Wednesday, March 23, 2011

Cute Couple Contest

Salam...

Wah...ada contest la...2nd time kaklong join spnjg terjebak ngn aktiviti blogging ni...
Maklumat ttg contest bolehlah klik sini ye..tarikh tutupnya 26 April 2011...


So...nilah gambar yang kaklong pertaruhkan ye...Kenangan indah menerima Ijazah Sarjana bersama anak tersayang...Tertidur si comel yang berusia 4 bulan ketika itu menanti ummi diluar dewan...

Saat Ummi berasa letih, penat dan segala macam suka duka ketika berusaha menyiapkan tesis bagi menyempurnakan pengajian, ummi dihiburkan dengan gerakan-gerakan kecilmu ketika di dalam kandungan...dan Alhamdulilah...saat bahagia dan gembira kerana berjaya mengengam ijazah dapat ummi kongsikan bersamamu..sampai tertidur anak ummi sayang ni...letih menunggu ummi di luar dewan....Terima Kasih Sayang...



Kaklong Tag pada

Lieya...(coz, u have many moment n cute pic with u couple...ur lil princess or ur hubby)


Monday, March 21, 2011

Permata Ummah Juarai Rancangan Adik-adikku Musim ke-2.

Salam..
Tahniah buat adik Munir, Fasiha dan Zaid serta semua finalis akhir program Realiti Adik-adikku anjuran JAKIM dan RTM..
Kagum melihat kepetahan dan keyakinan semua peserta menyampaikan pidato dan diselitkan dgn unsur-unsur kesenian Islam seperti bertaranum, azan, nasyid dan ada juga yg bersyair dan bermain alat muzik.
Tak mudah nak melatih anak-anak kecil tu semua...tahniah juga buat para Murabbi dan Rais yang terlibat...juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak...bangga menonton rancangan tu malam tadi...tak mustahil suatu hari nnt, kita boleh jadikan rancangan ni sebagai rancangan yang paling diminati di kalangan kanak-kanak dan juga org dewasa sbg ibu bapa...

Kaklong sebenarnya tertaik dgn intipati pidato yang disampaikan juara adik-adikku malam tadi...adik Munir dgn tajuknya Permata Ummah...kata beliau...2 langkah nak melahirkan permata ummah yang berkualiti, yang hebat...ialah :

  1. Berikan anak minum susu yang original, susu yang berkhasiat, iaitu susuibu.
  2. Berikan anak didikan agama yang sempurna sejak kecil lagi...

Penyampaian adik Munir menarik...tidak menjemukan...bukan sahaja adik Munir...sebenarnya semua peserta hebat...petah, bersemangat, menghiburkan dan mengkagumkan...

Moga akan ada Rancangan Adik-adikku Musim ke-3.

Sunday, March 20, 2011

Promosi Faza Collection


Sudi2 lah menyopingkan diri anda disini......just klik dan dapatkan kain pasang pilihan anda..
NOW...Jualan Penghabisan Stok....sgt murah untuk tambah koleksi baju kurung anda...

Susuibu masih pilihan....



Salam...

Perjalan penyusuan Syafiqah masih berjalan dan berterusan mcm biase....
Tpi...sedikit mengecewakan sebab sejak umurnya setahun...kaklong dah mula add on ngn Formula Milk...Fyqah dah mula kenal susu lain selain susuibu...kaklong bagi Syafiqah minum Susu Dumex Dugro 1-3 thn....alhamdulillah syafiqah minum dgn baik.

Satu perkara yg kaklong dapati sekarang...Syafiqah takkan dan taknak serta menolak 100% minum susu dari botol samaada BM or FM bila berada dirumah atau bersama-sama ngan kaklong dan suami..
Masalah ni bukan sahaja berlaku bila Syafiqah duk ngan ummi dan abah die (ngan Kaklong ngn suami ler)...malah kalau org lain selain mama die (Pengasuh Syafiqah yg take over tgs kaklong bila kaklong pegi kerje) mmg Syafiqah takkan minum susu dari botol...

Kaklong perasan ni, sbb baru2 ni, ada org lain yg tlg jagakan Syafiqah sbb mama die bercuti... Sayang sgt2 bila dua botol BM dipulangkan semula pada kaklong...sebotol lagi dah dipansakan...so mmg kn buang lah...sebotol lagi alami perkara yg sama sbb bila kat umah mmg die menolak minum dr botol...

