Monday, January 17, 2011

Garis Panduan Anak tak Sah Taraf


Salam....

Kali ni kaklong nak kongsi sedikit informasi mengenai Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf...


Isu sensitif ni penting untuk kita ambil tahu...kerana isu semasa yang sering berlaku dan melibatkan penganiayaan kepada si anak yang tidak berdosa...




Sedikit maklumat mengenai Garis Panduan Anak tak Sah Taraf ini diterbitkan dalam bentuk buku panduan kecil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM pada tahun 1998.


Antara kandungan buku Garis Panduan tersebut ialah :
  1. Pendahuluan
  2. Latar Belakang
  3. Tafsiran 'Anak tak sah Taraf'
  4. Penamaan
  5. Pergaulan
  6. Implikasi Anak tak Sah taraf dari segi hukum Syarak
  7. Hak Samarata
  8. Penutup

Menerusi post n3 kali ni, kaklong hanya nak berkongsi tentang kandungan yang ke-enam (6), IMPLIKASI ANAK TAK SAH TARAF DARI SEGI HUKUM SYARAK. Moga jadi panduan untuk kita dan mungkin mereka yang hampir dan berhubung dengan golongan-golongan terbabit.


IMPLIKASI ANAK TAK SAH TARAF DARI SEGI HUKUM SYARAK

Kedudukan seseorang anak tak sah taraf (ATST) dari segi hukum syarak adalah seperti berikut:


  1. Nasab (Keturunan) : Dari sudut hubungan nasab keturunan, ATST tidak harus dibinti atau dibinkan kepada lelaki yang telah menyetubuhi ibunya. Dia hendaklah dibinti atau dibinkan kepada salah satu nama Asma al-Husna atau sifat Allah. (Lazimnya dibinti atau dibinkan kepada Abdullah, Rujuk Jabatan Pendaftaran Negara dari segi prosedur pendaftaran pada surat kelahiran)

  2. Nafkah : Segala nafkah dan saraan hidup ATST adalah menjadi tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana ATST dinasabkan kepada ibunya. (keluarga sebelah si ibu bertanggungjawab membantu dari segi pemberian nafkah dan saraan hidup sekiranya si ibu masih dibawah umur dan berada di bawah tanggungan keluarga)

  3. Pusaka : ATST tidak terputus hubungan dengan ibunya. Oleh itu kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain. Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga sekiranya ATST ini meninggal dunia terlebih dahulu, ibunya berhak mewarisi pusakanya. Seseorang ATS adalah terputus hubungan dari segi pusaka dengan bapa yang tak sahtaraf dan dia tidak berhak mewarisi pusaka 'bapanya' begiti juga sebaliknya.

  4. Perwalian : Hak perwalian diri ATST sebenarnya terletak kepada ibunya. Walaubagaimanapun, perwalian perkahwinan seseorang ATST perempuan dipegang oleh wali hakim, kerana perempuan tidak boleh dan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan. Lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akad nikah sah, sama ada berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tidak sah menjadi walinya. (Islam amat menitikberatkan nasab keturunan seseorang manusia, jadi peliharalah keturunan anda)

  5. Perkahwinan : Seseorang ATST perempuan boleh berkahwin sengan seseorang lelaki dengan sah, begitu juga sebaliknya. (ATST tidak terbeban atau menangggung sebarang kslpn yang dilakukan ibunya, beliau berhak mendapatkan kebahagian untuk dirinya, selayaknya yang berhak diperolehi seorang muslim/muslimah)

  6. Penjagaan : Penjagaan ATST adalah dipertanggungjawabkan semata-mata pada ibu dan saudara mara sebelah ibu. (peliharalah anak yang comel, suci bersih dan tiada selaput dosa tu dengan sebaiknya, didik dan asuhlah beliau dengan pendidikan berlandaskan Islam, penting sgt untuk terapkan nilai2 Islam dan kekuatan jiwa padanya, kelak kita tidak tahu masa depannya, moga beliau kuat menghadapi sebarang cabaran, dugaan dan apa sahaja kemungkinan yang tidak terduga)

  7. Kematian : Kematian ATST yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka dia dihukum sebagai Muslim. Oleh itu, mayatnya perlu diurus secara pengurusan jenazah Islam. Jika ibunya bukan seseorang Islam, maka dia dihukum sebagai bukan seorang beragama Islam, sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya itu seorang Islam. (Fahami dan ambil beratlah isu ini)

  8. Amal Kebajikan : Jika semasa hayatnya ATST telah melakukan amal kebajikan sama ada untuk dirinya atau untuk masyarakat, maka segala manfaatnya dari segi pahala dan lain-lain akan kembali untuk dirinya juga.

Jika seseorang anak tak sah taraf yang dijumpai yang tidak dapat ditentukan keturunannya, sama ada Islam atau bukan Islam, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membesarkannya menerusi kebajikan dan mendidiknya menurut ajaran Islam.

