Friday, June 29, 2012

Perlu ke Perancangan Menu ni?

Salam...

Walaupun kita semua sebagai ibu dan isteri yang kena kuar umah setiap hari bekerja, tgglkan anak kepada pengasuh untuk dijaga dan 'terpaksa' lupakan tugas sebagai surirumah yang ayu manja tggu suami pulang balik kerje... Namun tugas sebagai 'CHEF" dirumah tak dapat dielakkan...

Biarlah masak tak sedap mana...atau tak seindah Master Chef di luar sana... Namun terasa puas bila hidangan yang serba sederhana dinikmati suami dan anak tercinta. Tambah lagi....dinikmati adik tersayang (Sbb dua orang adik kaklong duduk serumah skrg ni...hehe).

Kbtln...time rehat hari Jumaat hari ni...kaklong balik dan masak... Hari ni masak Kari Ikan, Semalan Sardin je... Sblm tu apa ye...huhu lupa plak...

Sbnrnya, bukan sng nak merancang menu masakan ni... Kdg2 terfikir juga...tak boring ke suami dan adik2 kat umah tu mkn lauk pauk yg kaklong masak...? Rasanya...setiap minggu ada kari, sambal ikan, daging masak hitam, ikan goreng, sambal sotong, kurma ayan, ikan masak lemak cili api dan ntah apa lagi kaklong pun tak tau nk namakan...sbb kdg2 tu masak main campak je...tak smpt bg nama trus ngap....

Dalam kebuntuan memikirkan apa menu yg nak dimasak untuk hari2 berikutnya...kaklong pun terfikir...bukan kantin sekolah atau kafeteria office saja yg kn ada perancangan menu... Isteri2 yg bekerja juga kn ada senarai atau perancangan menu yg nak dimasak... Kalau setakat simpan dlm memori...mmg akan bertukar2...

Pic from Mr.Gugel....
Pasni kn buat senarai perancangan menu lah...hehe... Walaupun tak ikut menu..atau tak masak...sekurang2nya perancangan tu dah ada kan... Jadi...PERANCANGAN MENU ITU PERLU.....

Monday, June 25, 2012

Tips Tingkatkan Pengeluaran Susuibu

Susu sedikit hanyalah mainan psikologi ibu-ibu...kerana pengelaran susuibu berasaskan konsep permintaan dan penghasilan. Jadi, semakin kerap bayi menyusu maka semakin galak atau banyak penghasilan susuibu.

Cara Mningkatkan Penghasilan Susuibu ibu, ialah:
  1. Letakkan bayi berada dekat dengan dada ibu.
  2. Elakkan memberi puting kosong dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting sekaligus mengurangkn kekerapannya melakukan penyusuan langsung dari B ibu.
  3. Galakkan bayi menyusu sekerap yang mungkin. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susuibu dihasilkan.
  4. Jangan sesekali menghadkan kekerapan bayi menyusu. (Pam susuibu jika bayi tidak menyusu).
  5. Susukan bayi dengan kedua-dua belah B. Jangan hanya menumpukan pada sebelah bahagian sahaja. (Jika bayi sudah kenyang dan tidak mahu menyusu lagi pam B sebelah lagi)
  6. Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.
  7. Jangan beranggapan kita terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sba menunggu bayi menghabiskan sesi penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendri kerana kita dan anak sama-sama sedang melalui proses pembelajaran untuk menjayakan penyusuan susuibu.
Pada kaklong, tips-tips ni kita boleh belajar dari masa ke semasa... untuk tips no.3 hingga no.7..kita boleh aplikasikan untuk mengepam susuibu semasa di tempat kerja, apabila anak tak de bersama...

Yang penting kita Ikhlas untuk pastikan anak mendapar khasiat susuibu sepenuhnya. InsyaAllah..selain mengandungkan, melahirkan, menjaga dan memelihara anak sebaik mungkin, menyusukan anak dengan susuibu juga adalah hak anak-anak yang perlu dilaksanakan oleh ibu selagi ada kemampuan dan sihat tubuh badan.




Diet dan Penyusuan Bayi

Salam..

Menurut pakar laktasi Pn. Zatul Hijanah Ramzi yang kaklong jumpa dalam Majalah Pa&Ma Edisi November 2010...

"Daripada sudut diet, terdapat dua faktor utama dalam penghasilan susuibu.
Pertama, minum air secukupnya. Tidak kira apa juga jenis minuman yang diambil. Ibu yang menyusukan bayi akan menghasilkan 20 hingga 40oz susu sehari. Petanda dahaga yang dialami adalah petunjuk utama bahawa kita memerlukan cecair tambahan. Jadi, digalakkan untuk mendisiplinkan diri  dengan meminum lebih banyak air.
Faktor kedua ialah ibu yang menyusu memerlukan tambahan antara 300 hingga 500 kalori berbanding wanita yang tidak menyusukan bayinya. Bagi memenuhi keperluan ini, kita perlu makan dengan lebih kerap, iaitu antara lima hingga enam kali sehari"


Friday, June 22, 2012

Akhirnya...dapat kunci...

Salam...

Setiap manusia telah ditentukan Allah rezeki masing2...cuma kita kn usaha untuk pastikan rezeki itu sampai pada kita...bukan dtg bergolek...dan alhamdulillah akhirnya kami dah dapat beli sebuah rumah yg serba sederhana sebagai aset untuk anak2 suatu masa nanti..

 Lawatan ke tapak projek...ms ni rangka lagi...Desember 2010

 Sikecil Syafiqah meninjau kawasan... Jun 2011

Kerje-kerje simen lantai....Julai 2011

JUN 2012....Akhirnya, kami dah dpt kunci rumah yg tlh km beli hmpir 2thn yg lalu... Rumah pertama kaklong dan suami tu mmg penuh nostalgia...dibeli saat Fyqah mash bayi...kmdn dpt kunci bila die dh besar dan punyai adik yg msh bayi...

 Masa ni tak dpt kunci lagi..msh blm siap sepenuhnya... Oktober 2011


 Pokok palm ditaman kat laman, walaupun blm dpt kunci...siap pesan kat buruh2 indon kat situ minta tlg siramkan... haha..tb2 teringat kat mamat indon yg baik tu..

Lepas dapat kunci...kami pasang grill, buat table top, wiring...tambah plug, tambah kipas...pasang lampu dan sebagainya...alhamdulillah semua kos tu tak sampai 10k. Pemaju ok...bila wat aduan ttg defection, cpt je diorang dtg baiki.. Tak wat kabinet dan reno byk sbb nak sewakan je dulu....

 Dah bersih slps aktiviti gotong royong ngn adik2..thank ude dan yang..

 Inside...

 Ruang tamu...

 Jom masak2 kat kitchen yg serba sederhana ni...

Ruang dining atau family hall....

Alhamdulillah....akhirnya rumah yg serba sederhana ni telah selamat disewakan kepada pasangan suami isteri yang punyai 3 orang anak antara 12 tahun ke 2tahun.


Tuesday, June 19, 2012

Cabaran Menjayakan Penyusuan Susuibu

Salam...

Hari ni kaklong nk share ttg betapa besarnya cabaran bagi ibu yg bekerja untuk menjayakan penyusuan susuibu secara ekslusif...
Yaaa...jadual kaklong yg biasenya untuk pam SI ialah 9.00am, 12.00pm, 3.00pm dan 5.00pm... Untuk memenuhi tuntutan jadual tu amatlah besar cabarannya...kdg2 hnya dpt 3 kali je... sbbnya??? komitmen dgn kerja..kalau sekadar duduk saje kat office tnpa kuar mn2 oklah lagi...boleh take 10 to 15 minute untuk pam SI..tp kalau dah kn hadir meeting, seminar, bengkel atau keluar kemana2..mmg mslh....terutamanya meeting...sbb takkan nk kuar gitu je dr meeting, tmbh2 klu kita yg jd pencatat minit...huhu... tu semua kaklong dah lalui masa pengalaman pertama...menjayakan penyusuan susuibu untuk puteri sulung...Syafiqah yg kini dah pun berusia 2 tahun 3 bulan...

Jadi...insyaAllah untuk putera yg kedua ni...kaklong nekad untuk meneruskan cabaran2 tu semua...akan terus nekad mematuhi tuntutan jadual untuk pastikan setiap hari ada bekalan SI yg akan kaklong bawa balik untuk Naufal...InsyaAllah...