Harapan kaklong Susuibu masih menjadi pilihannya walaupun die dh mula knl ngan susu formula Dumex Dugro....Sdkt kecewa bila memikirkan anak ummi dh jadi anak angkat susu formula...huwa....huk huk...

InsyaAllah kaklong sdg usahakan untuk tambah production susu supaya dpt tmbh stok BM dan kembali menambah bekalan SIP untuk dibekalkan kepada mama...

Thanks to kak Alin yg byk nasihatkan Izan...InsyaAllah izan cuba ye kak...

Nanti kaklong kongsikan apa yg kak Alin nasihatkan...next n3 ye....

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu..FREE BPA


Salam....

Kaklong sangat pasti ibu-ibu ramai yg mulai prihatin dengan penggunaan botol susu anak-anak... selepas dgr pengumuman pengharaman Botol Susu BPA pasti ramai yg mula membelek bawah botol susu anak2...nk tgk ok ke tak...

Sebenarnya tak susah...dan bkn bnda baru bagi ibu-ibu yg prihatin...dah lama dah isu penggunaan botol Susu BPA ni dibualkan dikalangan ibu-ibu...

Kalau kita pergi ke butik-butik Bayi atau kedai yg khusus menjual barangan bayi, pasti banyak botol Susu Free BPA dijual...

Selain daripada keluaran Brand yng mahal seperti Avent, MUM, Medela dan sebagainya, brand2 lain pun dah byk kuarkan Botol Susu BPA Free...yg terbaru...kaklong tenguk Pureen sendiri dah byk kuarkan botol2 susu yg sihat dan selamat untuk digunakan...so, google dan carilah maklumat sebanyak yg mgkn...

Apa tu BPA? BPA ialah Bisfenol A}Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Ni ada sdkt info dar kementeria Kesihatan Malaysia (KKM)...

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi . Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1.Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2.Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3.Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4.Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Pastikan botol susu anak kita BEBAS BPA....belek2 dan pastikan ianya FREE BPA...

Thursday, March 10, 2011

Pusat Sains Negara - Teroka dan Gembira



Salam....

Mcmmn cuaca hari ni...mendung dan suram je kan...tp diharapkan mood semuanya ceria2 belaka.....untuk kaklong sekeluarga...alhamdulillah...semuanya ok...cuma kblkgn ni...kaklong kerap sakit kepala...kadangkala stress ngn kerja...semalam adalah kemuncaknya...sampai production BM pun amatlah mendukacitakan....mujur ada stok EBM untuk bekalan Syafiqah hari ni...blk kerja...buat itu ini sikit...pas isya' trs tidur sampai pagi.....

Opsss...bukan itu yg kaklong nak citerkan....

Kali ni kaklong nak berkongsi satu tempat yg menarik dan elok untuk bawa anak2 berhujung minggu...blh relex2...sambil belajar meneroka...tak pyh bmbg hujan ke apa ke...dalam satu bangunan semua ada...surau, toilet, kafe (tp mknn yg disediakan kurang memuaskan...tak byk pilihan dan perlu tambahbaik lagi) dan baby room pun ada...

Tempatnya ialah PUSAT SAINS NEGARA
Terletak di Bukit Kiara, Damansara...
Nak masuk ada dikenakan fee ye...kalau sekarang ni bersempena ngn Pameran Dinos Alive byrnnya RM10 for adult...kalau takde pameran pape hanya RM6 for adult...

Kebetulan masa pegi baru2 ni ada pameran Dinosour....so, dapatlah tgk binatang zaman batu tu...kalau berkunjung ngn anak2 mmg best..suka tgk bebudak happy...
Tanpa byk bicara (udah ghupa bahasa sastera plak) biarlah gambar yang tak seberapa ni menceritakan segalanya ye...

Sebelum masuk ke gerbang...ada satu tempat dinamakan sebagai KOLAM SENTUH....ada ikan didalamnya...bolehlah letak tgn dan ikan2 akan dtg gigit2...ni yg kecil ni tgn Fyqah..


Yang dua ni tgn abah dan ummi Syafiqah...

Syafiqah masih terkejut...tgk ikan2 besar dalam aquarium gergasi di pintu gerbang nak masuk ke dalam...ikan byk dan besar2....

