Friday, June 25, 2010

Pengasuh

Salam...

Mulai bulan Julai, Syafiqah akan dijaga oleh pengasuh baru...
Dengan pengasuh lama, kaklong takde mslh pape...beliau ok...n membahasakan dirinya nenek pada Syafiqah...
Tp, beliau tak dpt nk terus jaga Syafiqah, sebab baru2 ni beliau dikhabarkan dgn berita yg menyedihkan...
Beliau didapati mengihadap Breast Canser...
Pada 30 Jun ni, beliau akan masuk wad n memulakan rawatannya...
Didoakan semoga Mak Cik Zakiah akan sembuh n blh main2 ngn Syafiqah lagi...

So, bulan depan Syafiqah akan dijaga oleh Kak Johana, just call Kak Ana...
Kali ni pengasuhnya org muda...punyai 3 orang anak yg comel n sopan santun..
2 drnya masih bersekolah rendah...
sorang lagi baru berumur 5thn n blm dihantar ke Tadika...

Syafiqah dah pandai meniarap...Alhamdulillah anak ummi membesar dgn sihat...

Alhamdulillah...dpt gak jumpa pengasuh yg memuaskan...
Harapnya kak Ana akn jg Syafiqah dgn baik...
Beri perhatian n syglah Syafiqah mcm anak akak sendiri ye....
Psst...nama anak kak Ana...sgt menarik...Khadijah dan Daud...yg sulung terlupa plak...

Rindu kat Syafiqah...waktu habis pejabat adalah waktu yg selalu dinatikan...

Apabila anak semakn membesar...semakin terasa cabaranya bila bergelar ibu bekerjaya...
Dalam memikirkan urusan kerja di pejabat...
Hal2 rumahtangga turut perlu dititikberatkan...
Hal anak lagi...MasyaAllah...kaklong kagum ngn ibu2 diluar sana yang berjawatan tinggi n dapat membahagikan masanya untuk pengurusan keluarga yang baik...

Mungkin ada yg beri pendapat...org perempuan duk umh jelah...jaga anak n suami...tak payah kerja...tp, keadaan ekonomi n kos sara hidup yg tinggi pada ms sekarang tidak memungkinkannya...

Yang penting...

KUALITIKAN MASA YANG SEDIKIT BERSAMA KELUARGA DENGAN PERKARA YANG BERMANFAAT...
KUANTITI MASA YANG BANYAK BUKAN PENENTU BAHAGIANYA SEBUAH RUMAHTANGGA, ANDAI MASA TERSEBUT TIDAK DIISI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA....



Wednesday, June 16, 2010

Thanks Anmun Materna-Lacta

Salam....

Masa mengandungkan Syafiqah...kaklong minum susu Anmum Materna...
sekarang still minum anmum...but...Anmum Lacta...
Alhamdulillah kaklong serasi ngn susu tu...sedap...
Tp sekotak tu lambat gak lah nk habis...minum ikut sempat je...

Dan...ceritanya....kerana gigihnya duk perabih duit beli susu...
Baru2 ni kaklong joinlah Anmum Loyalty and Redemption Program

Pic yg diambil oleh my husband...tak tau plak die ambik...

Hasilnya...barang dah sampai....


Setelah lama bercuti ...masuk office hari ni..ada parcel sampai..



A Gift of Tender Loving Care...Blood Pressure Monitor


Tekanan darah kaklong...stabil lagi kan...

Kaklong dah cuba pun...
Hehe...pas ni boleh lah jadi nurse kat umah...
cek tekanan darah org...
Lagipun brg free....hehe...
Terima Kasih Anmum...
Terima kasih gak untuk abang yg tolong simpan spoon susu n poskan borang tu...



Wednesday, June 9, 2010

Manjung - Bangi - Putrajaya

Salam....

Aktiviti bersama keluarga merupakan salah satu cara untuk merapatkan keluarga...saudara dan kawan2 yang jauh...
Kalau dh lama tak jumpa...mulalah rasa kekok nk berbual dan bergurau senda bersama....tu mgkn bg yg dh besor...

