Monday, June 10, 2013

Resepi:: Bergedil + Ikan Masak Pindang

Salam...
Kali ni...kaklong nk share resepi mudah... BERGEDIL SIMPLE dan IKAN MASAK PINDANG..
Menu ni kaklong sediakn slps muak makan lauk knduri yg bergulai dan lemak2 gitu..jadi...nk simple kat tekak...maka terfkrlah nk masak menu yg simple ni utk family..
 Bergedil yg kaklong sediakan ni...simple jer..tak guna byk bhn pun..

BERGEDIL SIMPLE

Bahan-Bahannya.
4 biji kentang (Digoreng dan lenyekkan)
5 biji bawang kecil (Hiris)
1 sudu teh ketumbar (Tumbuk kasar)
1 tangkai Daun Sup (Cincang)
1 btg Cili Merah (Cincang kecil)
Sedikit isi ayam (Cincang kecil)
Sedikit garam
Telur + sedikit tepung jagung (dipukul sedikit)

Cara-caranya:
Campur semua bahan kecuali telur. Kmdian, bentukkan bulat-bulat guna tangan je.
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Kemudian, celupkan bergedil yg dah dibentukkan ke dalam telur+tepung jagung, then goreng je...
Semasa menggoreng..pastikan minyak btl2 panas dan berhati-hati msa nk terbalikkan bergedil ni..takut terburai...
Pastikan juga bergedil btl2 dh msk (kers skt) sblm di terbalikkan.
Bila dah kekuningan, angkat dan hidangkan.


Nilah menu kaklong...ada bergedil sebagai sumber sayuran, pastu kuahnyer ikan masak pindang...then kita masinkan sikit dgn ayam goreng garing...makan je ngn nasi panas...

IKAN MASAK PINDANG

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan kembung
3 tangkai cili merah* (Tumbuk)
2 biji bawang kecil* (Tumbuk sekali ngn cili)
1 inci kunyit hidup* (tumbuk sekali ngn bhn bertanda *)
1 tangkai daun kesum
1 Asam Keping
Sedikit garam
2 cawan air.
1 sudu teh sos tiram (Optional)

Cara-caranya:
Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama 2 cawan air ke dalam periuk yg telah dipanaskan.
Bila dan sedikit mendidih, masukkan ikan, daun kesum dan asam keping.
Pastu ltk garam dan rasalah...boleh juga ltkkan 1 sudu sos tiram...


Ok...dah siap...jom makan...

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...