Monday, July 26, 2010

Apakah Foremilk dan Hindmilk?


Salam..

Bagi setiap ibu-ibu yang selalu mengepam susu, pasti akan perasan bila kita pam susu...susu yang mula2 kuar agak cair dan warnanya juga lebih jernih berbanding susu yang keluar pada penghujung sesi pumping...

Sebabnya...setiap susuibu mengandungi Foremilk dan Hindmilk.....
Bayi perlukan kedua2nya supaya menerima khasiat susuibu yang seimbang untuk tumbesarannya...

Kaklong pun dah pernah post ttg foremilk dan hindmilk ni kat n3 ni...
Nk lebih byk maklumat blhlah jenguk blog ni...
minta izin ye tuan punya blog...

Susu yang baru dipam tengahri tadi...botol yang penuh agak cair berbanding botol kedua yang mengandungi susu yang sedikit tetapi pekat.. (Kaklong guna single pump je...)


Tadi, kaklong pam susu spt biase...kelihatan susu yg awal2 keluar cair...
Bila dah hujung2...
barulah agak pekat dan warnya mmg nmpk berkrim...
Tapi, yg awal2 pam hnya terdapat dalam botol pertama...
botol kedua mengandungi susu yang pekat...

Agaknya kalau kaklong bagi syafiqah minum susu yg pekat tanpa mencampurkannya terlebih dahulu..msti mkn berlemak n gebushhh lah die...

Jadi...sbg perkongsian..pastikan baby yang BF dr botol...
dapat khasiat foremilk dan hindmilk....
Campurkan dulu susu yang telah dipam dalam satu masa tapi dalam dua botol yang berbeza sblm dituang dalam bag storage atau apa2 storage susu sblm diberikan kpd baby...
Ok...selamat menyusukan anak anda...
Kalau Baby dh taknak BF direct...bersabarlah..cubalah pujuk n jgn pts asa utk mengepam supaya production susu kekal ada....(Wat honeysour...kaklong terharu n sdh bila bc n3 u...)

Wednesday, July 21, 2010

Cloth Diapers n Gift

Salam...
Barang untuk Syafiqah dh smpai.....

Terima kasih ummi....(owh...rindunyer die....)

Huhu...sng sgt membeli secara online ni...harga berpatutan n mudah je...

Dah terima brg kaklong akadlah 'saya dah terima barang' dgn penjualnya...;)

OK..kerja byk ni...n3 rgks je ye...

Barang yg dh sampai ialah.....

^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


^


Baby Einstein Discover & Play...Colour Blocks...

Brg ni dah lama kaklong berkenan utk bg Syafiqah main...alhamdulillah jumpa kat sini n trs order pas fkr n buat bbrp perkiraan...;))

Bukan bunga ye...tapi CD yg kaklong beli dr miela77shoppe...

sekarang...Syafiqah dh ada 7CDs....alhamdulillah kaklong puas hati n mmg menjimatkan...

Sunday, July 18, 2010

Penjagaan Cloth Diapers

Salam...

Hari ni kaklong nk berkongsi ttg penjagaan CD...
Syafiqah mmg pakai CD bila di rumah....

Pada mulanya kerap gak bocor...kebelakangan ni alhamdulillah dh ok...

So, kaklong cuba cr penyelesaiannya...

Dan ahirnya terjumpa artikel ni dari
sini...
Kaklong C n P ye...
mohon kebenaran dr
http://ummi2shoppe.lot.my ....
Blog yang byk info n jual CD dn ada juga barang2 lain..



Pic : Kredit for Mr. Google...


***************************.

Cara² Penjagaan Cloth Diapers

Sebaik sahaja menerima CD :

1. Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ianya adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Harus di ingat semakin banyak anda basuh, semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika anda baru gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran...mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan guna CD anda, Insya Allah bila dah byk kali basuh, prestasi CD anda akan bertambah baik.


