Friday, April 27, 2012

Fyqah "Ummiiii..fyqah minta maapp.."

Salam..

Kerenah Fyqah pada usia 26 bulan benar-benar menguji naluri keibuaan kaklong...antara tindakan dan sikapnya...

Gunting Rambut Sendiri
Kaklong duk rehat2 ngn Naufal...opah die solat dalam bilik..tiba2 Fyqah dtg kat kaklong die tnjuk gunting dan kepalanya..."Ummi..cantik tak?" Sambil tarik rambut depan... Dalam hati dah menjerit, bimbang kot jadi pape.. Cepat2 kaklong ambil gunting..pastu masuk bilik cr rambut die..terjumpalah rambut yang telah dipotong...banyak gak dan panjangnya lbh kurang 2inci...
Aduhai kak Fyqah..trs kaklong cakap..gunting ni bahaya..tajam..
Lain kali kn berhati2 lah ngn si kecil yg suka belajar bnda baru ni...die belajar ngan abah die yg selalu potongkan rambutnya..

Merajuk Masuk Bilik
Fyqah sekarang ni dah pandai merajuk..yang ni die belajar ngn sepupunya Miqdam..hihi...
Bila marah sikit atau taknak ikut kehendak die...cepat2 Fyqah lari tergedek2 masuk bilik..tutup pintu...
Bila kaklong atau abahnya buka pintu, msti die duk baring atas katil atau menyandar kat dinding sambil muncung mulut..
Kekadang tu...die tak msk bilik, tp muncung mulut n sandar kat dinding je...huhu..

Mengamuk Nak Direct BF (Rebut ngan adik die)
Yang ni mmg kaklong kn 'up' kan tahap kesabaran pada tahap yg paling tggi. Bila dtg feel die yg satu ni..kaklong kn buat tak tau...kn keraskan hati...pekakkan telinga..dan baca selawat dan zikir byk2 supaya dapat kontrol situasi.. Fyqah akan mengamuk sakan..mcm mlm tadi..sampai semua ahli rumah bgn pujuk die...lagi kuat die menjerit menangis... Bila dah letih...die dtg kat kaklong, then buat drama yang meruntun jiwa dengan dialog ringkas ni...
Fyqah: "Ummi..."
Kaklong: "Iye.."
Fyqah: "Ummi...Fyqah minta maappp" Die akan cakap gitu sambil tersedua2...huhu... dah buat ummi marah..pandai plak die minta maaf..tabiat die minta maaf ni kekadang juga pada sesiapa saja yg die dah buat salah...semuanya atas ajaran abahnya...cepat die ikut apa abah ajar...

Apapun kerenah dan sikap Fyqah yang berusia 26 bulan (2 tahun 2 bulan) membuatkan kaklong, suami dan sesiapa saja yg ada disekelilingnya kena lbh peka dan berhati2..sebab si kecil pada usia ni cepat belajar dan mudah ikut apa yg dilihatnya...

Wednesday, April 25, 2012

Persediaan Menjayakan Penyusuan Susuibu Bagi Ibu Bekerjaya

Salam...
Sekadar perkongsian dengan sesiapa yang nak tahu.. Walaupun, artikel tentang persediaan menjayakan penyusuan ni boleh didapati kat mana2 je..termasuk melalui pamplet yang dikeluarakn kumpulan sokongan susuibu, pihak hospital rakan bayi, buku-buku berkaitan, internet dan sebagainya..namun apa yg kaklong nak kongsikan ni adalah berdasarkan PENGALAMAN kaklong setelah melaluinya bersama anak sulung dan sekarang sedang lalui pengalaman yang sama bersama anak kedua...

Persediaan untuk menjayakan penyusuan susuibu secara ekselusif bagi ibu bekerjaya sepatutnya bermula ketika anak masih dalam kandungan..bukan ketika berpantang dan apatah lagi kalau dah mula masuk kerja.. Waktu sedang mengandung, tentu kita sibuk buat persediaan beli segala keperluan dan baca pelbagai maklumat tentang perkembangan anak..tp jgn lupa...kita kena juga BUAT PERSEDIAAN UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSUIBU....sekadar berkongsi pengalaman kaklong yang tak seberapa..berikut beberapa persediaan yang kaklong buat...