Tapi..bg baby sekecil Syafiqah...bila dh lama tak jumpa...dia pyh skt ngn org...walaupun ngn opah die sendiri yg jaga sepanjang dlm berpantang dulu...
Alahai si anak...dah knl org rupanya...
Pak2 n mak2 sedare die plak ramai...amatlah suka mengagah2 ni...
Mula2 respon dr Syafiqah sdkt dukacita lah...nangis n kn pujuk...
Pastu..dah lama...pas beberapa jam...tak terlayanlah plak die punya becok...duk uuu...aa...kilm..kurrr....mcm2 lah tak phm bahasa baby ni...
Sampaikan bersilih ganti melayan die...

Nak citer sebenarnya........
Baru2 ni...keluarga kaklong dari Manjung dtg ke rumah....

Mak ayah...(merangkap opah n atuk Syafiqah) dtg hari Sabtu n balik hari isnin...
Ada laaa beberapa aktiviti yg kami buat...

Sabtu....8.00 mlm...
Keluarga kaklong sampai Bangi...
Kebetulan pada 8 Jun ulangtahun kelahiran ayah yg ke52, so km buat mkn sikit.....

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Ayahanda...

Beli kek sebiji...plan last minit...berdesupp kaklong n husband pg alamanda...beli kek...
Otw tu sggh beli sate n ikan siakap 3 rasa....
Tak smpt dh nak masak sedap2 kat umah...order kedai je...hehe...kaklong masak nasi n bancuh air je...

Baru sampai...terus potong kek...mkn2....

Sampai je...mereka dijamu dan kami pun menjamu gak....
Pas mkn...borak2...tidor....

Ahad....+-12.00 tghari..
Pagi tu...seusai sarapan...berbual dan beraktiviti kat umah...
Kami plan nak jln2...mls gi jauh sbb ms yg singkat...so, pi Putrajaya je..(kat situ pun byk gak taman2 yg blh jadi tmpt riadhah kan...)....
Mulanya nak solat zuhur kat Masjid Putra...tp terpaksa lencong ke Masjid Tuanku Mizan sebab terlalu ramai org n jln pun jammed...

Sekitar Masjid Tuanku Mizan...

Selesai solat...pusing2 tgk senibina masjid tu dulu...besar...n byk kmdhn...tp blm digunakan sepenuhnya lagi....
Mudah2an...pembinaannya dimanfaatkan oleh umat Islam...

Pastu...singgah plak kat Tapak Pasar Mlm Presint2...kbtln ada Pesta Nasi Lemak 1Malaysia...(xtau plak ada pesta..hehe) Ingt kan program apa...singgah pun sbb lapor...nk mkn2 rgn je...tp dah jumpa lauk best..trs lah mkn...alhamdulillah...kenyang...

Selesai mkn...terus gerak ke Taman Wetland...
Hajat nak berkayak tak kesampaian sebab rescue boat diorang rosak....(huhu...next time ye....pihak perbadanan patut ready rescue boat lebih sikit...kn ada plan B..)
Duk situ...lepak2 tgk tasik...sembang2 jelah...
Masa ni lah nak eratkan hubungan keluarga...usik mengusik...kejar mengejar...belanjan membelanja...hehe...minum meminum...n berposing...

Syafiqah duk dlm stroller die je...alhamdulillah tak byk ragam...

Antara gelagat keluarga kaklong...sauk sape ntah jumpa kat tepi tasik tu...geram nengok ikan kecik berenang dlm air...tp tak sauk pun...acah2 je...

Sape nk mancing kat wetland ni...kn byr...RM20 per 10 jam kalau tak silap...ramai gak org duk mancing...
kalau nak berkayak...RM8 per 30minit (weekend) n 1jam (weekday)

Pastu pegi plak...Taman Warisan Pertanian...pun sama...hajat nak masuk ke Taman Buah2an...tak kesampaian....Sampai lwt sgt...dh ttp jam 5.30 ptg...(next time ye...)
Jadi...duk lah kami melepak kat Kompleks tmn warisan tu...borak2...acah2 Syafiqah...mkn ais krim....pastu balik....

Sampai kat umah...kaklong ngn mak...
ketang ketung kat dapur...siapkan mskn utk mkn mlm....
kebtln bapa saudara kaklong sekeluarga nak dtg dr gombak...
Kami msk kari ikan merah...sayur campur...ikan goreng...sambal belacan...tu je...
Alhamdulillah...setelah sesat...akhirnya +- jam 8.00 mlm...diorng smpai dan km mkn sama2...best mkn ramai2...

