Tuesday, June 11, 2013

Kenali Psikologi Anak


Salam

Hari ni nk share skt pasal psikologi anak2 berdasarkan kedudukan dalam keluarga..sebagai anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya...malah ada yg meletakkan dalam kumpulan anak pertama, anak tengah dan anak bungsu.

Kalau ada baca beberapa artikel...antara yang menarik ialah perkongsian artikel dr Iluv Islam dari blog ni

**********************************************************

 Anak Kedua Lebih Fleksibel
- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

"Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.

Sikap ‘sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.

Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya," jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

Berdikari dan degil

Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel.

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter.

Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak.

Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anakanak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.



********************************************
Kaklong juga ada baca tentang perkongsian pengalaman oleh blogger Hamdi Ibrahim dari laman ni. Beliau adalah anak kedua dari empat adik beradik.

Setelah meneliti beberapa pembacaan dan perbincangan dgn rakan2 kat pejabat ttg Psikologi Kedudukan Anak dalam keluarga yang akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka pada masa akan datang ni..kaklong dapati..kita sbg ibu bapa sebenarnya kena ambil tahu ttg ni dan berusaha untuk didik anak supaya sikap yang negatif dan rasa yg kurang selesa di kalangan anak2 dapat dibendung.

Sebagai contoh..ANAK PERTAMA...lazimnya dinilai sebagai terlalu manja, agak suka mendominasi dan sedikit ego...jadi...sbg ibu bapa...kita cr apa puncanya...dan cuba kawal supaya sikap2 yg negatif dapat dibendung.

Begitu juga ANAK KEDUA..lazimnya dinilai degil, suka memberontak, rasa terasing dan kurang disayangi, namun pandai berdikari..puncanya kerana ibu bapa beri perhatian lebih pada kakak/abang...dah baru nk lama bermanja dah dpt adik baru plk...jd anak kedua atau anak yg tengah ni...akan lebih berusaha untuk menonjolkan diri untuk dapatkan perhatian ibu bapa. Hmmm....yg ni kn ambil serius sikit... ingatan untuk kaklong dan semua ibu bapa yg sudi membaca...tak salah kita sama2 berusaha mengawal sikap kita...supaya dah memberikan perhatian dan kasih sayang yg sama rata dgn anak2..

Kalau dapat anak yg baru, anak yg lama jgn dikurangkan perhatian dan kasih sayang padanya.

Kalau membeli pakaian baru untuk kakak/abang...apasalahnya belikan juga pakaian baru untuk si adik, walaupun pakaian kakak/abang msh blh dipakai..takkan semua pakaian adik second hand dr kakak/abang kn...sian kat dier...Jika rasa membazir, basuh dan pack pakaian yg lama dan masih elok tu...bawalah ke mana yg patut untuk disedekahkan... So, berpada-padalah bila membeli. (Ingatan untuk kaklong gak tu)

Kalau anak bergaduh rebutkan barang ke apa ke...jadilah pendamai yang tidak berat sebelah atau menyebelahi mana-mana. Nasihatkan anak2 dgn cr yg berhikmah, supaya kedua-duanya rasa disayangi dan tidak disalahkan.

Cuba kita sama2 elakkan...membanding-bandingkan anak2...walaupun anak masih kecil..mgkn dlm usia 3-4 tahun, namun adakalanya mereka ni cpt menyerap perasaan dan ingt situasi tersebut sehingga membentuk sikap mereka pada masa akan datang. Kaklong pun secara tak sngaja..pnh juga membandingkan antara sikap kakak dan adik...tp bila kita sdr, cpt2 perbetulkan kslpn dgn cara bercakap semula dn susun ayat baik2...contohnyer..."Kakak....ummi nk kakak jd baik mcm adik jg...tak meragam...dgr cakap ummi..nnt semua orang sayang...ummi ngn abah lagiiii sayang...." Cakap tu...peluk n usap2lah tgn die ke...bdn ke...

