel dari akhbar KOSMO ni ye...

Ok...Selamat Menjalankan Aktiviti Masing2...
Pinggang kaklong sakitlah...huhu...
Sape ade petua nak hilangkan sakit belakang masa pregnant...kongsilah...



Monday, January 11, 2010

Si Tanggang Moden?

Salam...

Sebenarnya...n3 kali ni adalah kerana kaklong tertarik ngan isu Majalah Milenia Muslim edisi Januari 2010...(Semua pegawai kat ofis kaklong dapat majalah ni setiap bulan....mcm melanggan plak...hehe...)...Bila membacanya....masyaAllah semakin meningkat salah laku anak terhadap ibu bapanya...

Mengikut statistik jenayah yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur.... Jumlah jenayah yang dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa pada tahun 2005 adalah 198...dan pada tahun 2009 jumlahnya 232....
Itu hanya yang dilaporkan...ntah berapa banyak lagi jumlah yang telah berlaku....

Mudah-mudahan kita terhindar dari semua dosa-dosa tu....
Derhaka bukan sahaja hanya berlaku dari aspek fizikal...malah boleh juga berlaku tanpa kita sedari...
malah hanya kerana lintasan hati kita...

Majalah Milenia Muslim turut menyenaraikan Ciri-ciri Si Tanggang Moden:
  1. Enggan menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikal dan mental.
  2. Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa.
  3. Enggan menjaga ibu bapa dengan alasan mempunyai tangunggan yang ramai.
  4. Mengambil barang kemas, wang dan harta ibu bapa tanpa kebenarannya.
  5. Memaksa ibu bapa menukarkan nama dan harta benda ibu bapa.
  6. Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka.
  7. Bertindak kasar seperti menengking, menampar, ugut dengan senjata, memukul dan membunuh.
  8. Menyuruh ibu bapa menjaga anak-anak tanpa kerelaan mereka meskipun mampu menghantar mereka ke pusat jagaan.
  9. Tidak memberikan wang, makanan dan perlindungan kepada ibu bapa.
  10. Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka.
  11. Tidak menziarahi mereka.
  12. Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua walaupuun mampu menjaga mereka.
  13. Tidak mengaku ada ibu bapa.
  14. Tidak menjaga hati dan perasaan ibu bapa.
Ciri-ciri yang berikan ni berdasarkan kepada kajian dan mungkin juga tinjauan yang dilakukan mereka (penulis artikel) terhadap situasi semasa yang berlaku terhadap ibu bapa yang ramai ditinggalkan di beberapa buah pusat jagaan orang-orang tua.

Buat mummy, mama, umi, ibu, mak dan seumpamanya....didiklah anak2 sejak kecil, malah sejak dari dalam kandungan lagi (Ingatan buat diriku) agar anak kita adalah anak yang soleh dan taat pada ibu ayah serta beriman kepada Allah dan Rasul-Nya....

Ujian Seorang Ibu...

Salam...

Tajuk kan main lagi...

Yang sebenarnya kaklong cuma nak bagitau...
Sejak kebelakangan ni...kaklong alami sakit belakang yg agak menguji kesabaran..
Agaknya badan pun dah semakin berat...baby pun dh semakin besar...

Gambaran pelukis keadaan baby ketika minggu 33...link sini

Paling derita kalau kena duk lama dalam keta bila nak pegi memana...
Bila berjalan lama...Aduhlah....
Time kerja...bila sakit, blh smpai rasa pening dan tak selesa sgt2...

Apapn, alhamdulillah kaklong dan baby sihat...
Cuma rasa tak selesa pada badan tu dah mmg lumrah bagi ibu mengandung lah kan....
Nasib ada tempat nak mengadu (hehe..terima kasih abang...)

Ni hanya sebahagian, mungkin juga tak smpai sebahagian pun...
sekelumit je kot, ujian yg perlu dilalui seorang ibu untuk melahirkan zuriatnya...
Macammn lah anak2 kat luar tu boleh lupa jasa ibunya...derhaka dan tak hormat mereka...
sedang seorang ibu sanggup harungi apa jua demi melahir dan membesarkannya...

Sekadar Gambar Hiasan....

Rindu plak kat mak...huhu...

Wednesday, January 6, 2010

Ukhwah Kekeluargaan

Salam....

Terkejut dengan berita pembunuhan tragis empat beranak yang hangat diperkatakan semalam.
Iktibar buat kita semua...
Betapa ukhwah kekeluargaan itu penting bagi mewujudkan hubungan keluarga yg harmuni dan sejahtera...


