Tuesday, June 1, 2010

Kesal dengan tindakan kejam Israel

Salam...

Seminggu yang lalu kita rasa berbangga dengan ukhwah Islamiah yang ditunjukkan oleh masyarakt dunia terhadap keperihatinan mereka terhadap penduduk Gaza dengan menyertai konvoi menghantar bantuan kepada penduduk Gaza...

Namun, keseronokan tersebut berkahir apabila kita dikejutkan dengan berita serangan Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang menyertai konvoi tersebut..lebih menyayat hati apabila 12 orang Malaysia turut berada dalam kapal tersebut dan salah seorangnya ialah Ashwad Ismail yang sering ke udara menyampaikan berita menerusi saluran Asdtro Awani...moga kesemua rakyat Malaysia tersebut selamat dan kembali ke Malaysia dengan kenangan yang terindah dalam diari hidup mereka...bergelar sebagai pejuang...menghadapi Israel yang kejam...

Berikut kaklong C n P berita tersebut dari wikipedia (cepat tul diorang masukkan)...

Pertempuran Armada Gaza

Pertempuran armada Gaza antara Israel dengan Gerakan Pembebasan Gaza pada hari Isnin, 31 Mei 2010 jam 10.35 pagi di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean . Armada kapal itu hendak meneruskan pelayaran dari Pelabuhan Antalya di barat Turki ke Gaza yang ditadbir oleh Hamas. Pelbagai sukarelawan dari seluruh dunia menaiki 9 buah kapal kecil . Malangnya 6 buah kapal termasuk MV Mavi Marmara kini dirampas oleh tentera laut Israel , kira-kira 65 km dari Israel.[5]

Misi Bantuan ke Gaza ini membawa 10,000 tan makanan, bahan bangunan, ubat-ubatan, peralatan sekolah, tanpa sebarang senjata. Misi ini diuruskan oleh Lifeline 4 Gaza. Mulanya armada kapal kecil itu mengandungi sembilan buah kapal, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin Gerakan Pembebasan Gaza dan pertubuhan hak asasi manusia Turki Insani Yardim Vakfi. Mereka mahu sekatan Gaza selama 3 tahun dipecahkan. Misi itu disertai 600 orang termasuk pemenang Nobel Keamanan 1976 Mairead Corrigan-Maguire dari Ireland Utara.[6]

Media Israel melaporkan 20 sukarelawan terbunuh dan 6 buah kapal dirampas di Laut Mediterranean, ditunda ke Pelabuhan Ashdod. TV4 melaporan terdapat 11 aktivis Sweden dalam kapal itu.


Nasib sukarelawan Malaysia

Dua wartawan Astro Awani iaitu Ashwad Ismail (26) dan jurukamera Samsulkamal Abdul Latip(43) menaiki kapal Turki itu.[7] Ashwad kali terakhir dihubungi pada 7.46 pm, hari Ahad. Mereka berdua pergi pada 23 Mei menuju Istanbul kemudian terus ke Pelabuhan Antalya.

Sukarelawan Malaysia yang lain ialah Noorazman Mohd Samsuddin (ketua delegai Malaysia, pensyarah UIAM), Dr Mohd Arba Ai Shawal (doktor perubatan), Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (doktor perubatan), Dr Selamat Aliman (usahawan), Jamaluddin Elias (Majlis Perbandaran Klang), Al Hilmi Husain Suhaimi (Ustaz), Mohd Nizam Mohamad Awang (jurutera), Abd Halim Mohd Redzuan (eksekutif Syabas) dan Ustaz Hasanuddin Aqsi Assarip (NGO).

Enam sukarelawan Malaysia di atas kapal MV Rachel Corrie dilaporkan selamat.Mereka ialah peguam Matthias Chang, wartawan hamsul Akmar Musa Kamal, ahli parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, aktivis Ahmad Faizal Azumu dan kru TV3 Halim Mohamed dan jurukamera TV3 Mohd Jufri Judin. Ahli parlimen Meru, Selangor Dr Abdul Rani Osman dilaporkan selamat. Shamsul melaporkan mereka berada 1,600 km dari Gaza.