  1. Survey dan beli breastpump yang sesuai
  2. Cari accessories yang lengkap, iaitu: botol/storage breastmilk, icepack, cooler bag, freezer yang sesuai dan ikut kemampuan. (Sekarang ni dah byk yg jual secara pakej...surveylah sebaik2nya supaya tak rase menyesal bila dah beli)
  3. Lengkapkan diri dengan maklumat tentang penyusuan susuibu, antaranya:
    • Khasiat susuibu.
    • Cara penyimpanan susuibu.
    • Suhu yang sesuai untuk simpan susuibu dalam keadaan suhu bilik, peti ais dua pintu, peti ais satu pintu dan peti sejuk beku.
    • Cara mengurus EBM (susuibu yang telah dibekukan)
    • Jadual yang sesuai untuk mengepam susuibu. (Tetapkan masa, supaya dapat mengatur dan mengurus kerja di pejabat/rumah dengan tidak mengabaikan komitmen untuk mengepam susuibu)
    • Mengenalpasti kuantiti yang perlu bagi membekalkan EBM untuk dihantar kepada pengasuh/taska.
    • Teknik atau kaedah yang betul untuk ajar anak menerima susuibu dengan menggunakan botol tanpa menolak untuk direct BF dengan ibu secara ekslusif.
Ok...sekadar perkongsian ringkas...untuk peringatan kaklong juga...InsyaAllah akan menyusul lagi selepas ni ye..now..i have something to do..(maklumlah dua orang anakanda tgh nyenyak beradu;)



Sunday, April 22, 2012

Storage Breastmilk Fiffy

Salam...
Ni cerita storage breastmilk sbnrnya...tapi layan jelah foto Fyqah dan Naufal ye....
Kaklong sekarang kan tgh berpantang kat umah mak... Dalam berpantang, kaklong tetap pam breastmilk (BM) for Naufal...buat persiapan awal sbb bimbang bila nak masuk kerja awal Jun nnt, tak byk plak EBM yang ada..maklumlah sekarang ni pun kaklong masih perlu susukan si kakak yg dah 2 tahun, terutamanya waktu malam... 
Alhamdulillah BM masih cukup untuk Naufal walaupun kaklong susukan Fyqah dan pam bila bengkak.. 
Kaklong tak bawa segala keperluan yg lengkap untuk simpan BM..so, baru2 ni kaklong khbsn botol untuk storage BM yang telah dipam.. 
Jadi, masa kuar shopping hari ke-15 berpantang, kaklong cari botol untuk storage BM...pada awalnya ingt nak ambil brand PUREEN..bila nak bayar tu..ternampak brand FIFFY ni plak...wah bgsnya...6 botol dgn harga RM27.00 sahaja...so lps belek2 tgk kotak dan sbgnya..ters kaklong ambil dan ltk semula brand PUREEN yang ada 3 botol dengan harga lbh kurang RM17... 

Fyqah main susun piramid..pandai kakak Fyqah..

Naufal dan kakak Fyqah..kakak Fyqah tersenyum bangga lps berjaya susunkan botol tinggi-tinggi setelah bnyk kali percubaan..

Naufal Syakeer pada usia 16 hari...


Saturday, April 21, 2012

Naufal dan EBM pada hari ke-15

Salam...

Alhamdulillah...hari ni adalah hari ke15 kaklong berpantang... secara tak langsung, usia Naufal pun dah 15 hari.
Hari ni juga pertama kali kaklong keluar shoping...hehe...perkara yang jadi rutin saban minggu...bila tak dpt mengabihkan duit...gatal je tangan ni...

Sebenarnya kaklong kuar pg Klinik Gigi...g tampal gigi...drpd menanggung sakit, lbh baik beranikan diri g tampal gak...
Dah sambil2 kuar tu...ajaklah suami pg shoping barang sikit..padahal takde apa sgt pun nak dibeli...saja gatal tgn nak sain kad kredit...

Naufal, kaklong tgglkan kat umah ngn mak..bawa Syafiqah je.. Alhamdulillah Naufal tak byk ragam.. Dan bila die nak susu...mak bagi susuibu yg kaklong tgglkan..sng hati bila mak bagitau Naufal minum susu EBM sampai hbs, pastu die sambung tdr semula...Bagus Naufal...

InsyaAllah...kaklong akan usahakan untuk pastikan Naufal juga dapat khasiat susuibu sepenuhnya..

Tuesday, April 17, 2012

Pengalaman Melahirkan Naufal Syakeer @ 2012


Salam...