Bagi ANAK KETIGA dan kbykan anak yang bongsu, dinilai lebih suke menyendiri, rasa dipinggirkan dan kadang2 menjadi terlalu manja sebab terlalu diberikan perhatian dan pengharapan, namun kadangkala menjadi kurang perhatian juga bila mana kakak/abang suke membulinya... Jadi ibu bapa kn kawallah...jgn biarkan anak dibuli kakak/abang dan jgn terlalu beri perhatian dan pengharapan sampai jd manja sgt.

Apapun, perkongsian ni hnyalah dr kaklong berdasarkan pembacaan, perbincangan, pengalaman dan perhatian...bukan berdasarkan pembelajaran secara khusus dalam bidang psikologi kanak2..
Pada kaklong...bidang kaunseling dan psikologi adalah untuk semua...jadi penting untuk kita cr maklumat dan cuba untuk sedar supaya ada perubahan yang boleh kita buat untuk perbaiki diri dan khdpn. Kaklong suka ambil petikan dr artikel kat atas "Jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik"


Best dapat main air...

Salam.. 

Ni semua citer lama...rasenye penghujung Disember 2012...haha...lame sggh kan... masa tu kan cuti sekolah...so, dapatlah bawa adik bongsu kaklong ni join sama...
Kbtln suami ada program di Puteri Resort, Melaka...jadi kami pun join sama...
best juga kat sini...ada kolam untuk budak2 dan dewasa...yg kanak2 ni ala-ala team park gitu...sukelah diorang...

inilah di adik bongsu kaklong...msh lagi bersekolah...kira yg last lah ni...pasni takde dh yg sekolah...sng skt nk beraktiviti...tak pyh tggu cuti sekolah..tp still kn tgk cuti universiti dan kolej plk..

 Fyqah ngn Makteh @ Chiah...yg study kat UPM, Bintulu.

 Naufal si montel ngn Makteh n Maklang...kesejukan tu...cian dier...

 Kakak dan puas main lompat2...duk dlm pelampung plk...

 Naufal masa ni suker sgt main pool...die dh boleh jln...tp still jth bgn...jadi kn pegang selalu..

 Sayang anak ummi dan abah...tembam btl Naufal masa ni...skrg mcm dh susut skt...

 Naufal ngamuk tak mau naik...

 Kakak Fyqah still main...adalah juga gelonsor kecil dan gelongsor yg agak tinggi untuk budak2...untuk umur cam Fyqah...kaklong bg main ni je...Paksu dielah yg rjn mlyn..

 Bila dh sejuk...kaklong angkat n balut dulu bdn die...pastu...
 Sambung main lagi...

 


MakTeh die yg duk mltn Naufal...ummi duk atas kerusi memantau je...tak trn pun..hihi...
 Makteh pun dah jauh kat Sarawak...nk kn tggu cuti panjng br blh ajak pi jlln2...

 Naufal, Fyqah. Paksu dan Makteh...happy tgk diorang...

 Time rht...abah trn tgk anak2 jap...

 Naufal...anak lelaki kami...

 Paksu dah lth...tp Fyqah still nak main...siap suruh Paksu trn semula..

 Naufal dh sejuk...

Ok....dh ckp sayang...jom naik bilik...bersihkan badan.. bagi susu....terbongkam tdr...


Monday, June 10, 2013

Tahniah Chiah...belajar rjn2.

Salam...

Tahniah buat adik kaklong yang ke-7, beliau yg baru je tamat SPM dari Sek. Men.Teknik Pertanian kat Teluk Intan tu...telah berjaya ditwrkan ke Program Persediaan Diploma Pertanian, UPM.

Pada 5 Jun 2013, berangkatlah beliau dn Achik (Adik kaklong yang ke-6) ke Bintulu, Sarawak. Achik mmg study kat sana...harap ada dielah tuk tgkkan adik tu..

