Wednesday, May 16, 2012

Hanya untuk Mak

Selamat Hari Ibu dan Hari Guru mak...

Bingkisan ini khusus ditujukan kepada Bonda Fatimah binti Othman


Selamat Hari Ibu mak... Jasa dan pengorbanan mak membesarkan kami 8 beradik dikenang sentiasa.. susah payah dan kesabaran mak melayan kerenah dan kenakalan kami sejak kecil tidak dapat kami gambarkan..

Saat ni..kaklong yang punya dua anak mkn sedar..betapa kesabaran seorang ibu dalam membesarkan anak tidak ternilai dgn apa jua yg ada di alam semesta ini. 

Semoga mak sihat selalu, ceria dan panjng umur 
untuk terus memerhatikan kami adik beradik membesar, 
untuk terus menegur kami tatkala melakukan kesilapan, 
untuk terus menjaga kami dikala kesusahan, 
untuk terus memberi kasih sayang yang tidak ternilai dan 
untuk terus mendoakan kesejahteraan kami di dunia dan akhirat...

Selamat Hari Guru juga buat mak... Pendidik terbaik yang kami ada..yg mengajar ilmu ukhrawi dan duniawi..mak yg sntiasa bersama ayah mengajar, mendidik dan mentarbiahkan kami semua agar terus berjaya di dunia tanpa meninggalkan ilmu akhirat..

TERIMA KASIH MAK... KAMI BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI ANAK MAK DAN AYAH...

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...