Sedikit maklumat dari Kandungan ketujuh (7), HAK SAMARATA : Seseorang ATST adalah insan biasa. Dia hendaklah diberi perlindungan dan juga nafkah sama seperti anak-anak lain dari sudut agama dan undang-undang. Dia juga berhak mendapat sepenuhnya hak daripada ibunya, keluarga ibunya dan kerajaan amnya.

Anak-anak adalah cahaya mata

Penghibur hati penyejuk mata

Nikmat Allah yang palaing bahagia

Nisbah benda lahiriah di dunia

Amanah Allah yang mesti dijaga

Dididik dan dipelihara

Mencuaikannya, khianat dan dosa

Note: Artikel atau n3 ni tidak merujuk mana-mana pihak, kaklong hanya mengelurakan atau menyampaikan garis panduan yang sepatunya dan perlu diketahui oleh masyarakat Islam khusunya. Isu pembuangan bayi dan kelahiran ATST semakin berleluasa pada masa kini, kesilapan yang lalu usah diulang dan bertaubatlah....manakala anak kecil yang tidak bersalah pelihara dan jagalah kebajikannya.

Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Bayi Kurang Mendapat Susuibu???

Salam...

Dua hari lepas kaklong terima sms dr seorang rakan, mengadu kerana kurangnya production SI beliau untuk anak sulungnya...Kesian...si anak baru berusia lebih kurang 2 bulan, tp production SI dan mula kurang....so, moga artikel yg kaklong dapat dari Kak Engku dapat membantu beliau.

Penghasilan susuibu akan mula berkurangan apabila si anak semakin kurang BF dan mula menolak walau diberikan....faktor yang mungkin menyebabkan penolakan si anak untuk terus BF dari 'B' si ibu adalah kerana si anak merasa tidak puas dan kurang mendapat susu dr 'B' si ibu, antara faktornya ialah:

A) Kurang Penghasilan Susu, berlakunya faktor tersebut, kerana....
  • Penyusuan tidak kerap.
  • Penyusuan tidak cukup lama.
  • Makanan atau minuman lain mula diperkenalkan kepada bayi.
  • Ibu cepat memberhentikan penyusuan di malam hari.

B) Kurang Pemindahan Atau Pengaliran Susu disebabkan....

  • Kedudukan atau lekapan tidak bentul.
  • Penyusuan yang pendek dan tergesa-gesa.
  • Bayi dialihkan dari sebelah 'B' dengan cepat dan menyebabkan bayi tidak mendapat hindmilk (Apa itu Hindmilk...Rujuk sini).

C) Faktor Ibu, antaranya...

  • Refleks oksitosin kurang baik, malu dan tidak berkeyakinan.
  • Menggunakan 'nipple shield'
  • Tidur jauh daripada bayi.
  • Mengambil ubat yang mgkn blh mengurangkan penghasilan susu.
  • Keletihan atau sakit.
  • Penyakit 'Tiroid'
  • Kurang Zat Makanan.
  • Kurang tisu 'B' yang berfungsi dengan baik (cubalah pergi berurut)

D) Faktor Bayi, antaranya...

  • Bayi mengantuk.
  • Sukar Melekap atau menghisap.
  • Sakit atau mempunyai masalah kesihatan.

Okey...semoga dapat membantu...akan datang kaklong akan kongsikan bersama bagaimana untuk meningkatkan penghasilan SI..InsyaAllah...

Note: Alhamdulillah sehingga hari ni, di kala usia Syafiqah 10 bulan 2 minggu...masih lagi BF secara ekslusif...pengorbanan dan cabaran untuk meneruskan lagi hasrat ni, bukan sedikit dan mudah...

Keindahan i-City dan Snow Walk in Shah Alam

Salam....
Kali ni, kaklong nak berkongsi ttg informasi satu tmpat yg agak menarik..tp msh byk dalam pembinaan...i-City dan Snow Walk kat Shah Alam...
N3 ni sebenarnya dah tertunggak lama....kaklong pegi masa akhir tahun 2010 n sempat membilang jam tahun baru kat i-City...hehe...kira sambut thn baru kat sana...kbtln jer....hasrat di hati sekadar nak bawa Syafiqah dan pak sedare die jln2 hujung mggu tgk lampu...
Sampai kat sana rupanya ada event tahun baru...
I-CITY, Shah Alam....tempat yang menarik...luas...dihiasi lampu yang menarik dan banyak...
Cuma...ada juga lampu dan hiasan yg tidak di mantain secara berterusan, so, akan kelihatanlah lampu yang rosak di beberapa replika...
Dalam kawasan tersebut, banyak kedai yang dibina, ada yang dah buka dan ada yg masih kosong sepi, pasal mkn jgn bmbg...ada byk kedai makan...tapi hanya Bistro dan seumpamanya...no kedai mamak atau restoran biase....
Untuk masuk..ada bayarannya...
Sebuah kereta : RM10.00 sahaja...
Dgn pembelian tiket tu dapatlah masuk Safari Walk atau apake benda ntah...Kristal Walk kot (Btlkan kalau salah ye)
Dan...kalau nak masuk Snow Walk plak...bayarannya..
Dewasa : RM25 seorang
Kanak-Kanak (3-12 thn) : RM20 seorang
Ok...Let all this pic tell the story....

