Sunday, July 18, 2010

Penjagaan Cloth Diapers

Salam...

Hari ni kaklong nk berkongsi ttg penjagaan CD...
Syafiqah mmg pakai CD bila di rumah....

Pada mulanya kerap gak bocor...kebelakangan ni alhamdulillah dh ok...

So, kaklong cuba cr penyelesaiannya...

Dan ahirnya terjumpa artikel ni dari
sini...
Kaklong C n P ye...
mohon kebenaran dr
http://ummi2shoppe.lot.my ....
Blog yang byk info n jual CD dn ada juga barang2 lain..



Pic : Kredit for Mr. Google...


***************************.

Cara² Penjagaan Cloth Diapers

Sebaik sahaja menerima CD :

1. Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ianya adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Harus di ingat semakin banyak anda basuh, semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika anda baru gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran...mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan guna CD anda, Insya Allah bila dah byk kali basuh, prestasi CD anda akan bertambah baik.


2. Selepas pemakaian CD, bilas CD dgn air yang byk. PooPoo blh di flush dalam toilet bowl...pancut dgn air yang deras...biasanya kesan kekuningan akan kelihatan atas CD...jgn risau...basuh macam biasa samada menggunakan tangan atau mesin basuh. Boleh juga rendam dulu CD yg kena PooPoo terlebih dahulu, kemudian basuh bersama² CD yang lain. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur dibawah sinaran matahari.


3. Basuh CD anda hanya menggunakan kuantiti sabun yang sedikit (1/4 daripada sukatan biasa). Lebih elok guna sabun jenis yang kurang buih, tidak mengandungi enzyme (pewangi atau pemutih). Kalau anda tidak tahu mana satu...guna je sabun Pureen Had.


4. Jika anda menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan washing net/laundry net. Net ni blh didapati di kebanyakan pasaraya seperti The Store...ada pelbagai saiz...pilih ikut kesesuaian.


5. Jangan sesekali guna peluntur atau softener kerana ia boleh merosakkan CD dan mengurangkan daya serapan.


6. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.


7. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, anda boleh la perahkan limau nipis pada insert yg basah dn tinggalkan sekejap sblm dibasuh. Ataupun anda blh juga campurkan sket soda bicarbonate semasa sesi basuhan kemudian blhla dibilas dgn air yg telah dicampurkan dgn sedikit cuka. AMARAN jgn sesekali buat camni kt CD kerana ia blh merosakkan CD bhgn luar yg berwarna-warni (PUL)...CD anda kemungkinan akan bocor.


8. Sebulan atau seminggu sekali atau bila CD dh hilang daya serapan, lakukan 'stripping' untuk untuk membersihkan CD dari kekotoran halus dan mendapan sabun yg terkumpul kt bhgn luar dn dlm 'microfleece' dgn sabun pencuci pinggan, contohnya "Sunlight', kemudian blh la dibilas dgn sebersih2nya supaya 'microfleece' dpt berfungsi dgn baik semula.


***************************

2 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

urm, bagus laa kak long entry ni, lieya mmg tertanye2 mase CD ni keluar..ye laa mase lieya dulu tak sempat nak gune CD ni tuk anak2, tu yg plan kalo pregnant lagi ingat nak cube CD nie...jimat pun jimat....

so thanks byk2 laa kak long...terjawab sudah persoalan lieya selama nie heheheheeh

Kaklong @ Izan said...

Wah..ada rancgn nk tmbh ahli lagi ye...gud lieya..