Sunday, November 28, 2010

Stroller : Let Go...

Salam....

Ada sedikit Iklan ye....kaklong nak Let Go stroller Syafiqah....
  • Brand Imo Otomo.
  • Masih dalam keadaan baik.
  • Handle boleh adjust depan dan belakang.
  • Tempat baring yang selesa...blh adjust baring smpai duduk.
  • Sesuai untuk newborn baby sehingga kanak-kanak 4-5 tahun
  • Almost new...hanya digunakan selama lbh krg 7 bulan.
  • Nak let go sbb pemiliknya dh dpt stroller baru...
  • Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi dan Putrajaya boleh dipertimbangkan.
  • Free postage.
Buka penutup...
Handle depan...penutup yang selesa untuk baby yang sdg tidur...

Retail Price : RM209.00...
Now Price : RM110 (Boleh nego lagi...)

SOLD OUT

Kalau berminat e-mail kaklong ye...alongfarizan@yahoo.com or call 017-3688682..


Ok....selamat Hari isnin...

Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha

Salam...

Esok 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431
Semua umat Islam akan menyambut Aidiladha...Hari Raya Korban.
So, dikesempatan ni, kaklong sekeluarga mengucapkan
Salam Aidiladha buat semua...
Selamilah ertinya pengorbanan dalam kehidupan kita sehari-harian...

Pada yang pulang ke kampung menyambut Aildiladha bersama keluarga, selamat pulang ke kampung dan semoga selamat sepanjang perjalanan.
InsyaAllah kaklong, suami dan anak akan pulang ke kampung di Manjung, Perak pada ptg ni, 16 November dan seterusnya ke kampung suami di Bachok Kelantan pada 18 November dan kembali semula ke Bangi pada 21 November...
Doakan perjalanan kami...

Susuibu dan Pertumbuhan Bayi...




Salam...

Apabila bersiar-siar dan berjalan bersama Syafiqah..
Tak kira lah ke shopping complex, rumah kawan2 atau saudara-mara, malah ke pejabat sekalipun, pasti ada yang menegur susuk tubuh Syafiqah yang montel, gebush dan sihat...(Alhamdulillah....)

Foto Syafiqah yang dicapture oleh wedding photografer Cik Penna dan Chintanya yang dah jadi husband and wife.

Kaklong sebagai ummi Syafiqah akui mmg gembira, namun adakalanya bimbang gak jika kemontelannya akan memudaratkan anak sulung kaklong di masa hadapan.
So, bila berkelapangan kaklong pun search maklumat berkenaan pertumbuhan bayi yang menyusu susuibu sepenuhnya...
Dan hasilnya...artikel dari kak Engku untuk dikongsi bersama...:


Corak Pertumbuhan Bayi yang Menyusu Badan ialah:

  • Kebanyakan berat badan bayi akan terus meningkat jika diberi penyusuan ibu sejak dilahirkan.
  • berat badan mungkin turun sehingga 10% pada 3 hingga 4 hari pertama jika penyusuan tidak diberi dengan kerap.
  • Dengan penyusuan yang kerap, timbangan akan naik semula dalam jangkamasa 2 hingga 3 minggu.
  • Berat badan selalunya naik 18 hingga 30 gram setiap hari untuk 6 bulan pertama.
  • 2 kali ganda akan naik semasa berumur 5 hingga 6 bulan.
  • 3 kali ganda semasa berumur setahun.

Tanda-tanda Bayi Mendapat Susuibu Dengan Cukup:

  • Bayi menyusu susuibu sekurang-kurangnya 8x dalam masa 24 jam.
  • Semasa menghisap, irama hisapan akan bertukar menjadi perlahan bila semakin kenyang.
  • Bayi bertindak balas terhadap persekitaran dan mempunyai tonasi otot serta kulit yang baik dan sihat.
  • Bayi kelihatan puas dan ceria antara waktu penyusuan.
  • Bayi membuang air kencing 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah.
  • Bayi membuang air besar 3 hingga 8 kali sehari dan ini akan semakin berkurangan apabila bayi semakin membesar (normal bagi bayi menyusu susuibu membuang air besar sehingga 1 kali dalam 5-6 hari apabila semakin membesar).
  • Berat bayi meningkat secara konsisten dan puratanya adalah 18 - 30 gram sehari.
  • Breast ibu merasa penuh sebelum penyusuan dan menjadi lembut serta terasa ringan selepas penyusuan.

