Thursday, September 13, 2018

SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM)


Assalamualaikum.

Ni kaklong share sikit apa yang dikatakan SPPIM tu...harap boleh membantu. Untuk lebih detail..boleh terus ke link http://www.sppim.gov.my/sppim/home...



___________________________________________________________________

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang dibangunkan oleh secara kerjasama oleh Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pembangunan system ini bermula pada tahun 2004 dengan nama yang dikenali sebagai SIMPI. Sistem ini telah melalui satu transformasi sesuai dengan peredaran dan kehendak semasa dan seterusnya dijenamakan dengan nama SPPIM pada tahun 2012.

Pembangunan system ini disediakan berasaskan proses kerja yang lengkap dalam aspek Pengurusan Perkahwinan Islam di Malaysia. Ianya bermula dari proses permohonan kursus praperkahwinan, permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai dan ruju’ serta rundingcara di semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), khususnya di peringkat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Malaysia secara lebih efisen dan sistematik.


Modul Yang Terkandung Dalam SPPIM

Menerusi SPPIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebagai pengguna dapat memudahkan proses kerja mereka. Antara modul yang terkandung dalam SPPIM ialah:

Pendaftaran Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam

Pendaftaran Penganjur Kursus Praperkahwinan Islam
Mengeluarkan Sijil Kebenaran Penganjuran Kursus Praperkahwinan
Mengeluarkan Sijil Kursus Praperkahwinan Islam
Mengeluarkan Surat Kebenaran Berkahwin
Memproses Permohonan Pendaftaran Nikah, Cerai dan Ruju'
Mengeluarkan Surat Perakuan Nikah
Mengeluarkan Surat Perakuan Penceraian
Mengeluarkan Surat Persekedudukan Semula (Ruju')



Sehingga kini (2018) enam (6) buah negeri telah menggunapakai sistem ini bagi membantu pengurusan perkahwinan Islam di negeri terbabit, iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Usaha yang berterusan akan dilaksanakan oleh Jakim untuk menjalankan integrasi bersama dengan lain-lain negeri untuk menggunapakai sistem ini.


Kepentingan Penggunaan SPPIM

Beberapa penyelarasan prosedur perkahwinan Islam di negeri-negeri yang terlibat telah berjaya dicapai melalui SPPIM, iaitu:
ü  Kad Perakuan Nikah
ü  Borang-borang Nikah, Cerai dan Ruju’
ü  Permohonan Kebenaran Berkahwin Secara Online
ü Aliran proses kerja yang standard bagi permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai dan ruju’, rundingcara dan kursus praperkahwinan Islam.



Perkahwinan Adinda Siti Zubaidah

Assalamualaikum...

Sangat lama tak update...tetiba rasa nak update.. Banyak perkara berlaku dalam kehidupan kaklong yang kini menginjak usia 35 tahun... rasanya ni adalah n3 pertama untuk tahun 2018.. 
Alhamdulillah ahli keluarga juga dah bertambah... Anak masih tiga untuk tahun 2018 ini. Tapi, kaluarga besar kaklong bertambah dengan menerima orang baru sebab perkahwinan adik-adik..hihi.

 Tahniah buat adinda Siti Zubaidah....bertemu jodoh dengan Saed Ba Hakim..sekarang diorang menetap di Canada dan telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel..

Siti...we miss u so much...hampir setahun tak jumpa sejak siti berhijrah ke Canada... Hopefully tahun depan Siti dapat balik dengan Adil yang comel...

Ok...sikitlah nak share pasal perkahwinan Siti adik kaklong warganegara Malaysia lah kan...dengan Saed warganegara Yaman. Sebenarnya Saed adalah sahabat adik kaklong Nasrullah yang sama2 study kat UTP. kenal ngn adik no.4 tu dah lama...dan alhamdulillah berjodoh dengan adik ke.5...Keluarga Saed sangat baik...mak ayah dan adik beradiknya semua baik2 dan diorg menetap di Surabaya.

Siti dengan keluarga barunya...

Dari segi prosedur perkahwinan diorang alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Mula2 Siti kena mohon Kebenaran Berkahwin melalui online SPPIM. Isi online dan penuhi semua tuntutan seperti ujian HIV dan lain-lain. Manakala untuk Saed dia perlu mohon kebenaran ke Kedutaannya..yang ni agak teknikal sebab Yaman negara bergolak dan tiada kedutaan, malah Siti juga kena ambil Sijil Berkelakuan Baik (Good Manner) dari Wisma Putra di Putrajaya. Lepas dapat sijil ni, Saed baru boleh majukan permohonan berkahwin diorang. Bila Saed dah dapat kebenaran, barulah Siti boleh majukan permohonan ke Pejabat Agama bersama-sama dengan kebenaran berkahwin yang Saed punya. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Kaklong doakan moga jodoh kalian berpanjangan dalam rahmat mawaddah dan sakinah.


InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...