Monday, June 25, 2012

Diet dan Penyusuan Bayi

Salam..

Menurut pakar laktasi Pn. Zatul Hijanah Ramzi yang kaklong jumpa dalam Majalah Pa&Ma Edisi November 2010...

"Daripada sudut diet, terdapat dua faktor utama dalam penghasilan susuibu.
Pertama, minum air secukupnya. Tidak kira apa juga jenis minuman yang diambil. Ibu yang menyusukan bayi akan menghasilkan 20 hingga 40oz susu sehari. Petanda dahaga yang dialami adalah petunjuk utama bahawa kita memerlukan cecair tambahan. Jadi, digalakkan untuk mendisiplinkan diri  dengan meminum lebih banyak air.
Faktor kedua ialah ibu yang menyusu memerlukan tambahan antara 300 hingga 500 kalori berbanding wanita yang tidak menyusukan bayinya. Bagi memenuhi keperluan ini, kita perlu makan dengan lebih kerap, iaitu antara lima hingga enam kali sehari"


No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...