Masa ni Naufal masih dalam hari...pertama kali kuar malam..mengamuk Fyqah nak susu...jenuh jugalah memujuk dlm keta...dpt peluk pun tak pe dah..jnji dpt duk dkt kaklong...barulah die tidur... Agaknya masa ni die terase juga kot..bila ada org baru...selalunya riba die kat depan...sekarang dh tak boleh... So, nak lbh selamat dan aman dlm keta...kaklong kn duk belakang...sian abg sorang2 kat depan...
Alhamdulillah setakat ni, EBM yg ada mencukupi untuk Naufal. Setiap hari 20oz SI kaklong bekalkan untuk Naufal kat rumah pengasuh... Hbs kerja dalam jam 5.30ptg...kaklong ambil Naufal...kmdn die dan kakaknya akan direct BF...spnjng di rumah...cabaran untuk tandem nursing plak...mmg takde peluang untuk pam SI...sbb Syafiqah still BF dan Naufal sdh pastilah...

Mudah2an...kaklong dapat hadapi semua ni demi memberikan khasiat terbaik untuk anak2...Sesungguhnya Allah dah menetapkan rezeki yg terbaik untuk anak-anak...
SUSUIBU adalah makanan yg terbaik untuk pembesaran bayi
Buah Hati UMMI dan ABAH


Sunday, June 10, 2012

Majlis Akikah dan Kesyukuran Keluarga Jaafar&Fatimah

Salam...

Alhamdulillah...dah habis cuti bersalin kaklong untuk anak kedua ni...Naufal Syakeer pun dah dua bulan..Naufal sihat dan badannya pun boleh tahan..dlm usia 2 bulan dah 6.4kg..masih lagi ekslusif breastfeed. 
Pada 30 Mei yg lps dah selamat melaksanakan akikah untuknya dengan mengorbankan seekor kambing dan insyaAllah nnt kita korban lagi seekor kat Kelantan plak.
Simboliknya majlis tersebut jatuh pada tarikh anniversary kaklong dan suami;)) dan buat majlis kesyukuran juga sempena meraikan pertunangan adik kaklong yang ketiga...Zahid dan Marshiela, pastu meraikan kejayaan adik yg keempat Nasrullah yg dh mula bekerja then sempena kejayaan adik yg kelima Siti Zubaidah yg dpt result cemerlang (Usaha lagi...masih ada semester yg blm selesai), juga untuk adik yg keenam sempena kejayaannya menyambung pengajian di UPM Bintulu (Dah berlepas beliau ke Bintulu...apa khaborlah si die sekarang, jauh seberang laut) Setinggi kesyukuran juga dipanjatkan sempena kejayaan kaklong dan adik kedua sebab dah dapat kunci rumah baru...alhamdulillah rezeki yg Allah berikan untuk kami adik beradik melimpah ruah...kaklong yakin semua ni berkat DOA MAK dan AYAH... terima kasih mak ayah...
Orait...sekadar kngn dan tatapan buat keluarga dan teman...tatapilah ye...

 Tetamu yg hadir pada majlis kat umah di Manjung..disebabkan jemaah dah penuh kat dalam umah, jadi duk luar pun ok...program mula dengan solat maghrib berjemaah, pastu tahlil, then solat Isya'..

 Lepas selesai solat Isya'..jamu selera dgn hidangan yg disediakan secara gotong royong...

 Hantaran dengan tema hitam-putih sbg tanda hadiah pertunangan untuk dibawa ke Alor Star, Kedah...

 Sesi perbincangan dan perundingan antara wakil Kedah dan Perak...Tanpa rasa malu anak dara sorang tu dok baring berguling tgh tu...apalah Fyqah ni...

 Keluarga kami yg lgkp dgn tema hitam putih dengan sidia yg bakal jadi ahli keluarga...InsyaAllah....

 Muka ceria jejaka yg telah diterima pinangannya...

Ok..pic seterusnya, hnyalah gambar aksi-aksi Fyqah dan sepupunya Miqdam bersuka ria dirumah orang...
 
 
 

Sekian dulu...moga kebahagian dan kasih sayang serta rahmat Allah terus menaungi kami sekeluarga...

p/s: Thanks to my brothers for the picture..

3rd Anniversary

Salam...

30 Mei 2009 kami selamat diijabkabulkan...
Tahniah untuk abg dan diriku juga...alhamdulillah dah 3 tahun kita hidup bahagia bersama.. dan kini lbh bahagia lagi kita dikurniakan sepasang cahayamata..Nurain Syafiqah dan Naufal Syakeer.
Moga perkahwinan yang dibina kekal bahagian selamanya dan dirahmati Allah sentiasa..

Love...love n love....

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...