2. Selepas pemakaian CD, bilas CD dgn air yang byk. PooPoo blh di flush dalam toilet bowl...pancut dgn air yang deras...biasanya kesan kekuningan akan kelihatan atas CD...jgn risau...basuh macam biasa samada menggunakan tangan atau mesin basuh. Boleh juga rendam dulu CD yg kena PooPoo terlebih dahulu, kemudian basuh bersama² CD yang lain. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur dibawah sinaran matahari.


3. Basuh CD anda hanya menggunakan kuantiti sabun yang sedikit (1/4 daripada sukatan biasa). Lebih elok guna sabun jenis yang kurang buih, tidak mengandungi enzyme (pewangi atau pemutih). Kalau anda tidak tahu mana satu...guna je sabun Pureen Had.


4. Jika anda menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan washing net/laundry net. Net ni blh didapati di kebanyakan pasaraya seperti The Store...ada pelbagai saiz...pilih ikut kesesuaian.


5. Jangan sesekali guna peluntur atau softener kerana ia boleh merosakkan CD dan mengurangkan daya serapan.


6. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.


7. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, anda boleh la perahkan limau nipis pada insert yg basah dn tinggalkan sekejap sblm dibasuh. Ataupun anda blh juga campurkan sket soda bicarbonate semasa sesi basuhan kemudian blhla dibilas dgn air yg telah dicampurkan dgn sedikit cuka. AMARAN jgn sesekali buat camni kt CD kerana ia blh merosakkan CD bhgn luar yg berwarna-warni (PUL)...CD anda kemungkinan akan bocor.


8. Sebulan atau seminggu sekali atau bila CD dh hilang daya serapan, lakukan 'stripping' untuk untuk membersihkan CD dari kekotoran halus dan mendapan sabun yg terkumpul kt bhgn luar dn dlm 'microfleece' dgn sabun pencuci pinggan, contohnya "Sunlight', kemudian blh la dibilas dgn sebersih2nya supaya 'microfleece' dpt berfungsi dgn baik semula.


***************************

Friday, July 16, 2010

BabyIbu Giveaway: BabyRuffkins

Salam...

Pertama kali kaklong sertai Giveaway ni....kbtln kaklong mmg nak cari sgt Soft Blocks utk Syafiqah....n sekarang dah jumpa n trs rs nk order dari sini...haha...
Toys yg kaklong nak hadiahkan pada Syafiqah adalah....

*********************************************

Baby Einstein™ Discover & Play™ Color Blocks

Baby Einstein™ Discover & Play™ Color Blocks

Product Information

Introduce baby to colors with 4 soft, textured Blocks perfectly sized for tiny hands to hold. Each Discover & Play™ Color Block features a Baby Einstein™ character including the Duck, Frog, Robin and Octopus, real-life photography, objects from baby's world and a stimulating, developmental feature. Developmental features include pulling Frog's leg for vibration, baby-safe Mirror, and jingle and rattle sounds.

Features:
  • NEW! 4 Soft plush Color Blocks in Red, Blue, Green and Yellow
  • Pull Frog's leg for vibration
  • Baby-safe Mirror
  • Fun sounds
  • Multiple textures for tactile stimulation
  • Real-life imagery
  • Color names printed in multiple languages
  • complete in packing box

Price: RM32.00

Product Code: BAB54 In Stock: 4

Kaklong C n P dari Babyruffkins ye...

*********************

Dgn Baby Einstein™ Discover & Play™ Color Blocks ni...
Syafiq
ah bukan sahaja blh main...mlh die blh belajar n rangsang derianya...

Selain permainan ni, byk lagi permainan lain yang kaklong tgk dalam Babyruffkins yang menarik...so...u all blh lah try jenguk2 Babyruffkins for more information...
Thanks pada Babyibu krn Giveaway yg dijalankan ni...
Blog Babyibu menarik utk dikunjungi...ada info...iklan...dan tag utk setiap n3 dlm Babyibu msti ada @ pada tajuk..hehe...dan selamat maju jaya dlm menyudahkan pengajian di peringkat PhD...


Ok.....Syafiqah say thanks to aunty Liyana....