Isnin....
Kaklong dan suami pegi kerja mcm biase....(xdp ambil cuti sebab mnggu ni nak cuti lm...blk kelantan...pun dgn family kaklong..best2....)
Dalam jam 3.00 ptg...barulah keluarga kaklong pulang ke Manjung...
Masa diorang balik...kaklong pun kuar office jap..
ate..umh dlm kawasan pejabat kan...hr isnin tu..on off jugalah kaklong...hehe...sorry bos...

Sekian dulu...pasni byk lagi aktiviti dgn kelaurga yg dirancang bersama...
Alhamdulillah melalui aktiviti bersama ni..ikatan ukhwah kekeluargaan En. Jaafar dan Pn. Fatimah semakn erat..walaupun kami 8 beradik dah besor...
Next...jumpa di Kelantan...

Tuesday, June 1, 2010

5 Tahap perkahwinan

Salam...

Sempena ulangtahun perkahwinan kaklong yang pertama baru2 ni...
Ada artikel yang kaklong perolehi melalui pembacaan sebuah buku terbitan Alaf21, hasil karangan Zalida Adam untuk pengunjung semua... Buku ni adalah 1 daripa 5 buah buku yang dijadikan sebagai sebahagian daripada hantaran yang kaklong terima masa kahwin tahun lepas...dah setahun, tak habis lagi buku2 tu semua dibaca..huhu.. Artikel ni mengenai 5 tahap hubungan perkahwinan yang lazimnya akan dilalui oleh setiap pasangan suami isteri.. Kaklong C n P ye...tapi menyalin juga ni, so adalah edit ayat sikit ye...

**********
Akan ada masa tertentu, rasa kecewa, sedih dan saling menyalahkan pasangan akan berlaku dalam tempoh perkahwinan. Kerana setiap perkahwinan ada tahap-tahapnya. Jangan takut untuk mengalaminya kerana selepas melalui semua tahap-tahap tersebut, hubungan suami isteri pasti akan jauh lebih matang untuk menghadapi segala rintangan dalam perkahwinan. InsyaAllah.. Apa yang perlu dilakukan ialah kenalpasti tahap2 tersebut dan bersedia menghadapinya..


1) ROMANTIS DAN PENUH KASIH SAYANG

Ini adalah tahap pertama yang dilalui oleh pasangan suami isteri setelah diijabkabulkan. Suami isteri masing-masing dilimpahi kasih sayang dan penuh dgn sikap romantis. Belaian manja psangan akan membuatkan kita tidak mahu berenggang darinya. Apa sahaja aktiviti akan dilakukan bersama dengan penuh bahagia.


2) MULA MENYALAHKAN PASANGAN

Tahap ini lazimnya dilalui setelah beberapa bulan melalui tempoh perkahwinan. Pada waktu ini, kita mula berhadapan dengan realiti sikap pasangan kita. sama ada suami atau isteri akan mula menonjolkan tingkah laku, perasaan dan juga sikap yang sebenar. Ketika itu, konflik pertama akan tercetus. Selalunya ia berpunca daripada sikap atau tindakan pasangan atau diri sendiri. Kadang2 ada juga yang emngalihkan tekanan akibat konflik dengan menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan sebagnya. Sekiranya suami isteri tidak dapat mengendalikan tahap ini, mereka akan memilih untuk berpisah......


3) SEMAKIN MEMAHAMI PASANGAN
Ini adalah tahap ketiga yang mungkin dilalui selepas lebih daripada 3 tahun ke atas pasangan suami isteri hidup bersama. Jika kita telah memasuki tahap ini, kita sebenarnya sudah boleh mengetahui atau menjangka bahawa perkahwinan boleh bertahan malah boleh menjadi lebih baik. Pasangan sudah dapat menerima sikap azali masing-masing dan belajar banyak perkara tentang psangan. mereka juga belajar untuk menangani konflik serta cara untuk mengelakkannya. Ketika ini, pasangan akan mencari informasi mengenai perkahwinan. malah ada yang berminat untuk mencari petua mengekalkan perkahwinan.


4) HARMONI WALAUPUN BERBEZA
Pasangan yang berada di tahap ini sudah menerima seadanya sikap pasangan. Mereka telah maklum tentang sikap pasanagn yang berbeza dengan diri. Biarpun begitu segala perbezaan dapat diatasi dan kita akan mampu hidup dengan harmoni bersama pasangan. Ketika ini juga, kita akan cuba memperbaiki sikap supaya lebih disenangi pasangan. Keharmonian dalam menghadapi perbezaan sikap dan komunikasi akan menghasilkan hubungan yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita akan mula selesa hidup bersama. Suami siteri kan mula memberi perhatian pada perkahwinan.