Suasananya mmg teruja kalau kali pertama sampai...hiasan lampu yang menarik dan bercahaya...cuma permukaan tanah yang tidak rata agak sukar bagi mereka yang bawa stroller bagi bayi atau kanak-kanak...

Syafiqah suka sanagat bila dapat jejak tanah, bergoyang pinggul n melompaot die..bila kaklong angkat menjerit sambil melentuk badan taknak diangkat...jenuhlah kalau dh dpt kaki nnt....berkejorlah kami laki bini...


Dua orang adik kaklong yg ikut sama berjln2 tgk lampu...sorang belajar kat UTP sorang lagi belajor kat UniKL...single lagi ni...tp sorang lagi tu...otw kot...haha...


Ni kat Safari Walk...kalau masuk bayar tiket RM10...dptlah masuk sini...kalau tak...kn byr RM2 sorang...dalam ni ada segala binatang yang dah disumpah jadi batu....antaranya Harimau, Kuda, Panda, Katak, Gajah, Bangau n dll....sempatlah Fykah bergambar ngn binatang sekor ni....tak plak si kecil takut ke apake....



Dengan Panda...sape lagi comel...panda ke fykah..hehe...masa angkat die nk bw pi tmpt lain, ngamuk die...nk sembang ngn panda tu...
Masih lagi kat safari Walk...masa ni dah letih juga...tp sakan lagi berjalan...tukang ambil gambo ni sape ntah...baik je die....



Dah puas walking2 kat luar...berpanas ngn angin malam...kami masuk plak Snow Walk...bukan salji pun...cuma ais yg dikisar....bagi kaklong, bayaran nk masuk agak mahal....cukuplah seumur hidup sekali....masuk byk kali pun serupa je kot....

Sejuk sgt2...bygkan jelah duk dlm peti ais...
Rumah ais yang tidak dapat dihuni lama...Masa ni si Fykah dah merah pipi tak bersuara....so tanpa membuang masa kami kuarlah dr Snow buatan ni, tapi adik kaklong berdua ni, si Zahid dan Nasrul masih tak kuar lagi...sakan budak berdua tu main gelungsur ais...naik jambatan gantung n main salji...(Ais batu dikisar)

Akhirnya...babai dari kami...selamat berhibur....pada mereka yg nak cuba merasa pegilah...tp kalau anda mengharapkan suasana sebenar salji turun n pape yg lebih menarik atau mungkin suasana yang luas dengan salji yang berbukit bukau...lupakan aje Snow Walk ni...sebab apa yg akan ditemui kat Snow Walk ialah suasana permainan seumpama di kawasan yang beriklim sejuk....

Nota: Tidak digalakkan membawa bayi tau....kalau rase nak masuk lama main dlm tu, jgn lah bw budak kecik...kalau nak jimat kos...bawa atau pakailah kasut sport yg dapat menyelamatkan kaki dr kesejukan...kaklong terpaksa sewa kasut RM10....sebab hnya pakai sandle biase....

Thursday, January 6, 2011

Salam....

Sudi2kanlah untuk membeli dan
menyopingkan diri ye...


Klik untuk lebih jelas ye...

Berminat untuk dapatkan kain pasang yang murah dan cantik tak????

klik sini ye...fazadebangi.blogspot.com....

Anda pasti puas hati....


Monday, January 3, 2011

Enam Jenis Manusia Dalam Kepimpinan

Salam

Jom Kongsi...kbtln sdg menyiapkan bahan untuk syarahan...so, kat sini ada

sesuatu yg agak menarik untuk dikongsikan...

6 jenis Manusia dalam Kepimpinan :

  1. LAYAK JADI PEMIMPIN, INGIN JADI PEMIMPIN, DILANTIK JADI PEMIMPIN
  2. LAYAK JADI PEMIMPIN, INGIN JADI PEMIMPIN, TIDAK DILANTIK JADI PEMIMPIN.
  3. LAYAK JADI PEMIMPIN, TIDAK INGIN JADI PEMIMPIN, TETAPI DILANTIK JADI PEMIMPIN.
  4. TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN, INGIN JADI PEMIMPIN DAN DILANTIK JADI PEMIMPIN.
  5. TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN, INGIN JADI PEMIMPIN TETAPI TIDAK DILANTIK JADI PEMIMPIN.
  6. TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN, TIDAK INGIN JADI PEMIMPIN DAN TIDAK DILANTIK JADI PEMIMPIN...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...