Tuesday, November 2, 2010

Nyumm..nyum....makan bubur...

Salam....

Kali ni, kaklong nak berkongsi tentang solid food yang kaklong sediakan untuk Syafiqah sejak berumur 6 bulan dan sehingga sekarang dah 8 bulan 1 minggu... Setiap hari, kaklong bekalkan 2 bekas bubur nasi disamping 3 botol x 4oz breastmilk untuk bekalan Syafiqah.



Alhamdulillah...Syafiqah makan dengan seleranya dan perutnya taklah meragam bila menerima makanan kali pertama....tapi bila terkurang air dan bubur jadi agak pekat...pernah juiga Syafiqah sembelit...sampai menangis dia nak poopoo...itulah pertama kali kaklong tgk...masa tu usianya baru 6bulan...nasib baik, time tu kat kampung...mak kaklong ada untuk bantu....
Dan selepas tu, alhamdulillah kejadian yang sama tak berulang lagi...


Apa yg kaklong belajar selepas tu :
  1. Bubur nasi baby tak boleh terlalu pekat.
  2. Baby juga perlu minum air masak (Air tapis dan masak ye...)
  3. Berikan buah2an yang dilenyek pada baby, seperti pisang dan betik sekurany2nya seminggu sekali atau dua kali...

Ok...Menu bubur nasi yang kaklong sediakan setiap pagi sebelum pergi kerja...Bubur Nasi

Bahannya:

  • 4 sudu besar beras.
  • 3 sudu besar sayuran yang telah dipotong kecil (Antara sayuran yang kaklong gunakan secara bergilir ialah Brokoli, Bayam, Lobak Merah, Kentang, Sawi, Kobis Bunga, Sawi, Labu dan Kangkung)
  • 2 sudu besar lauk (Antaranya isi ikan kembung, ikan Tenggiri, Ikan Merah, Ayam dan Daging Segar)

Cara menyediakan:
  • Cuci beras dengan bersih dan masakkan bersama air yang banyak.
  • Setelah beras agak mendidih dan sedikit kembang, masukkan lauk yang telah sediakan.
  • Pastu, bila dah agak nak masak, masukkan sayuran..ikutlah sayur apa nak bagi anak makan hari tu...
  • Akhirnya sekali blend nasi tersebut....gunakan blender yang khas untuk bubur nasi anak ye...jgn campur plak ngn blender yang kita duk guna tuk masak. Kalau rjn lagi...lenyek je bubr tu...tp kaklong nak cepat...
Sebenarnya ada bayak cara untuk menyediakan bubur nasi untuk anak...semua mudah...antara cara yang boleh digunakan selain masak seperti di atas:


Pertama:

  1. Masak nasi seperti biasa.
  2. Ambil nasi ikut kadar yang bayi makan.
  3. Kisarkan nasi dengan beberapa sudu susu atau air dengan menggunakan alat pengisar.
  4. Boleh juga dikisarkan juga bersama puri sayur.

Kedua:

  1. Basuh beras yang mungkin boleh disimpan untuk stok 5 atau 7 hari.
  2. Goreng beras tanpa minyak.
  3. Setelah beras sejuk, kisarkan menjadi serbuk.
  4. Simpan dalam bekas kedap udara.
  5. Apabila nak masak, ambil ikut kuantiti bayi makan.
  6. Campurkan dengan air dan kacau serta masaka atas api perlahan shingga mendidih.

Ketiga:

  1. Masak dengan Slow Cooker.....

ok...next n3, InsyaAllah kaklong akan kongsikan plak, mmcmn kaklong sediakan lauk untuk Syafiqah...ada yang dibakar, panggang, stim dan rebus ...

2 comments:

UmmiAsha said...

salam k'izan

jeles tul nge syafikah
dpt makan itu ini....
pepun...slmat menyediakan pelbagai resepi 4 baby
my dotter dh x ksh mkn ape pun,jnji kenyang...

Kaklong @ Izan said...

Waalikumsalam...
Sementara kecil ni jer...
Dah besor sok...iktlah nak mkn papepun, jnji halalan toyyiba...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...