Kali ni kaklong nak titipkan kisah pengalaman melahirkan putera kedua kami...Tuan Naufal Syakeer pada tahun 2012..saat n3 ni ditulis, usia Naufal baru 11 hari...

Kaklong dan suami dapat tahu tentang kehamilan kedua ni masa usia Syafi
qah lebih kurang 1 tahun 5 bulan kot...rasenyalah... Syukur sgt masa tu...sbb mmg kami ada berhajat untuk tambah ahli keluarga sebaik usia Syafiqah 2 tahun nnt...bak kat orang...nak bagi die kawan...

Kehamilan kedua kali ni ada dugaan dan ceritanya yang tersendiri..taklah selancar kehamilan yang pertama..Di peringkat awal kehamilan lagi, kami diduga apabila kaklong dapat kesan ada sedikit pendarahan...tak byk pun...tp ada sdkt2 dan tempohnya agak lama...so, kerana bimbang...seawal 7 minggu lagi kami dah scan...Doktor yg scan bagtau die tak dpt nk bg sbrg kptsn sbb janin msh kecil dan hnya nmpk kantung baby, tp tak nmpak jantung atau pape.. So, kami disyorkan untuk dtg scan semula bila kandungan dah masuk 12 minggu ke atas...masa ni dah mula cuak dan doa sentiasa dipanjatkan moga tiada sebarang berita yg tak diingini..

Jadi kaklong dan suami pergi semula ke klinik untuk scan kali kedua...kali ni alhamdulillah...kelihatan janin yg telah hampir terbentuk...dh nmpak iras2 tgn, kaki dan
badan...Selesai fasa yang membimbangkan tu... Darah masih tak berhenti walau kandungan dh msk 12 mggu... lama kelamaan...barulah hilang...bila tnya doktor...takde jwpn yang btl2 dpt meyakinkan kaklong puncanya...ntahlah...

Alhamdulillah selepas tu..kaklong jalani rutin sbg ibu yang hamil dgn anak kecil yang masih menyusu..Syafiqah masih direct BF sepanjang kaklong mengandung..sejak mengandung kaklong stop pam susu..cuma tak dpt nak stopkan Syafiqah daripd direct BF ngan kaklong...terutama menjelang waktu malam...bila die nk tidur...


Masa mengandungkan Syafiqah kaklong tak de masalah dgn HB atau darah dan sebagainya. Tetapi, kehamilan kali ni dua kali HB kaklong rendah...malah pada minggu ke36 ada plak GDM..kn buat BSP dan jumpa doktor di Klinik O&G di Hospital Serdang... Akhirnya kaklong lalui juga pengalaman tu semua...sebab kehamilan pertama dulu mmg mudah...temujanji pun hnya buat kat Klinik Desa..tak pnh pg Hospital...apalagi smpai jumpa doktor kat Klinik O&G.. Setiap kehamilan lain cabaran dan ujiannya...

Tarikh EDD kelahiran kedua ni dijangka pada 5 April 2012 (Khamis). Namun pada tarikh tersebut kaklong masih bekerja..hadir mesyuarat seperti biasa.. pada 6 April 2012 (Jumaat)..kaklong ambil cuti..sbb mak ayah dtg dr Manjung. Tanda-tanda nak bersalin masih tak klhtn...

Sehnggalah jam 9.00 ke 10.00 pagi pada 6 April tu...kaklong rase mcm ada something licking..tapi tak lah byk sgt.. Bila bgtau kat mak...mak suruh pg hospital...kalau blh taknak pg lagi...sbb tak sakit pe pun lagi...mmg tak rs pape lngsung... tp pegi jugalah ke hospital...bila sampai hospital...doktor buat pemeriksaan dan sebagainya... Kaklong dibenarkan balik sbb bukaan lebih kurang 1.5 ke 2 cm saje dan kaklong pun tak sakit pape lngsung...so, lbh kurang 3.00 ptg tu kaklong blk semula ke rumah...mkn nasi dan mcm2 lah...

Tapi lbh kurang lps Maghrib, barulah dtg rase sakit memulas..cuma tak kerap sgt.. Kaklong tahan lagi..tak pg hospital lagi...maklumlah kat rumah ramai masa tu..mak ayah dan adik2 semua ada...kbtln ada urusan sikit...pakat beramailah kat umah...


