Monday, June 25, 2012

Tips Tingkatkan Pengeluaran Susuibu

Susu sedikit hanyalah mainan psikologi ibu-ibu...kerana pengelaran susuibu berasaskan konsep permintaan dan penghasilan. Jadi, semakin kerap bayi menyusu maka semakin galak atau banyak penghasilan susuibu.

Cara Mningkatkan Penghasilan Susuibu ibu, ialah:
  1. Letakkan bayi berada dekat dengan dada ibu.
  2. Elakkan memberi puting kosong dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting sekaligus mengurangkn kekerapannya melakukan penyusuan langsung dari B ibu.
  3. Galakkan bayi menyusu sekerap yang mungkin. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susuibu dihasilkan.
  4. Jangan sesekali menghadkan kekerapan bayi menyusu. (Pam susuibu jika bayi tidak menyusu).
  5. Susukan bayi dengan kedua-dua belah B. Jangan hanya menumpukan pada sebelah bahagian sahaja. (Jika bayi sudah kenyang dan tidak mahu menyusu lagi pam B sebelah lagi)
  6. Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.
  7. Jangan beranggapan kita terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sba menunggu bayi menghabiskan sesi penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendri kerana kita dan anak sama-sama sedang melalui proses pembelajaran untuk menjayakan penyusuan susuibu.
Pada kaklong, tips-tips ni kita boleh belajar dari masa ke semasa... untuk tips no.3 hingga no.7..kita boleh aplikasikan untuk mengepam susuibu semasa di tempat kerja, apabila anak tak de bersama...

Yang penting kita Ikhlas untuk pastikan anak mendapar khasiat susuibu sepenuhnya. InsyaAllah..selain mengandungkan, melahirkan, menjaga dan memelihara anak sebaik mungkin, menyusukan anak dengan susuibu juga adalah hak anak-anak yang perlu dilaksanakan oleh ibu selagi ada kemampuan dan sihat tubuh badan.




No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...