Monday, April 16, 2012

Pengalaman Melahirkan Nurain Syafiqah @ 2010

Salam...

Kali ni kaklong nak abadikan kisah pengalaman kaklong melahirkan anak sulung pada tahun 2010. Nurain Syafiqah...dah pun berusia 2 tahun...namun kisah dan pengalaman pertama ni masih segar di ingatan..

Setelah berkahwin pada 30 Mei 2009, kaklong disahkan hamil lbh kurang sebulan selepasnya...alhamdulillah kandungan yang pertama ni tak byk ragamnya...tiada sebarang masalah dan kaklong laluinya dgn ceria, tenang dan bekerja mcm biasa...

Syafiqah masa datang nak jemput ummi dan adik Naufal balik umah...

Tarikh EDD bagi kelahiran pertama ni dijangka 26 Februari 2010... Pada tarikh tersebut kaklong masih tak rase pape...sihat dan bekerja mcm biase.. Malam 26 Feb tu, kakak ipar kaklong dr Johor dtg umah..kbtln beliau sekeluarga ada program kat KL. So mlm tu lepas solat Maghrib kami kuar mkn kat Restorant Soho kat Bangi tu... Lewat mlm sikit, family kaklong plak sampai dr Manjung.. so, mlm tu kaklong mcm biase...berbual dan mkn2 sgla yg mak bw dr kampung... Sehinggalah jam 2.00 pg..waktu tu semua org dah tdr.... Kaklong rase tak sdp perut... Bila pg toilet...tgk2 ada darah...ops...dah trn tanda... tp tak sakit lagi... so, kaklong sambung tdr semula...

Jam 4.00 pg tu... sakit mula semakin kerap... Tp kaklong tak kejutkan suami dan mak lagi...sampailah azan subuh...bila semua dah bgn, kaklong pun ceritalah semuanya pada mak... mak pun apa lagi...suruh kaklong bersiap untuk ke hospital... So, lps selesai solat subuh dan mandi...kaklong terus ke Hospital Serdang...mcm biase masuk ke ruang pemeriksaan dan doktor cek semua baru buka lbh kurang 3cm..

Jam 10.00 pg doktor cek lagi...baru 4cm.. kaklong diasingkan dalam satu bilik selepas diberikan baju pink untuk dipakai...sebabnya bilik bersalin di Hospital Serdang penuh... dalam duk tunggu menahan sakit..dtg sekumpulan doktor dan nurse bagitau yg kaklong terpaksa dipindahkan ke hospital lain untuk bersalin sbb bilik bersalin masih penuh...sdgkan masa tu baby dlm perut ni pun tggu masa je nak kuar..lps bincang semua ngan suami, kami akhirnya bersetuju juga untuk dibawa ke Hospital Kajang...

Jadi, bermulalah episod kaklong naik ambulan masa sakit nak bersalin dari Hospital Serdang ke Hospital Kajang... Ms dalam ambulan tu sakit mmg tak blh cakap lah... Lbh kurang jam 12.00 tghri kaklong sampai kat Hospital Kajang. Sampai sana...doktor dan nurse kat Hospital Kajang buat pemeriksaan sekali lagi...ms tu bukaan 6cm... sejam ke dua jam pas pemeriksaan kaklong ditolak ke bilik bersalin.. Ruangnya kecil..sgt tidak selesa...dgn panasnya... Mmg masa tu tawakkal je mudah-mudahan semuanya dipermudahkan..suami plak kn tunggu kat luar je...tak blh teman isteri...sbbnya ruang kecil...dahlah kecil...berkongsi bilik plak dgn seorang lagi ibu yg nak melahirkan juga... So, mengeranglah kaklong menahan sakit dalam ruang kamar bersalin yg kecil tu...

Lbh kurang jam 3.45 ptg mcm tu kaklong rase kontraksi mkn kerap dan sgt kuat...kaklong pggl nurse, diorang dtg cek bukaan dah 9cm...so kn tggu lagi...tak lama lps tu sakit dtg lagi...kali ni terase mmg nk kuar sgt dah...

Doktor dan nurse dtg bersiap semua...akhirnya selepas tiga kali kaklong meneran sekuat hati... terase ada sesuatu yg keluar diiringi tangisan yg sgt nyaring...
Nurse yg sambut baby siap berselawat lagi...sebab baru sehari berlalunya Maulidurasul...
Selepas baby keluar, nurse angkat dan tunjuk kat kaklong sambil tnya jantina baby..seleps baby dibersihkan..nurse dtg ltk baby kat dada kaklong untuk disusukan...alhamdulillah dgn mudah baby dapat menyusu... Masa baby menyusu..nurse jahit..kaklong kena bius gak...sbb kata nurse luka agak byk...blh thn juga byknya benang yg dijahit... tp tak sakit sbb die bius.. dah selesai semua..dekat jam 6.00 ptg barulah kaklong dan baby ditolak ke wad dan dapat jumpa suami... Alhamdulillah... Tengku Nurain Syafiqah selamat dilahirkan pada 27 Februari 2012, jam 4.35 ptg seberat 3.5 kg di Hospital Kajang.

Syafiqah pertama kali jumpa adik Naufal.... Ummi dan abah sayang dua-dua anak ummi dan abah...

1 comment:

MamaZana Baharum said...

Alhamdulillah... Selamat berpantang kak long. Mamazana nyer EDD on 30th June... Semoga dipermudahkan oleh Allah swt. Ameen...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...