Ada lagi yang kaklong nak share dgn rakan2, tetapi akan menyusul nanti ye...So, jomlah semua ibu2 berikan anak kita khasiat susuibu...



Thursday, November 11, 2010

Vtech Little Smart Talking First Step Walker


Salam.....
Kepingin untuk belikan satu untuk Syafiqah....
Boleh tak bang...?
Cian anak kite, asyik panjat n tolak meja jer...

Sunday, November 7, 2010

Syukur Alhamdulillah...


Salam...

Alhamdulillah syukur sangat atas nikmat dan kejayaan yang diperolehi...

Melangkah saja masuk office kaklong menerima berita gembira....
Keputusan PPK (dulunya PTK) dah pun keluar...
Dan alhamdulillah keputusannya menggembirakan....


Thursday, November 4, 2010

Puri Sayur...memudahkan...

Salam..

Kali ni...kaklong nak berkongsi tentang penyediaan puri yang dapat memudahkan ibu-ibu bekerjaya menyediakan solid food untuk baby mereka sebelum ke tempat kerja...
Kebaikan puri ni ialah, boleh disejukbekukan untuk disimpan lama (sebaiknya tidak melebihi 5 ke 6 hari la...), mudah digunakan (hanya campurkan ke dalam bubur nasi kosong atau boleh juga terus dimakan, tp knlah panaskan dulu), berkhasiat dan mudah disediakan..


Puri sayuran yang telah siap diblend boleh disimpan dan sedia untuk disejukbekukan.

Lobak Merah yang enak..manis rasenya...

Brokoli...pun sedap....

Pelbagai sayuran yang sesuai boleh digunakan sebagai asas menyediakan puri, caranya mudah..


Cara Menyediakan Puri Sayur
  1. Kupas kulit nipis lobak merah dan basuh bersih.
  2. Potong dadu.
  3. Rebus lobak bersama air bersih.
  4. Setelah empuk, hancurkan lobak tersebut dengan blender atau lecek halus.
  5. Setelah sejuk, agihkan ke dalam bekas yang kecil mengikut sukatan bayi makan sehari.
  6. Simpan untuk disejukbekukan.
Pelbagaikan sayuran, selain lobak merah, gilirkan sayuran lain seperti Bayam, Brokoli, Labu, Sawi, Kobis Bunga, Sawi dan kangkung.
Ayam, daging atau ikan pun boleh disediakan dengan cara yang sama, tp sedikit berbeza, caranya...


Menyediakan Puri Ayam / Daging / Isi Ikan
  1. Tumis sedikit bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun.
  2. Masukkan air dan isi ayam atau daging atau ikan.
  3. Setelah masak, tapis airnya.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihancurkan.

Salai Isi Ikan Tenggiri / Kembung
  1. Cuci bersih isi ikan tenggiri / kembung.
  2. Perapkan sekejap dengan garam dan asam keping (untuk hilangkan bau hanyir ikan)
  3. Basuh ikan sehingga bersih.
  4. Salai diatas api perlahan.
  5. Setelah masak, sejukkan sebelum dihancurkan.
  6. Masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk (tak perlu dibekukan, memadai disejukkan, tak bolehlah smpan lama sangat)
  • Gantikan lobak merah dengan sayuran lain berdasarkan perancangan ibu-ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Puri boleh disediakan pada hari minggu.
  • Jadi, di awal pagi sebelum keluar bekerja, ibu boleh menyediakan bubur nasi dengan mudah, tanpa perlu bersusah payah memotong sayur dan sebagainya, hanya masukkan puri ke dalam bubur nasi yang boleh dimasak sebelum tidur. Bangun pagi hanya panaskan nasi dan masukkan puri...mudahkan?
  • Tekstur makanan yang halus sesuai untuk bayi berusia 6-8 bulan sahaja, so, bila bayi semakin besar dan perlu tekstur makanan yang lebih kasar, sediakan puri yang kasar (Tak payah blend terlalu halus)
  • Apapun, setiap ibu mempunyai cara tersendiri untuk memberikan anak mereka makanan. Yang penting berkhasiat dan dapat membantunya membesar dengan sihat, cergas dan cerdas. Ikutlah keselesaan sendiri. kaklong pun kalau rasa minggu tersebut terlalu sibuk, barulah sediakan puri, tetapi selalunya pagi2 lah baru sibuk keluarkan segalanya nak buat bubur nasi Syafiqah.
...:::Sharing is caring:::...