5) MENIKMATI KEBAHAGIAAN
Setelah mampu hidup bersama secara harmoni meskipun mempunyai banyak perbezaan, maka kita sebenarnya sudah melangkah ke tahap kelima perkahwinan. Kita sudah serasi bersama. ketika itulah timbulnya kebahagaiaan, keceriaan dan kemesraan hidup berkeluarga. Disinilah juga kita akan mengetahui erti cinta sejati
.

Sumber: Zalida Adam, Tidur Sebantal, Alaf 21, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 187-188.

**********

Hidup bagaikan roda...ada pasang surutnya...yang penting jgn berputus asa untuk mencari erti cinta dan kebahagiaan yang sebenar.

Kesal dengan tindakan kejam Israel

Salam...

Seminggu yang lalu kita rasa berbangga dengan ukhwah Islamiah yang ditunjukkan oleh masyarakt dunia terhadap keperihatinan mereka terhadap penduduk Gaza dengan menyertai konvoi menghantar bantuan kepada penduduk Gaza...

Namun, keseronokan tersebut berkahir apabila kita dikejutkan dengan berita serangan Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang menyertai konvoi tersebut..lebih menyayat hati apabila 12 orang Malaysia turut berada dalam kapal tersebut dan salah seorangnya ialah Ashwad Ismail yang sering ke udara menyampaikan berita menerusi saluran Asdtro Awani...moga kesemua rakyat Malaysia tersebut selamat dan kembali ke Malaysia dengan kenangan yang terindah dalam diari hidup mereka...bergelar sebagai pejuang...menghadapi Israel yang kejam...

Berikut kaklong C n P berita tersebut dari wikipedia (cepat tul diorang masukkan)...

Pertempuran Armada Gaza

Pertempuran armada Gaza antara Israel dengan Gerakan Pembebasan Gaza pada hari Isnin, 31 Mei 2010 jam 10.35 pagi di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean . Armada kapal itu hendak meneruskan pelayaran dari Pelabuhan Antalya di barat Turki ke Gaza yang ditadbir oleh Hamas. Pelbagai sukarelawan dari seluruh dunia menaiki 9 buah kapal kecil . Malangnya 6 buah kapal termasuk MV Mavi Marmara kini dirampas oleh tentera laut Israel , kira-kira 65 km dari Israel.[5]

Misi Bantuan ke Gaza ini membawa 10,000 tan makanan, bahan bangunan, ubat-ubatan, peralatan sekolah, tanpa sebarang senjata. Misi ini diuruskan oleh Lifeline 4 Gaza. Mulanya armada kapal kecil itu mengandungi sembilan buah kapal, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin Gerakan Pembebasan Gaza dan pertubuhan hak asasi manusia Turki Insani Yardim Vakfi. Mereka mahu sekatan Gaza selama 3 tahun dipecahkan. Misi itu disertai 600 orang termasuk pemenang Nobel Keamanan 1976 Mairead Corrigan-Maguire dari Ireland Utara.[6]

Media Israel melaporkan 20 sukarelawan terbunuh dan 6 buah kapal dirampas di Laut Mediterranean, ditunda ke Pelabuhan Ashdod. TV4 melaporan terdapat 11 aktivis Sweden dalam kapal itu.


Nasib sukarelawan Malaysia

Dua wartawan Astro Awani iaitu Ashwad Ismail (26) dan jurukamera Samsulkamal Abdul Latip(43) menaiki kapal Turki itu.[7] Ashwad kali terakhir dihubungi pada 7.46 pm, hari Ahad. Mereka berdua pergi pada 23 Mei menuju Istanbul kemudian terus ke Pelabuhan Antalya.

Sukarelawan Malaysia yang lain ialah Noorazman Mohd Samsuddin (ketua delegai Malaysia, pensyarah UIAM), Dr Mohd Arba Ai Shawal (doktor perubatan), Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (doktor perubatan), Dr Selamat Aliman (usahawan), Jamaluddin Elias (Majlis Perbandaran Klang), Al Hilmi Husain Suhaimi (Ustaz), Mohd Nizam Mohamad Awang (jurutera), Abd Halim Mohd Redzuan (eksekutif Syabas) dan Ustaz Hasanuddin Aqsi Assarip (NGO).

