Thursday, May 24, 2012

Pengaruh si kecil...

Salam..

Pagi jumaat ni...awal2 lagi kaklong layan si kakak Syafiqah tonton tv...sebab die nangis bila bgn2 tdr tgk abah die takde sebab pg airport KLIA ambk tokayah n tokma Fyqah dan Naufal blk umrah...

Mula jam 7.00 pg lagi..tercongoklah kami dua beranak layan rancangan kanak2 kat RTM2..kbtln on je ada rncgn KIDS ON 2...ada nyanyian bebudak, trslah si Fyqah bgn nyanyi sama...menari kiri kanan..layan je...
Mmg bgs rncgn2 kanak-kanak kat tv skrg ni...semua chanel pun bgs....

Apa yg kaklong nak kongsikan kat sini...kita sebagai ibu bapa, orang tua atau sesiapa yg lbh dewasa (kakak, abang, atuk, opah, nenek, mak sedare dan pak sedare) kn mainkan peranan pntg untuk guide kanak2 kecil, terutama seawal usia 2-4 tahun yang tgh nak bljr dan adopt sgla bnda dpn mata untuk jelaskan pada mereka mana sikap atau bahasa yg baik untuk dicontohi dan mana yg sebaliknya dan tak patut dicontohi...
Sebagai contoh...dalam citer kartun LILO & STICH..tabiat lilo dan sebahagian wataknya yg suka menjelirkan lidah bila marah..pd mulanya Fyqah cuba tiru...so, cpt2 kn bgtau kat die...yg perbuatan mcmtu tak elok, nnt semua org tak suka, tak sayang...alhamdulillah responnya baik dan ikut cakap.. Harap die fhmlah... Sbb Fyqah yg berusia 2 tahun 3 bulan ni, mmg suka tiru perbuatan dan bahasa org yg ada disekelilingnya... Kalau elok bahasa yg dipertuturkan..elok dan baiklah die.. Kalau sebaliknya, tu yg kn tegur dan jelaskan elok2 supaya tak menjadi tabiatnya..maklumlah budak tgh nak membesar..

Fyqah dan Mak Langnya masa pg PICC, tgk final Rancangan Adik-Adikku 3, sekarang dah mula ujibakat utk musim ke-4. Salah satu rancangan realiti tv kanak-kanak yg bgs untuk tontonan kanak-kanak.
Jadi..jom sama2 kita luangkan masa untuk pantau perkembangan anak2 kecil supaya dapat mengawal tingkah laku dan tabiat pertuturannya.

Tuesday, May 22, 2012

Naufal dan Fyqah...

Salam
 Naufal Syakeer dan 47 hari...bermakna kaklong pun dah melepasi tempoh berpantang...
Dalam usianya 1bulan...Naufal dan pandai bagi respon bila diajak bercakap...Masa pegi chekcup sebulan baru2 ni...berat Naufal dah 4.8kg..kakak Fyqah dulu 4.6kg saja masa seusia Naufal...nmpak gaya Naufal pun ada potensi jadi chubby cam kakak die dulu juga...
Bila tgk pic Fyqah dulu..mmg muka dua beradik ni ada iras...
Jomlah kita layan pic dua berdik ni..

Atas tu pic Fyqah dan bawahnya pic Naufal..masa ni Fyqah umur sebulan..lbh kurang sebaya dengan Naufal sekarang...ada iras tak?
Kakak Fyqah dan adik Naufal...suka sangat die angkat adik die...kalau adik nangis...cepat je die nk angkat...
Adik Naufal mkn semangat..kakak Fyqah plak dah semakin susut..kuat main dan mkn lasak...kadang2 sikap Fyqah betul2 menguji kesabaran ummi dan abah... aduhai budak cerdik...
Kakak baca buku sambil tlg ummi jaga adik tidur..time baik dan bertenang mcm ni lah masa ummi untuk masak dan buat kerja rumah apa yg patut.

Hye...saya Naufal Syakeer... saya sekarang kat umah baru...ummi dan abah dh dpt kunci umah...tp kami tak pindah sini lagi...sebab kami nak duduk umah kat bangi dulu...

Inilah rumahnya...sesape nak sewa bolehlah bgtau kat abah ngan ummi...lokasinya kat Taman Dataran Abadi, Salak Tinggi, Sepang.. InsyaAllah lps siap pasang grill, tinted cermin, lampu, kipas dan wat kabinet kat sinki sikit...kami akan iklankan untuk cari penyewa... (Kereta tu bukan untuk disewakan sekali ye;))







Penyimpanan EBM

Salam...

Alhamdulillah dalam tempoh bercuti ni, kaklong dapat menyediakan stok EBM yang harapnya cukup untuk Naufal bila kaklong mula bekerja 11 Jun 2012 nnt.
Setakat ni nmpknya takde mslh nak bg Naufal EBM dgn botol susu...die dapat terima dan nyot-nyot dengan baik..harapnya berterusan lah...

Kali ni, kaklong nak share ttg tempoh penyimpanan EBM sbg panduan kaklong dan rakan yg sudi berkunjung..
Kredit pic for Mr.Google..
  1. Suhu Bilik / Room Temperature: 4 - 6 jam
  2. Peti Sejuk 1 pintu / Refrigerator: 3 - 5 hari
  3. Penyejuk Beku 2 pintu / Freezer of two refrigerator: 3 - 4 bulan
  4. Peti sejuk beku / Deep freezer: 6 bulan.

Wednesday, May 16, 2012

Hanya untuk Mak

Selamat Hari Ibu dan Hari Guru mak...

Bingkisan ini khusus ditujukan kepada Bonda Fatimah binti Othman


Selamat Hari Ibu mak... Jasa dan pengorbanan mak membesarkan kami 8 beradik dikenang sentiasa.. susah payah dan kesabaran mak melayan kerenah dan kenakalan kami sejak kecil tidak dapat kami gambarkan..

Saat ni..kaklong yang punya dua anak mkn sedar..betapa kesabaran seorang ibu dalam membesarkan anak tidak ternilai dgn apa jua yg ada di alam semesta ini. 

Semoga mak sihat selalu, ceria dan panjng umur 
untuk terus memerhatikan kami adik beradik membesar, 
untuk terus menegur kami tatkala melakukan kesilapan, 
untuk terus menjaga kami dikala kesusahan, 
untuk terus memberi kasih sayang yang tidak ternilai dan 
untuk terus mendoakan kesejahteraan kami di dunia dan akhirat...

Selamat Hari Guru juga buat mak... Pendidik terbaik yang kami ada..yg mengajar ilmu ukhrawi dan duniawi..mak yg sntiasa bersama ayah mengajar, mendidik dan mentarbiahkan kami semua agar terus berjaya di dunia tanpa meninggalkan ilmu akhirat..

TERIMA KASIH MAK... KAMI BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI ANAK MAK DAN AYAH...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...