All the pic from Mr. Google...kredic for him...;)

Tuesday, November 2, 2010

Nyumm..nyum....makan bubur...

Salam....

Kali ni, kaklong nak berkongsi tentang solid food yang kaklong sediakan untuk Syafiqah sejak berumur 6 bulan dan sehingga sekarang dah 8 bulan 1 minggu... Setiap hari, kaklong bekalkan 2 bekas bubur nasi disamping 3 botol x 4oz breastmilk untuk bekalan Syafiqah.



Alhamdulillah...Syafiqah makan dengan seleranya dan perutnya taklah meragam bila menerima makanan kali pertama....tapi bila terkurang air dan bubur jadi agak pekat...pernah juiga Syafiqah sembelit...sampai menangis dia nak poopoo...itulah pertama kali kaklong tgk...masa tu usianya baru 6bulan...nasib baik, time tu kat kampung...mak kaklong ada untuk bantu....
Dan selepas tu, alhamdulillah kejadian yang sama tak berulang lagi...


Apa yg kaklong belajar selepas tu :
  1. Bubur nasi baby tak boleh terlalu pekat.
  2. Baby juga perlu minum air masak (Air tapis dan masak ye...)
  3. Berikan buah2an yang dilenyek pada baby, seperti pisang dan betik sekurany2nya seminggu sekali atau dua kali...

Ok...Menu bubur nasi yang kaklong sediakan setiap pagi sebelum pergi kerja...Bubur Nasi

Bahannya:

  • 4 sudu besar beras.
  • 3 sudu besar sayuran yang telah dipotong kecil (Antara sayuran yang kaklong gunakan secara bergilir ialah Brokoli, Bayam, Lobak Merah, Kentang, Sawi, Kobis Bunga, Sawi, Labu dan Kangkung)
  • 2 sudu besar lauk (Antaranya isi ikan kembung, ikan Tenggiri, Ikan Merah, Ayam dan Daging Segar)

Cara menyediakan:
  • Cuci beras dengan bersih dan masakkan bersama air yang banyak.
  • Setelah beras agak mendidih dan sedikit kembang, masukkan lauk yang telah sediakan.
  • Pastu, bila dah agak nak masak, masukkan sayuran..ikutlah sayur apa nak bagi anak makan hari tu...
  • Akhirnya sekali blend nasi tersebut....gunakan blender yang khas untuk bubur nasi anak ye...jgn campur plak ngn blender yang kita duk guna tuk masak. Kalau rjn lagi...lenyek je bubr tu...tp kaklong nak cepat...
Sebenarnya ada bayak cara untuk menyediakan bubur nasi untuk anak...semua mudah...antara cara yang boleh digunakan selain masak seperti di atas:


Pertama:

  1. Masak nasi seperti biasa.
  2. Ambil nasi ikut kadar yang bayi makan.
  3. Kisarkan nasi dengan beberapa sudu susu atau air dengan menggunakan alat pengisar.
  4. Boleh juga dikisarkan juga bersama puri sayur.

Kedua:

  1. Basuh beras yang mungkin boleh disimpan untuk stok 5 atau 7 hari.
  2. Goreng beras tanpa minyak.
  3. Setelah beras sejuk, kisarkan menjadi serbuk.
  4. Simpan dalam bekas kedap udara.
  5. Apabila nak masak, ambil ikut kuantiti bayi makan.
  6. Campurkan dengan air dan kacau serta masaka atas api perlahan shingga mendidih.

Ketiga:

  1. Masak dengan Slow Cooker.....

ok...next n3, InsyaAllah kaklong akan kongsikan plak, mmcmn kaklong sediakan lauk untuk Syafiqah...ada yang dibakar, panggang, stim dan rebus ...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...