Dalam jam 10.00mlm..sakit mkn kerap...kaklong bgtahu mak dan akhirnya kami gerak ke hospital...suami pandu kereta pun bertenang je...sampai kat hospital..Doktor yg sama buat pemeriksaan pagi tadi masih ada...Dr. Faradilla..muda lagi orangnya...die buat pemeriksaan dan bagitau bukaan dalam 5cm...katanya InsyaAllah 3-4 jam lagi kaklong akan bersalin...so, die suruh kaklong relex dulu dan akan dtg semula untuk cek bukaan lagi dalam sejam nnt..sblm tu kaklong kn cucuk masuk air...sbb jantung baby kurang aktif...

Tetapi...dalam jam 10.45mlm camtu..kaklong dah rase sakit sgt2.
..so, jerit pggl doktor..terkial2 die dtg ngn nurse dan bila die buat pemeriksaan, trs die pun jerit kata dah fully.. mknanya dah nak bersalin kot... terjerit2 nurse suruh pggl husband kaklong kat luar dan minta nurse lain sediakan bilik bersalin... baju pun tak salin apa dah...dgn t-shirt yg kaklong pakai ms dtg hospital tdi...kaklong dibawa ke bilik bersalin... Alhamdulillah biliknya selesa...luas..dan suami pun ada disisi...dalam duk sakit nak melahirkan...suami usap2 dahi dan kening kaklong...tenang rasenya...dan dengan izin Allah...tak lama pun kaklong dalam bilik bersalin...jam 11.35mlm...baby lelaki selamat dilahirkan secara normal...

Syukur sgt... Kelahiran kedua kali ni kaklong dipermudahkan Allah... Baby sihat dan kaklong pun tak alami sebarang masalah..esoknya lbh kurang 4.00ptg kaklong balik rumah dengan baby lelaki..kawan kakak Syafiqah...


Monday, April 16, 2012

Pengalaman Melahirkan Nurain Syafiqah @ 2010

Salam...

Kali ni kaklong nak abadikan kisah pengalaman kaklong melahirkan anak sulung pada tahun 2010. Nurain Syafiqah...dah pun berusia 2 tahun...namun kisah dan pengalaman pertama ni masih segar di ingatan..

Setelah berkahwin pada 30 Mei 2009, kaklong disahkan hamil lbh kurang sebulan selepasnya...alhamdulillah kandungan yang pertama ni tak byk ragamnya...tiada sebarang masalah dan kaklong laluinya dgn ceria, tenang dan bekerja mcm biasa...

Syafiqah masa datang nak jemput ummi dan adik Naufal balik umah...

Tarikh EDD bagi kelahiran pertama ni dijangka 26 Februari 2010... Pada tarikh tersebut kaklong masih tak rase pape...sihat dan bekerja mcm biase.. Malam 26 Feb tu, kakak ipar kaklong dr Johor dtg umah..kbtln beliau sekeluarga ada program kat KL. So mlm tu lepas solat Maghrib kami kuar mkn kat Restorant Soho kat Bangi tu... Lewat mlm sikit, family kaklong plak sampai dr Manjung.. so, mlm tu kaklong mcm biase...berbual dan mkn2 sgla yg mak bw dr kampung... Sehinggalah jam 2.00 pg..waktu tu semua org dah tdr.... Kaklong rase tak sdp perut... Bila pg toilet...tgk2 ada darah...ops...dah trn tanda... tp tak sakit lagi... so, kaklong sambung tdr semula...

Jam 4.00 pg tu... sakit mula semakin kerap... Tp kaklong tak kejutkan suami dan mak lagi...sampailah azan subuh...bila semua dah bgn, kaklong pun ceritalah semuanya pada mak... mak pun apa lagi...suruh kaklong bersiap untuk ke hospital... So, lps selesai solat subuh dan mandi...kaklong terus ke Hospital Serdang...mcm biase masuk ke ruang pemeriksaan dan doktor cek semua baru buka lbh kurang 3cm..

Jam 10.00 pg doktor cek lagi...baru 4cm.. kaklong diasingkan dalam satu bilik selepas diberikan baju pink untuk dipakai...sebabnya bilik bersalin di Hospital Serdang penuh... dalam duk tunggu menahan sakit..dtg sekumpulan doktor dan nurse bagitau yg kaklong terpaksa dipindahkan ke hospital lain untuk bersalin sbb bilik bersalin masih penuh...sdgkan masa tu baby dlm perut ni pun tggu masa je nak kuar..lps bincang semua ngan suami, kami akhirnya bersetuju juga untuk dibawa ke Hospital Kajang...