Buat Chiah...belajar rajin2...fokus pada pelajaran dan usaha sungguh-sungguh supaya lebih berjaya pada masa akan datang. Setahun yg ada ni manfaatkan sepenuhnya tau...
Kalau ada pape masalah...jgn segan2 call kaklong, mak atau ayah..

 Dua-dua ni adik Kaklong...Chiah yang ke-7 dan Chik yang ke-6...skrg kedua-duanya study kat UPM Bintulu, Sarawak.

 Mak ayah...akhirnya adik kaklong dua orng yg ikut jejak mak ayah...terlibat dalam bidang Pertanian..

 Dengan Miqdam...satu2 nye sepupu Fyqah sebelah Perak...kawan bermain dan bergaduh..

 Nasihat seorang kakak...haha...garang juga muka kaklong ye...hari tu kan hr Khamis...kuar time kerje...kantoi!!!

 Kasih seorang ayah....

 Juaraian air mata seoang ibu...chiah pun nagis...hihi..

Bye chiah...belajar rjn2.. yg galas beg hitam tu achik..

Resepi:: Bergedil + Ikan Masak Pindang

Salam...
Kali ni...kaklong nk share resepi mudah... BERGEDIL SIMPLE dan IKAN MASAK PINDANG..
Menu ni kaklong sediakn slps muak makan lauk knduri yg bergulai dan lemak2 gitu..jadi...nk simple kat tekak...maka terfkrlah nk masak menu yg simple ni utk family..
 Bergedil yg kaklong sediakan ni...simple jer..tak guna byk bhn pun..

BERGEDIL SIMPLE

Bahan-Bahannya.
4 biji kentang (Digoreng dan lenyekkan)
5 biji bawang kecil (Hiris)
1 sudu teh ketumbar (Tumbuk kasar)
1 tangkai Daun Sup (Cincang)
1 btg Cili Merah (Cincang kecil)
Sedikit isi ayam (Cincang kecil)
Sedikit garam
Telur + sedikit tepung jagung (dipukul sedikit)

Cara-caranya:
Campur semua bahan kecuali telur. Kmdian, bentukkan bulat-bulat guna tangan je.
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Kemudian, celupkan bergedil yg dah dibentukkan ke dalam telur+tepung jagung, then goreng je...
Semasa menggoreng..pastikan minyak btl2 panas dan berhati-hati msa nk terbalikkan bergedil ni..takut terburai...
Pastikan juga bergedil btl2 dh msk (kers skt) sblm di terbalikkan.
Bila dah kekuningan, angkat dan hidangkan.


Nilah menu kaklong...ada bergedil sebagai sumber sayuran, pastu kuahnyer ikan masak pindang...then kita masinkan sikit dgn ayam goreng garing...makan je ngn nasi panas...

IKAN MASAK PINDANG

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan kembung
3 tangkai cili merah* (Tumbuk)
2 biji bawang kecil* (Tumbuk sekali ngn cili)
1 inci kunyit hidup* (tumbuk sekali ngn bhn bertanda *)
1 tangkai daun kesum
1 Asam Keping
Sedikit garam
2 cawan air.
1 sudu teh sos tiram (Optional)

Cara-caranya:
Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama 2 cawan air ke dalam periuk yg telah dipanaskan.
Bila dan sedikit mendidih, masukkan ikan, daun kesum dan asam keping.
Pastu ltk garam dan rasalah...boleh juga ltkkan 1 sudu sos tiram...


Ok...dah siap...jom makan...

Tuesday, June 4, 2013

Pentas Akhir Adik-Adikku Musim Ke-4...jom meriahkan..

Salam...


Jom sama2 meriahkan Pentas Akhir Adik-adikku Musim ke-4 mlm ni.. di Dewan B, PICC Putrajaya...
Bawalah anak2 untuk sama-sama saksikan program hiburan mendidik jiwa anak-anak...

"Adik- adikku..InsyaAllah Boleh!!"

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...