Monday, November 15, 2010

Susuibu dan Pertumbuhan Bayi...




Salam...

Apabila bersiar-siar dan berjalan bersama Syafiqah..
Tak kira lah ke shopping complex, rumah kawan2 atau saudara-mara, malah ke pejabat sekalipun, pasti ada yang menegur susuk tubuh Syafiqah yang montel, gebush dan sihat...(Alhamdulillah....)

Foto Syafiqah yang dicapture oleh wedding photografer Cik Penna dan Chintanya yang dah jadi husband and wife.

Kaklong sebagai ummi Syafiqah akui mmg gembira, namun adakalanya bimbang gak jika kemontelannya akan memudaratkan anak sulung kaklong di masa hadapan.
So, bila berkelapangan kaklong pun search maklumat berkenaan pertumbuhan bayi yang menyusu susuibu sepenuhnya...
Dan hasilnya...artikel dari kak Engku untuk dikongsi bersama...:


Corak Pertumbuhan Bayi yang Menyusu Badan ialah:

  • Kebanyakan berat badan bayi akan terus meningkat jika diberi penyusuan ibu sejak dilahirkan.
  • berat badan mungkin turun sehingga 10% pada 3 hingga 4 hari pertama jika penyusuan tidak diberi dengan kerap.
  • Dengan penyusuan yang kerap, timbangan akan naik semula dalam jangkamasa 2 hingga 3 minggu.
  • Berat badan selalunya naik 18 hingga 30 gram setiap hari untuk 6 bulan pertama.
  • 2 kali ganda akan naik semasa berumur 5 hingga 6 bulan.
  • 3 kali ganda semasa berumur setahun.

Tanda-tanda Bayi Mendapat Susuibu Dengan Cukup:

  • Bayi menyusu susuibu sekurang-kurangnya 8x dalam masa 24 jam.
  • Semasa menghisap, irama hisapan akan bertukar menjadi perlahan bila semakin kenyang.
  • Bayi bertindak balas terhadap persekitaran dan mempunyai tonasi otot serta kulit yang baik dan sihat.
  • Bayi kelihatan puas dan ceria antara waktu penyusuan.
  • Bayi membuang air kencing 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah.
  • Bayi membuang air besar 3 hingga 8 kali sehari dan ini akan semakin berkurangan apabila bayi semakin membesar (normal bagi bayi menyusu susuibu membuang air besar sehingga 1 kali dalam 5-6 hari apabila semakin membesar).
  • Berat bayi meningkat secara konsisten dan puratanya adalah 18 - 30 gram sehari.
  • Breast ibu merasa penuh sebelum penyusuan dan menjadi lembut serta terasa ringan selepas penyusuan.

Ada lagi yang kaklong nak share dgn rakan2, tetapi akan menyusul nanti ye...So, jomlah semua ibu2 berikan anak kita khasiat susuibu...



No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...