Disamping kesibukan bertugas....
Tiba2 kaklong teringat mak ayah dan adik2 kat umah, sekolah dan tmpt masing2...
Teringat juga sepupu sepapat dan mak pak sedare kat kampung (hehe...satu kampung ingat ooo)
Hingar bingar dan suasana yg havoc ketika semua berkumpul terngiang-ngiang dalam fikiran.

Alhamdulillah kaklong dikelilingi keluarga yang harmuni...
Akrab dan saling mengambil berat....

Malah...baru2 ni satu program kekeluargaan yang julung kalinya diadakan telah berjaya dilaksanakan...


Program Silaturrahim Keluarga Aaisyah (Arwah opah sebelah ayah)
Program ni diadakan pada 16 - 18 Disember 2009
Bertempat di Pantai Teluk Senangin, Perak...


Kaklong tak dpt join sama sebab tak dapat cuti (huhu...rugi tau)
Bila tgk gambar dan video rakaman sepanjang program best sgt......
Boleh lah klik sini untuk tgk laporan program tu dari adik kaklong....


Mudah-mudahan program yang baik ni dapat dijalankan lagi pada masa2 akan datang
malah dpt diteruskan oleh generasi cucu cicit dan seterusnya....
Ukhwah Silaturrahim tu penting...
Sebuah keluarga yang sejahtera akan melahirkan masyarakat yang harmuni.


Sebahagian keluarga Aaisyah yang hadir...Keluarga Andak+ Wan Ndak (Pasukan Hitam Putih) AyahCik + WanCik (Pasukan Biru), Mak+Ayah Kaklong (Pasukan Kuning), Cik Yeh+Wan Nek (Pasukan Merah), Ayah Nek+Cik Ani (Pasukan Maroon) dan Pak Cik+Cik Ita (Pasukan Pelangi)...

Tiga orang adik kaklong bersama mak sedare....

Ayah (berkopiah) bersama abang dan adik bongsunya....

Antara acara sukaneka yang berlangsung.....


Semoga kita mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kita bahagia, cukup cubaan untuk membuat kita kuat, cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kita positif terhadap kehidupan.

Monday, January 4, 2010

My Baby.....

Kaklong baru pulang dari Pusat Rawatan az-Zahrah, Bangi...
Just pegi chek my perut....nak tgk keadaan baby...
Sebenarnya kaklong hanya buat pemeriksaan kat Klinik Kesihatan Kerajaan...
Ok jer...cuma kat situ tak de scan dan hanya diperiksa oleh jururawat....

Jadi....nak juga tau kesihatan lanjut dr pakar perbidanan...so, kaklong n suami pegilah buat pemeriksaan kat pusat rawatan tu juga....

Alhamdulillah....perkembangan terkini...Baby sihat....
Beratnya 2.03Kg....usianya 32minggu...
Jantinanya...jeng..jeng...bairlah surprise dulu....

(26 Feb 2009) Pertama kali scan baby, terharu sgt masa ni....usianya ketika tu baru 12week...nampak die melompat2 dan byk sgt bergerak...


(11 Sept 2009) Ketika usianya 16week++...nmpak kepala n separuh badan je....


(5 Januari 2009) Ketika usianya 32week++....tak nmpk sgt sbb baby dah besor dlm perut, berat pun dah 2.03kg, tp kaklong nmpk pergerakan dan anggota badannya masa doc scan...


Mudah-an baby yg bakal lahir nnt akan jadi anak yg soleh/solehah...
Taat pada ibu bapanya, sempurna akal dan fizikalnya...

Allah Maha Besar...terasa betapa agung dan hebatnya kekuasaan Allah dengan kejadian manusia,
Melihat perut yg bergerak dgn tendangan dan gerakan kecil baby di dalam perut....
satu nyawa dalam perut manusia yg bernyawa....
menginsafkan lagi betapa Allah itu Maha Pencipta....




Sunday, January 3, 2010

Alhamdulillah

Salam semua....

Alhamdulillah kita dah pun memasuki Tahun 2010....
Makanya...dgn bertambahnya usia...berkurangan juga usia kiter....

InsyaAllah pada tahun 2010...kaklong dan suami akan menerima org baru...
Doakan moga semuanya dipe
rmudahkan....

Minggu lepas....kaklong dan suami turun Ipoh....
Pegi umah adik Kaklong kat Seputih...ada majlis Aqiqah untuk anak sulungnya...
Siapa lagi kalau bukan Muhammad Amirulmiqdam....

Miqdam yang semakin sihat....Moga jadi insan yang soleh......

Alhamdulillah....
semua yang berlaku pada tahun 2009....indah semuanya...
Manis untuk dikenang.....

Moga tahun-tahun yg akan datang lebih baik untuk dikenang....
Amin....

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...