Wednesday, July 14, 2010

Remaja Bijak, Remaja Cemerlang

Salam...


Pic from Mr. Google...

Sedikit perkongsian untuk semua...

REMAJA BIJAK : HARAPAN SEMUA
Ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap remaja Islam :

1) Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah dan berpegang kepada ajaran Rasulullah.

2) Menghormati ibu bapa, keluarga, guru-guru dan rakan taulan.


3) Memupuk nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia dalam diri.


4) Menetapkan matlamat yang terarah dalam hidup.


5) Belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cemerlang.


6) Tidak terjebak dengan perkara maksiat dan yang tidak berfaedah.


7) Mengamalkan gaya hidup sihat.


8) Memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat.


p/s : Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara....ok...sedikit tazkirah buat adik-adik dan sepupu-sepupuku yang sedang PANAS di usia REMAJA....

Syafiqah dan Abah...

Salam...

N3 kali ni hanya nak tayang gambar Syafiqah dgn abahnya...
lagi 30minit nak balik dah...rinduuuu kat anak ummi...


Syafiqah: Abah...air apa tu...nak minum gak blh tak...?

Abah : Tak boleh lah sayang....syafiqah kn minum susu ummi je...

Ok...kaklong nak bersiap pi ambik Syafiqah...nak sembang2 ngn die...syium2 pipi die yg gebush....n main sama2...
Kualitikan masa ngn anak...





Sunday, July 11, 2010

Family Day ILIM 2010

Salam

Pada 10-11 Julai 2010, kaklong, suami dan anak menyertai Hari Keluarga anjurantempat kerja Kaklong...'
Hari Keluarga tersebut diadakan di KM Chalet, Linggi Melaka..
Chaletnya biase2 je...tp tempat dan kedudukannya yg menarik...
Terletak dalam kawasan kampung dan berdekatan dengan laut...
Sepanjang 2 hari 1 mlm tu...aktivitinya sgt padat...
Kami sampai kat Linggi dapa hari Sabtu jam 2ptg...
Lps Check In Chalet, km mkn, rehat, solat patu turun utk aktiviti pertama pada jam 3ptg....

Pada sebelah mlmnya...
Ada BBQ, penyampaian hadiah dan majlis perasmian oleh pengarah...

Keesokan harinya, pada hari Ahad...
Jam 8.00pg...kami dah turun ke laut beraktiviti lagi...
Join gaklah mcm permainan....
Suami kaklong join acara Musical Chair, Terompah Gergasi, Tarik Tali dan Bola Sepak Pantai...
Kaklong main ngn Syafiqah je....
Sebelum balik ada acara penyampaian hadiah lagi...n ada acara cabutan bertuah....
Hadiah mmg banyak...
Untuk kami sekeluarga dapat Comforter, Cadar, Dapur Gas (Hehe...nth bila nak guna), hamper makanan.....

Ok..layanlah gambar yg tak seberapa ni....nk lbh byk lagi...tgk sini ye..

Rase nak join min mcm2...tp ummi ngn abah tak bagi lagi...

Acara Rebut kerusi...

Ummi...gayatlah....

Abg...tarik kuat2...

Acara pertandingan membina Istana pasir...

Sukenya anak ummi dpt pijak pasir...


Pinjam Istana Pasir yang dibina Keluarga KakAisyah..dapat Naib Johan...

Kaklong dan KakSiqin serta anaknya Baihaqi......

Monday, July 5, 2010

Hikayat Tiga Rasa

Salam....

Lame benor dah blog ni tak berupdate...
Biaselah....Kaklong ni blogger thp biase2 je...
Sj suka2 create citer n upload foto2 kngn....
So, today...i have 3 story about my activities...n also about my baby...