Jadi, bermulalah episod kaklong naik ambulan masa sakit nak bersalin dari Hospital Serdang ke Hospital Kajang... Ms dalam ambulan tu sakit mmg tak blh cakap lah... Lbh kurang jam 12.00 tghri kaklong sampai kat Hospital Kajang. Sampai sana...doktor dan nurse kat Hospital Kajang buat pemeriksaan sekali lagi...ms tu bukaan 6cm... sejam ke dua jam pas pemeriksaan kaklong ditolak ke bilik bersalin.. Ruangnya kecil..sgt tidak selesa...dgn panasnya... Mmg masa tu tawakkal je mudah-mudahan semuanya dipermudahkan..suami plak kn tunggu kat luar je...tak blh teman isteri...sbbnya ruang kecil...dahlah kecil...berkongsi bilik plak dgn seorang lagi ibu yg nak melahirkan juga... So, mengeranglah kaklong menahan sakit dalam ruang kamar bersalin yg kecil tu...

Lbh kurang jam 3.45 ptg mcm tu kaklong rase kontraksi mkn kerap dan sgt kuat...kaklong pggl nurse, diorang dtg cek bukaan dah 9cm...so kn tggu lagi...tak lama lps tu sakit dtg lagi...kali ni terase mmg nk kuar sgt dah...

Doktor dan nurse dtg bersiap semua...akhirnya selepas tiga kali kaklong meneran sekuat hati... terase ada sesuatu yg keluar diiringi tangisan yg sgt nyaring...
Nurse yg sambut baby siap berselawat lagi...sebab baru sehari berlalunya Maulidurasul...
Selepas baby keluar, nurse angkat dan tunjuk kat kaklong sambil tnya jantina baby..seleps baby dibersihkan..nurse dtg ltk baby kat dada kaklong untuk disusukan...alhamdulillah dgn mudah baby dapat menyusu... Masa baby menyusu..nurse jahit..kaklong kena bius gak...sbb kata nurse luka agak byk...blh thn juga byknya benang yg dijahit... tp tak sakit sbb die bius.. dah selesai semua..dekat jam 6.00 ptg barulah kaklong dan baby ditolak ke wad dan dapat jumpa suami... Alhamdulillah... Tengku Nurain Syafiqah selamat dilahirkan pada 27 Februari 2012, jam 4.35 ptg seberat 3.5 kg di Hospital Kajang.

Syafiqah pertama kali jumpa adik Naufal.... Ummi dan abah sayang dua-dua anak ummi dan abah...

Cukur Rambut Naufal


Alhamdulillah... Putera kedua kami..Tuan Naufal Syakeer dah pun dicukur rambutnya...
Walaupun sunnah bercukur pada hari ketujuh..namun, atas kekangan masa, Naufal bercukur pada hari ke-9 oleh atuk dan abahnya di Manjung.

Rambut Naufal dah dicukur botak..alhamdulillah selepas dibotakkan..kepala Naufal kelihatan lbh
bersih...matanya pun semakin luas meliar pandang sana sini...




Friday, April 13, 2012

Kakak sayang Adik..

Salam..

Kakak sayang adik...
Suka cium2 adik...belek hidung adik...mata adik..telinga adik...
Bila nak kuar, sayang adik dulu baru kuar umah...

Kadang2 kakak nak suap adik makan (Ni yg kn tgk selalu)...
Tp nasib baik die cpt belajar... kakak dah tak buat camtu bila ummi bgtau adik takde gigi lagi..
Kakak dah pandai marah kalau orang usik nak ambil adik die..
Kakak akan jawab "tak boleh..." kadang2 kakak ganas sikit...die selamber pukul acik2 yg dtg tgk adik dan usik nak ambil adik bw balik...

Kakak juga dah mula bertimbang rasa...sudi berkongsi apa saje ngan adik...
Kalau kakak tgh direct BF ngan ummi...tiba2 adik nangis...kakak berhenti dan cakap "ummi adik dan susu ummi"...tp kdg2 je...(kadang2 tak bagi juga...tmbh2 waktu die nak tdr)


Apapun...gelagat kakak dan adik...
Ummi dan Abah sayanggggggggggggg sgt anak2 ummi dan abah.


Thursday, April 12, 2012

Aduhai Kakak Fyqah.....

Salam...

