Sunday, May 9, 2010

Anak Ummi yg Gebusshhh

Salam....

Hari ni minggu kedua kaklong kerje pas cuti lama....
Dah masuk kerje ni barulah terase gak cabarannya...tambahan Syafiqah BF sepenuhnya...
Alhamdulillah kaklong takde masalah nak pam susu n buat stok utk bagi pada pengasuh syafiqah...cuma masalahnya ialah Syafiqah kurang minum susu dari botol...
Sgt susah...kata pengasuh...dia minum...tp tak banyak...die tolak2 puting botol...
Kaklong dan suami jenuh jugak carikan puting yg sesuai utk die...berbungkus plastik dah puting botol kat umah tu...
Apapun alhamdulillah dia nak juga minum...berbanding masa awal2 nak ajar minum botol dulu...die menangis punyelah teruk..tersedu2...sian anak ummi...


Syafiqah yg semakin sihat n gebusshh....suka senyum n sgt peramah....

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki anak ummi ni..diberikanNya susu yg banyak...
Kaklong lah kn rajin sikit...usaha utk pam...
Nasib baik tmpat kerja dkt ngn umah pengasuh...setiap kali waktu rehat, kaklong balik susukan Syafiqah...
Sebelum hantr umah pengasuh pun, susukan die dulu....
Harapan kaklong moga dapat BF Syafiqah sepenuh masa sekurang2nya sampai umur die setahun....

Kaklong nak kongsi ttg khasiat susu ibu...
Penting utk pastikan anak kita dapat nikmati susu yg sempurna...
Artikel ni kaklong CnP dari CatlinaFly

Jenis Susu Ibu


Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan) .Apa pulak foremilk...hindmilk nih?


Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.


Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.

Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa.Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.Jenis susu ibu :


1.Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
2.Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
3.Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

CatlinaFly.....


No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...