Tindakan Israel

Komando Israel terjun dari helikopter ke dalam kapal dengan tali. Mereka diserang oleh sekumpulan sukarelawan.

Tentera Laut Israel mengalihkan konvoi ke Pelabuhan Haifa bagi mengelakkan wartawan berkerumun. Semua pasport dirampas dan mereka ditahan . Tentera Israel melepaskan tembakan selepas mereka diserang oleh sejumpah penumpang. Komando Isarel terjun dari helikopter ke atas dek kapal jam 4.30 waktu subuh. Mereka menembak sukarelawan yang tidak bersenjata.[8]

Komando Israel menjelaskan bahawa tentera dipukul dengan batang besi dan pisau . Sukarelawan menolak mereka ke dek bawah dan hendak menangkap mereka untuk dijadikan tebusan. Beberapa tentera terpaksa terjun ke laut. Kebanyakan sukarelawan berbahasa Arab.[9]

Di Cyprus, Greta Berlin selaku ketua Gerakan Pembebasan Gaza menafikan tuduhan tentera Israel itu.


Reaksi antarabangsa

  • Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk tindakan Tentera Laut Israel memintas armada kapal kecil yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza . Sukarelawan itu telah dipastikan tidak membawa senjata. Mereka hendak menghantar bekalan ke Gaza kerana Gaza dikepung oleh Israel. Israel membina tembok keselamatan yang tinggi. Terowong yang dibina oleh penduduk Palestin pula dipam dengan gas beracun.
  • Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegur rejim yang zalim itu. [10]Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman meminta PBB mengadakan mesyuarat tergempar.PBB juga hendaklah menarik balik sekatan tidak berperikemanusiaan di Gaza.[11]
  • Tunjuk perasaan diadakan di hadapan Kedutaan Israel di Istanbul.Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc kesal dengan tragedi itu dan mahu membatalkan 3 latihan tentera bersama tentera Israel serta memanggil pulang pasukan bola sepak kebangsaan yang berada di Israel. Sejak sekian lama negara Turki , Mesir, dan Jordan menjalin hubungan politik,ekonomi dan ketenteraan dengan Israel.
  • Kolumnis Cengiz Candar di Turki menyifatkan serangan ini sebagai provokasi perang terhadap Turki.Perdagangan Turki-Israel bernilai $3 billion - bukti hubungan yang erat . Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kini berada di Santiago Chile menyifatkan kerajaan Israel tidak mengutamakan keamanan. Ini tindakan 'negara pengganas'[12]. Ramai keturunan Yahudi berada di Turki. Amerika Syarikat menggunakan pangkalan tentera di selatan Turki untuk menyerang Iraq pada 2003.Pada 2005 Erdogan pernah melawat pejabat rabbi Yahudi Turki selepas sinagogue dibom 2003. Turki menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB .[13]
  • Perdana Menteri Lubnan ,Saad Hariri mengutuk serangan kejam itu. Beliau mendesak masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menamatkan kekejaman terhadap hak asasi manusia.
  • Perdana Menteri Palestin Salam Fayyad tidak dapat memaafkan serangan bersenjata terhadap konvoi kemanusiaan itu.[14]
  • Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membatalkan mesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Selasa.
  • Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan sekatan Israel terhadap Gaza sendiri merupakan satu perlanggaran undang-undang antarabangsa dan oleh yang demikian tidak ada asas untuk menyerang dan menghalang kapal berkenaan. Indonesia memantau nasib 12 warga negaranya yang dilaporkan berada di atas kapal itu melalui perwakilan di Ankara (Turki), Kaherah (Mesir) dan Amman (Jordan).[15]

Sama2lah kita ambil tahu ttg berita yang menyentuh jiwa seluruh masyarakat dunia dengan tndakan kejam Israel...

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...