Alhamdulillah...syukur ya Allah...
Hari ni, usia Naufal dah 7 hari...Naufal sihat...cuma Naufal byk lelapkan mata..terpaksa kejut untuk susukan die... Sehingga hari ni Naufal masih BF sepenuhnya...Harapan kaklong, semoga kaklong dapat susukan Naufal secara ekslusif tanpa FM sehingga usianya 6 bulan dan berterusan sehingga 2 tahun tanpa FM.

Kalau kakaknya, Syafiqah sebelum ni, alhamdulillah impian tu terlaksana 90%...Lagi 10% kira gagal sebab sebelum 2 tahun terpaksa topup ngn FM gak sbb susu dah kurang kerana mengandungkan Naufal.

Dah ada adik sekarang ni pun, Fyqah masih direct BF ngan kaklong...letih jugalah badan ni terpaksa melayan kehendak dua orang anak yg sama2 perlukan perhatian.
Kaklong akui...adakalanya timbul juga rasa kesal sbb tak usaha sungguh2 untuk pisahkan Fyqah dari direcr BF ngn kaklong sebelum Naufal lahir... tp tulah...perkara dh berlalu... Sekarang jdi buntu dan kena fikirkan juga caranya... Bimbang sgt kalau Naufal tak dapat susu yg cukup...kata orang baby boy ni kuat menyusu kan...
Hingga saat ni...Fyqah masih minta untuk direct BF.. Kalau tgh mlm die terjaga dn nampak kaklong tgh susukan adiknya, die pun minta juga...tak bg die nangis...aduhai kakak Fyqah...pening uumi fikirkan kerenah anak sulung ummi sorang ni...tgh mlm ummi bukan letih jaga Naufal..tp letih dan tak ckup tdr sbb kerenah Fyqah yg bijak manja sekarang ni...

Aduhai kakak Fyqah sayang....

Wednesday, April 11, 2012

Adik Syafiqah dah lahir.....

Salam.....

Agak terlambat untuk memperkenalkan ahli keluarga baru dalam family kaklong... Biaselah kan...br lps melepasi hari2 terawal sbg ummi kepada sepasang anak..


Alhamdulillah..pada 6 April 2012 bersamaan 16 Jamadilawwal 1432H, jam 11.35 mlm kaklong selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.01kg di Hospital Serdang. Kelahiran kedua kali ni dapat disaksikan dan ditemani suami disisi:))

Lazimnya orang akan tnya dan nak tahu pengalaman bersalin...terutamanya dikalangan ibu muda yg tgh menunggu kelahiran cahaya mata pertama (mcm kaklong dulu gak, bila dah nk dkt bersalin....suka baca kisah pengalaman bersalin)...So, InsyaAllah nnt kaklong kongsikan ye... Baru terperasan, pengalaman melahirkan Syafiqah pada 27 Februari 2010 dulu pun kaklong belum abadikan dalam blog ni rupanya...so, next n3 ye...

Tuesday, April 3, 2012

EDD : 1 day to go....

Salam...
Hari ni...4.4.2012 kan....kaklong masih kat office...baru je selesai berbengkel..
Alhamdulillah program yang dirancang berjalan lancar...lps ni tggl nk siapkan dokumentasi hasil dr bengkel tersebut lah...

Esok...5.4.2012 adalah tarikh EDD kaklong melahirkan my 2nd baby ni. Setakat hari ni blm ada sebarang tanda lagi... Cuma sesekali rasa tegang dan perut mengeras tu ada lah... Tp sekejap2 je dtg...tak taulah kaklong tu kontraksi atau apa...sbb bila jadi gitu, terase sgt gerakan baby...
Tambahan plak...hari ni naik turun tangga ke tingkat 3 tadi...lif out of service kat bilik bengkel tadi.. So, blh tahan tercungap gak lah kaklong menapak naik tangga.

Semalam...3.4.2012 kaklong check up untuk 39minggu kat klinik spt rutin biasa... Alhamdulillah semuanya terkawal... Berat baby dalam 3.00kg...air ketuban ok...tak berkurangan...Urine kaklong ok... HB darah 12.6... Berat kaklong 75kg (haha...jenuh berdiatlah pas ni).. Harap semuanya ok sehingga tiba saat melahirkan nnt.. Kata Dr. Raffa Bazuli yg check tu, kalau masih tak bersalin...datang semula ke klinik pada 9.4.2012 nnt...

Ok...nak siapkan sikit lagi kerje... Pas ni nak bercuti panjang...bestnyer....berjimba-jimba dgn 2 orang anak..

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...