Tuesday, December 30, 2008

[3] Ayahbonda...Terima Kasih Untuk Segalanya...


Apabila mula menginjak tahun baru...aku mula merenung-renung kisah dan pelbagai kenangan lalu...dalam teringat-ingat suka hidupku dulu....terimbau peristiwa dan kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan...kemalangan motor tahun 2005 yang akhirnya menyebabkan aku perlu menjalani operation ACL & PCL knee reconstrusction di HUKM pada 29 Februari 2008.


Kerana episod 'pembedahan' tersebut, pelbagai perkara tersingkap dan banyak memotivasikan diriku...paling tidak dapat aku lupakan...pengorbanan mak dan ayah... Dalam kepayahan berulang-alik daripada manjung ke KL....mak ayah tak kenal erti penat...semuanya dengan harapan aku akan pulih dan dapat kembali bergerak aktif...


Kerana episod ini juga....aku mula menghargai kasih seorang 'teman sepengajian'.....dan alhamdulillah..'dia' kini adalah tunangan aku...tima kasih ye...;>


Hmmmm...dalam duk termenung ingat kat mak ayah ni...teringat aku pada post heritage yang aku buat...saja nak tgk muka aku ni mirip sape....jawapannya...aku kat tgh...46% mirip ayah dan 54% mirip mak....so...khulasahnya...aku ni mirip mak dan ayah....c",)

Mirip siapakah wajahku?......;>

[2] Aku dan Kerjaya

Kerjaya aku adalah sebagai seorang pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan pelbagai kursus berkaitan ilmu-ilmu Islam bagi memberi pemahaman kepada pegawai-pegawai kerajaan khususnya...

Bukanlah aku yang mengajar mereka...malah aku sendiri masih mentah dan bagaikan putik jagung yang masih perlukan banyak baja untuk tumbuh dan subur dengan ilmu-ilmu Islam..

Tanggungjawab aku adalah menyelaras, menentukan siapakah penceramah, peserta, bila perlu dilaksanakan dan segala-galanya berkaitan kursus yang masti dilaksanakan...


Antara pegawai-pegawai tinggi sebuah jabatan....kira semuanya bos aku la ni....Aku yang pakai tudung hijau (baris kedua, 3 dari kanan)


Kadangkala...kita merancang pelbagai perkara untuk masa depan kita...masa kecil...cita-cita aku untuk menjadi seorang guru...bila dah dewasa sikit...aku nak jadi pensyarah...

Namun takdir Allah menentukan segalanya...

Akhirnya aku disini sebagai seorang pegawai...bukan sahaja bertanggungjawab sebagai guru..malah sebagai pentadbir, pengurus, penyelaras dan dalam latihan untuk menjadi seorang pensyarah...walau bukan di IPTA tapi di sebuah institusi Islam...InsyaAllah..


Apa sekalipin, yang penting kita kena bersedia dengan sebarang perancangan Allah.. Berusaha memperbaiki diri dan bekerja untuk mendapatkan keredhoannya..bukan bekerja untuk mencari nama, pangkat yang tinggi, gaji yang banyak dan keselesaan hidup yang terlalu mewah...



[1] Rahmati Kami Ya Allah...



Ini adalah entry pertama aku....semuanya sempena tahun baru Hijrah...1430 dan tahun baru masihi 2009....Alhamdulillah usia ku dan orang-orang yang aku sayangi dipanjangkan Allah...




Penghujung tahun 2008 juga aku telah menukar status daripada 'single' kepada 'engaged'...InsyaAllah aku akan memelihara status ini dan semoga Allah merahmati segala perancangan kami.

Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan buat mak ayah, adik-adik dan semua saudara maraku yang sama-sama memeriahkan majlis yang telah selesai pada 13 Disember 2008. Walaupun majlis tersebut diuji dengan ketiadaan elektrik dan hujan yang turun pada penghujung majlis berlangsung...


Terima kasih gak buat keluarga tunangku yang datang daripada jauh...bekorban masa dan tenaga untuk merestui perhubungan kami...
Harapan aku moga impian yang ingin dibina akan tercapai dengan rahmat Ilahi...