********************************

Pengasuh Baru Syafiqah...
Mulai 30 Jun 2010...Syafiqah dijaga oleh ibu muda yang menggelarkan dirinya mama pada anak kaklong... 1st time hantar Syafiqah sendirian...tanpa suami...coz abg kn pg kerja dulu...alhamdulillah Syafiqah ok...baik je die duk dlm car seat... Plg best...ms drive sepanjang jln nk ke umah Kak Ana...Syafiqah suka perhati je kaklong drive...bila kita agah2, sembang2 n nyanyi2 ngn die...blh plak die ketawa or plg kurang senyum2.. So sweet...i like this moment..(aduh..ummi rindu sm kamu Syafiqah...) Jarak umah kak Ana ngn tmpt kerja n umah Kaklong cuma 2km.. Alhamdulillah kaklong takde pape kesukaran utk laksanakn rutin harian...pagi2 hntr Syafiqah ke rmh BS...Thanks juga pd abg yg byk membantu di waktu pagi...

Syafiqah di hari pertama nk ke rumah BS...budak bam-bam yg blm mandi...

***********************************
Bengkel Training of Trainers for Diploma Pengurusan Islam
Kualiti seorang pegawai amat penting untuk dititikberatkan sbg persediaan menghadapi cabaran nature kerja dan masayarakat pada masa sekarang..(mcm berceramah la plak...) Atas alasan itu...sebg persediaan...bermula pengambilan pegawai HEI yg akan dtg... Diorang kn ikuti program Diploma Pengurusan Islam selama 6 bulan di ILIM sebelum dihantar untuk berkhidmat... Dan kami sebagai staff ILIM perlu bersedia untuk menjadi penceramah or Fasilitator bagi menjayakan perlaksaan program tersebut... So, antaranya menyertai beberapa siri bengkel T.O.T.... Alhamdulillah kaklong seronok menyertainya...bukn shj nak ngajar kiter malah blh jdkan bengkel ni sbg st cr utk membina keyakinan diri.. bengkel ni berlangsung dari 29 Jun sehingga 2 Julai 2010.

Kaklong ngn kwn2....baru pas wat aktiviti Cerun Maut..

**********************************
Semi-Family Day PPUI, ILIM
Sebenarnya, hari keluarga ni bukanlah Hari Keluarga yang besar... Hanya melibatkan staff di Pusat Pengurusan dan Undang2 Islam, ILIM shj.. Takde pape acara sukaneka... Very simple...setiap family bawa makanan masing2... n kami mkn sm2...berkelah spt satu keluarga... Tmptnya kat Laman Duta, Putrajaya...ala...kat Muzium Mamalia.. after mkn2...ada sesi taaruf...setiap ahli keluarga memperkenalkan pasangan n anak masing2... Walaupun simple...aktiviti ni sgt menyeronokkan...ms nilah nk knl family rakan sekerja..nk mesra2... Bgs tau wat program macam ni...bila penyertaan tak ramai..kita dpt knl lbh rapat lagi...secara tak langsung dpt mengeratkan ukhwah...dan lbh2 lg rakan sekerja adalah org yg akan bersama kita seharian di pejabat..so, pntng utk kita knl keluarganya spy hubungan yg terjalin di pejabat dpt dieratkan...dimesrakan...kerja pun dlm suasana yg harmoni.. Bak kata Bos kaklong ms program Semi-Family Day tu..."Kat luar sy ni sama je ngan antum semua...kat ofic je bos..." InsyaAllah pada 10-11 Julai 2010 nnt, Family Day ILIM plak...yg ni besar2an lar...ramai penyertaan n buat kat KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka.... Ok..ukhwah fillah abadan abada...

Syafiqah dan Bisya...(Bisya ni anak kwn Kaklong...mamanya partime wat bisnes n class cake...sape2 yg duk sekitar Bangi n nk join kelas buat kek dgn yuran yg murah blh lah klik sini...)

Syafiqah di dukung abahnya...My Bos berbaju biru duk berbual apalah tu...

Makanan yg dh hmpir licin..laksa...nasi goreng...kek...puding roti...sandwich...mcm2 lah...


Santai2...sembang2...

*******************************
Ok..tu sj hikayat 3 rasa dr kaklong...
Betemu lagi di lain hikayat....InsyaAllah...citer Family Day di Melaka plak nnt...