Enam sukarelawan Malaysia di atas kapal MV Rachel Corrie dilaporkan selamat.Mereka ialah peguam Matthias Chang, wartawan hamsul Akmar Musa Kamal, ahli parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, aktivis Ahmad Faizal Azumu dan kru TV3 Halim Mohamed dan jurukamera TV3 Mohd Jufri Judin. Ahli parlimen Meru, Selangor Dr Abdul Rani Osman dilaporkan selamat. Shamsul melaporkan mereka berada 1,600 km dari Gaza.


Tindakan Israel

Komando Israel terjun dari helikopter ke dalam kapal dengan tali. Mereka diserang oleh sekumpulan sukarelawan.

Tentera Laut Israel mengalihkan konvoi ke Pelabuhan Haifa bagi mengelakkan wartawan berkerumun. Semua pasport dirampas dan mereka ditahan . Tentera Israel melepaskan tembakan selepas mereka diserang oleh sejumpah penumpang. Komando Isarel terjun dari helikopter ke atas dek kapal jam 4.30 waktu subuh. Mereka menembak sukarelawan yang tidak bersenjata.[8]

Komando Israel menjelaskan bahawa tentera dipukul dengan batang besi dan pisau . Sukarelawan menolak mereka ke dek bawah dan hendak menangkap mereka untuk dijadikan tebusan. Beberapa tentera terpaksa terjun ke laut. Kebanyakan sukarelawan berbahasa Arab.[9]

Di Cyprus, Greta Berlin selaku ketua Gerakan Pembebasan Gaza menafikan tuduhan tentera Israel itu.


Reaksi antarabangsa

  • Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk tindakan Tentera Laut Israel memintas armada kapal kecil yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza . Sukarelawan itu telah dipastikan tidak membawa senjata. Mereka hendak menghantar bekalan ke Gaza kerana Gaza dikepung oleh Israel. Israel membina tembok keselamatan yang tinggi. Terowong yang dibina oleh penduduk Palestin pula dipam dengan gas beracun.
  • Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegur rejim yang zalim itu. [10]Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman meminta PBB mengadakan mesyuarat tergempar.PBB juga hendaklah menarik balik sekatan tidak berperikemanusiaan di Gaza.[11]
  • Tunjuk perasaan diadakan di hadapan Kedutaan Israel di Istanbul.Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc kesal dengan tragedi itu dan mahu membatalkan 3 latihan tentera bersama tentera Israel serta memanggil pulang pasukan bola sepak kebangsaan yang berada di Israel. Sejak sekian lama negara Turki , Mesir, dan Jordan menjalin hubungan politik,ekonomi dan ketenteraan dengan Israel.
  • Kolumnis Cengiz Candar di Turki menyifatkan serangan ini sebagai provokasi perang terhadap Turki.Perdagangan Turki-Israel bernilai $3 billion - bukti hubungan yang erat . Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kini berada di Santiago Chile menyifatkan kerajaan Israel tidak mengutamakan keamanan. Ini tindakan 'negara pengganas'[12]. Ramai keturunan Yahudi berada di Turki. Amerika Syarikat menggunakan pangkalan tentera di selatan Turki untuk menyerang Iraq pada 2003.Pada 2005 Erdogan pernah melawat pejabat rabbi Yahudi Turki selepas sinagogue dibom 2003. Turki menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB .[13]
  • Perdana Menteri Lubnan ,Saad Hariri mengutuk serangan kejam itu. Beliau mendesak masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menamatkan kekejaman terhadap hak asasi manusia.
  • Perdana Menteri Palestin Salam Fayyad tidak dapat memaafkan serangan bersenjata terhadap konvoi kemanusiaan itu.[14]
  • Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membatalkan mesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Selasa.
  • Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan sekatan Israel terhadap Gaza sendiri merupakan satu perlanggaran undang-undang antarabangsa dan oleh yang demikian tidak ada asas untuk menyerang dan menghalang kapal berkenaan. Indonesia memantau nasib 12 warga negaranya yang dilaporkan berada di atas kapal itu melalui perwakilan di Ankara (Turki), Kaherah (Mesir) dan Amman (Jordan).[15]

Sama2lah kita ambil tahu ttg berita yang menyentuh jiwa seluruh masyarakat dunia dengan tndakan kejam Israel...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...