Mcm kat Aquaria KLCC..tp ni pun 1% je kot...Aquaria lbh besar dan panjnag dan lbh byk ikan...tp kat PSN skt je...sekadar dipintu gerbang menarik perhatian tetamu..

Besarkan ikannya....muncung mulut Syafiqah masa ni....


Inilah pintu gerbanganya.....ikan2 ni mengucapkan selamat datang pada semua orang...

Kaklong lepaskan Syafiqah bermain kat sini...hnya untuk kanak2 berumur 4 tahun kebawah sahaja...


Dua ekor Dinosour diletakkan kat kawasan lapang ni....seekor darinya berdekatan ngan tempat bebudak ni main....Fyqah takut bila kepala Dino bergerak dan mengaum kuat...


Ni pandangan dr atas...ambil dr aras dua...tempat pameran Dinos Alive diadakan...kat bwh tu semua tempat bermain untuk kanak2...bukan kat tempat lapang tu je...ada lagi disekitarnya...bukan juga untuk kanak2 je...org dewasa juga....seperti main piano gergasi..bila pijak kuar muzik...langkah kita tentukan muzik apa yg dimainkan...masuk cermin-cermin...kn hati2 kalau tak lnggar cermin...dan sebagainya lah....


Nilah sebahagian Dinosour yg ada dan byk lagi...lbh kurang 20 ekor kot....
ada dua tempat pameran...Dinosour makn daging dan lagi sati Dinosour mkn tumbuhan...so, blhlah anak2 knl dan belajar...

Syafiqah yg ketakutan...sepanjang dalam bilik pameran Dinos Alive langsung dia taknak berjalan...berdukung je....takut lah tu...mana taknya...muka Dino menyeramkan...pulak tu kuar bunyi menakutkan si kecil mcm Syafiqah....tapi masa kat bilik2 dan galeri lain...langsung tak nak didukung....jln dahlah terhoyong hayang...jatuh bangun tu lumrah dah die....
Dan....byk lagi pic...tgklah kat FB ye.....sampai sini dulu...hari ni hari Jumaat...esok hujung minggu...selamat berhujung minggu....
Bawalah anak2 berjalan...biarkan die menoraka dan belajar...supaya otaknya berkembang.....
Belajar berkawan...belajar bersosial dan belajar tentang alam sekeliling....


Tuesday, March 8, 2011

Menu baru Syafiqah

Salam....

Sejak berusia setahun ni...kaklong dah mula mempelbagaikan menu makan Syafiqah...
Dan sikecik ni pun mmg dh pandai memilih mkn...yg terbaru....mlm tadi masa nak suapkan nasi guna sudu...die taknak...ditoloknya ngn lidah...tapi bila kaklong suap ngn tgn...elok die makan...
Mcm2 lah...agaknya bila suap gn tgn ada rase tambahan kot...haha....
Selain nasi dan pelbagai lauk serta sayuran, kaklong ada sediakan juga beberapa jenis mee dan pasta....yang pntg pastikan mee dan pasta tersebut halalan toyyibah ye...
So....kaklong nak kongsi resepi lah...mudah dan berkhasiat...tnpa minyak untuk menumis...
Inilah rupanya makaroni bersalut telur...Syafiqah suka...dan ummi die pun suka...tanpa garam...tapi ada rase....Bahan-bahan dan Caranya....
Bahan:
Makaroni (Sikit je...bujet untuk sekali mkn, dalam setengah gemgam kot)
1/2 biji Telur Ayam (dipukul)
Karot (Dicincang dadu kecil)
Saderi (Dicincang dadu kecil)
Bawang Putih
1 sudu daging kisar (kaklong guna 2 inci daging dicincang halus)
Air untuk merebus
Cara menyediakan:
Rebus makaroni dengan air sampai lembut .
Agak2 air dah nk kering masukkan daging yang telah dicincang.
Selepas dua ke tiga minit masukkan pulak karot, saderi dan bawang putih...
Tunggu sehingga air betul2 karing dan makaroni serta bahan2 tadi empuk dan mudah dikunyah oleh anak kecil.
Akhir sekali masukkan telur dan kacau sampai telur kering (mcm kat gambar tu ye....)
Kemudian blh lah suap pada anak anda...
masa nak menyediakan pun taklama...dalam setengah jam dah siap...

