Sunday, June 10, 2012

Majlis Akikah dan Kesyukuran Keluarga Jaafar&Fatimah

Salam...

Alhamdulillah...dah habis cuti bersalin kaklong untuk anak kedua ni...Naufal Syakeer pun dah dua bulan..Naufal sihat dan badannya pun boleh tahan..dlm usia 2 bulan dah 6.4kg..masih lagi ekslusif breastfeed. 
Pada 30 Mei yg lps dah selamat melaksanakan akikah untuknya dengan mengorbankan seekor kambing dan insyaAllah nnt kita korban lagi seekor kat Kelantan plak.
Simboliknya majlis tersebut jatuh pada tarikh anniversary kaklong dan suami;)) dan buat majlis kesyukuran juga sempena meraikan pertunangan adik kaklong yang ketiga...Zahid dan Marshiela, pastu meraikan kejayaan adik yg keempat Nasrullah yg dh mula bekerja then sempena kejayaan adik yg kelima Siti Zubaidah yg dpt result cemerlang (Usaha lagi...masih ada semester yg blm selesai), juga untuk adik yg keenam sempena kejayaannya menyambung pengajian di UPM Bintulu (Dah berlepas beliau ke Bintulu...apa khaborlah si die sekarang, jauh seberang laut) Setinggi kesyukuran juga dipanjatkan sempena kejayaan kaklong dan adik kedua sebab dah dapat kunci rumah baru...alhamdulillah rezeki yg Allah berikan untuk kami adik beradik melimpah ruah...kaklong yakin semua ni berkat DOA MAK dan AYAH... terima kasih mak ayah...
Orait...sekadar kngn dan tatapan buat keluarga dan teman...tatapilah ye...

 Tetamu yg hadir pada majlis kat umah di Manjung..disebabkan jemaah dah penuh kat dalam umah, jadi duk luar pun ok...program mula dengan solat maghrib berjemaah, pastu tahlil, then solat Isya'..

 Lepas selesai solat Isya'..jamu selera dgn hidangan yg disediakan secara gotong royong...

 Hantaran dengan tema hitam-putih sbg tanda hadiah pertunangan untuk dibawa ke Alor Star, Kedah...

 Sesi perbincangan dan perundingan antara wakil Kedah dan Perak...Tanpa rasa malu anak dara sorang tu dok baring berguling tgh tu...apalah Fyqah ni...

 Keluarga kami yg lgkp dgn tema hitam putih dengan sidia yg bakal jadi ahli keluarga...InsyaAllah....

 Muka ceria jejaka yg telah diterima pinangannya...

Ok..pic seterusnya, hnyalah gambar aksi-aksi Fyqah dan sepupunya Miqdam bersuka ria dirumah orang...
 
 
 

Sekian dulu...moga kebahagian dan kasih sayang serta rahmat Allah terus menaungi kami sekeluarga...

p/s: Thanks to my brothers for the picture..

No comments: