Wednesday, March 16, 2016

Syafiqah Patah Tangan

Assalamualaikum.

Semak betul sawangnya ya...hihi...ayat biasa lh tu bila blog tak update kan...

Today, kaklong nak update story tentang anakanda sulung yang tersayang... Tengku Nurain Syafiqah yang telah diuji.. Kakak jatuh kat Taska masa main monkey bar. tau kan monkey bar ni yang mcmmn...ala yg bergayut tu...

Ceritanya begini, pada 30 November 2015, jam 2.30 petang.. Teacher Nawwal hubungi memaklumkan bahawa Syafiqah jatuh dan sekarang ada kat klinik berhampiran, katanyanya lagi pergelangan tgn fyqah mcm patah...dub dab dab dah ni..maklumlah anak jatuh kan..bukan perkara biasa. Terus kaklong start kereta keluar dari office ke klinik. Meraung lah kakak...

Bawa ke Hospital Serdang, masa tu kat Emergency Hospital Serdang tgh renovate, dengan semak dan lambatnya, maka kaklong decide nk bawa Fyqah ke Hospital Azzahrah sebab dia sakit kan, jadi sampai Azzahrah, laju je..X-ray dan rawatan, doktor sahkan pergelangan tangan kanan Fyqah patah. Jadi doktor kelaurkan surat kena g hospital jumpa pakar ortho kanak2. Lepas dapatkan rawatan awal, disemen semntara oleh doktor Azzahrah, kami balik umah dulu. Abah Fyqah tak balik dari office lagi masa ni. 

X-ray kat Azzahrah, doc sahkan pergelangan tangan kakak patah.



Lepas maghrib, jam 8.00 mlm lbh kurang, kami ke Hospital Putrajaya. Sebelum tu, kakak lena tidur lps doc Azzahrah bagi ubat kurangkan sakit. Kat spital Putrajaya, dapatlah jumpa doktor Ortho, tp bukan doc pakar lah...lepas dia cek
semua..katanya tulang kakak patah dan lari dari tempatnya, so sblm kena simen...tulangnya perlu di tarik. Fuhhh....terkedu kaklong dengar, sian kakak..huhu. 

Untuk teruskan prosedur tu, kakak diberi gas untuk tidur sekejap...masa ni kat Zon Kuning emergency Hospital Putrajaya, kalau semuanya ok..boleh balik n datang semula slps 2 mggu. Oklh dgr gitu. Namun malangnya selepas ditarik dan simen bagai...doctor maklumkan bahawa tulang kakak tak masuk dgn cantiknya...jadi diorg nasihat kan supaya kakak admit dan perlu jalani operation masukkan dawai untuk ikat tulang pada pergelangan tu, after three week, wayar tu akan ditarik buang. Aduhhhh...kakak baru je jalani operation Hernia bulan September hari tu...

Jadinya, pada 1 Disember jam 10.00 pagi kakak masuk bilik OT, jalani operation..sekali lagi kaklong terpaksa melalui saat2 getir menghantar anak ke bilik OT dan saksi sehingga kakak ditidurkan..Allahuakbar....

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..lps 2 jam selesai. Kakak sedar dan kembali ke wad. Selepas dua malam bermalam di wad. Kakak dibenarkan balik. Sejak tu, setiap pagi kena bawa kakak pergi cuci luka kat klinik, sebab wayar terpacak keluar kan...ngeri juga tgk. Sian kakak, nangis dia bila kena cuci.

Kakak selfie ngan ummi masa tggu giliran nak cuci luka.

Sampailah pada minggu kedua, Kakak meraung sakit dan tak selesa, esoknya bila bawa ke klinik nak cuci, doktor tengok besinya dan termasuk ke dalam kulit kakak..Aduh lah....so kena buat emergency operation untuk buang besi wayar tu. Kata doc, if besi tu ok tak lari...tak perlu buat operation untuk buang, just tarik gitu je. Tapi disebabkan besinya dah termasuk..sekali lagi kakak kena masuk bilik OT. Sabar banyak ya sayang...Ummi lagi susah hati...namun terpaksa bersetuju dengan prosedur yang doktor cadangkan.


Inilah besi yang ditarik keluar.

Akhirnya pada 23 Disember 2015, sekali lagi kakak warded di hospital Putrajaya dan jalani minor operation untuk buang besi tu. dan selepas tu...tiada lagi besi. Namun tangannya masih bersimen.

Alhamdulillah hampir sebulan kakak bersimen dan sekarang dah pulih sepenuhnya. Moga kejadian ni menjadi iktibar untuk kakak agar lebih berhati-hati kelak.


Lepas buang besi, sebulan juga kakak tak boleh bergerak aktif, sepupu kakak datang..pegi jalan2 Zoo Negara.










2 comments:

Jiha said...

Boleh Saya tahu keadaan dia sekarang macam mana. Adik Saya accident. Patah pergelangan tangan. Lama ke untuk baik ?

Unknown said...

Maaf nak tanya puan. Macam puan buat semasa anak gatal2 tangan masa simen tu ? Anak saya tgh bersimen tangan skrg ni... tapi duk mengerang gatal gatal

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...