Wednesday, March 2, 2011

Kecederaan Ligament ACL

Salam....

Setelah berualng alik dari Orthopedik Klinik HUKM sejak tahun 2007, akhirnya sekali lagi kaklong akan buat operation kali kedua untuk ACL Reconstruction pada 17 Jun 2011 ni..InsyaAllah...

Sebenarnya pada 29 Februari 2008 kaklong dah pun buat operation yg sama...tp lebih major...sebab ACL dan PCL Reconstruction.....kalau dulu...doktor yang bertanggungjawab memberi peratus yg tggi kaklong akan pulih dn dpt menjalani kehidupan seperti biasa...beraktiviti sukan mcm biasa...skrg2nya berjoging...tp dukacitanya sampai sekarang kaklong masih tak boleh buat semua tu...

So, slps buat MRI pada September 2010...keputusan diagnosis doktor kali ni....FAILED ACL dan PCL RECONSTRUCTION.....huhu....kos operation dulu RM 30,000...hbs mcm tu je...cuma bernasib baik sbb semua kos tu ditanggung....

Dan sekali lagi...insyaAllah pada 17 Jun nnt....kaklong akan alami perkara yg sama...sekali lagi masuk ke dewan pembedahan untuk diserahkan pada doktor....harap pembedahan kali ni akan berjaya...dan sekurang-kurangnya kaklong blh berjoging...hehe...kasi kurus sikit sama itu badan....

Okey...kali ni kaklong nak kongsi ngn pembaca semua APA ITU KECEDERAAN ACL...artikel ni Utusan Malaysia ye....oleh DR. Khaizatul Ezam bin Abu Bakar......




Secara ringkasnya ligamen ACL adalah ligamen yang terletak di tengah-tengah sendi lutut dan ianya berfungsi sebagai penstabil statik untuk mengelakkan translasi sendi dan rotasi (pusingan) yang berlebihan.

Kecederaan berlaku kerana sewaktu ‘mendarat’ selepas melompat, kaki melekat di atas tanah dan lutut berpusing atau ‘rotate’ secara berlebihan menyebabkan ACL anda terkoyak. (Kes kaklong plak...kecederaan ni kaklong dapat setelah jatuh dari motor)

Koyakan ACL menghasilkan bunyi letupan ‘pop’. Lutut akan bengkak pada kebanyakan kes dan selalunya pesakit tidak dapat meneruskan aktiviti yang dijalankannya. Lazimnya imbasan sinar-X akan dilakukan untuk menentukan tiada kecederaan pada tulang.

Untuk kecederaan ACL pula, selalunya imbasan sinar-X lutut kelihatan normal dan kesan koyakan ACL adalah lebih jelas dilihat melalui pemeriksaan khusus seperti imbasan MRI (magnetic resonance imaging). Selain MRI, perlu juga dipastikan tiada kecederaan lain seperti kecederaan kepada meniskus berlaku di dalam sendi lutut.

Ligamen ini (ACL) tiada potensi untuk pulih sendiri tanpa pembedahan di atas sebab-sebab tertentu, iaitu kedudukannya di dalam lutut yang mempunyai cecair synovial, jarak koyakan dan bentuk ligamen selepas terkoyak menyukarkannya untuk sembuh secara semula jadi.

Kesan koyakan ligamen ACL yang menyebabkan sendi lutut menjadi tidak stabil khususnya dalam pergerakan yang melibatkan rotasi atau ‘twisting’.
Dalam sukan bola sepak, pergerakan ‘cutting’ juga tidak boleh dilakukan bagi seseorang yang mengalami kecederaan ligamen ACL.
Dalam jangka masa panjang, sendi lutut yang tidak stabil bakal merosakkan struktur rawan dan akan menjalani degenerasi (kemerosotan) lebih pantas lagi berbanding lutut yang normal.


Oleh itu, keadaan sendi lutut yang tidak stabil akan kekal sehinggalah pembedahan dilakukan ke atas ligamen ACL iaitu pembedahan rekonstruksi ACL secara Artroskopi (minimal invasive) menggunakan tendon di sekitar lutut seperti hamstrings atau bone-patella-bone tendon, tanpa mengganggu mekanik sendi lutut sekiranya digunakan. (Pembedahan nilah yg akan kaklong lalui buat kali kedua....)


InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...