Wednesday, March 16, 2016

Happy Birthday Summayah dan Syafiqah

Assalmualaikum.


Happy Birthday puteri-puteri ummi. Alhamdulillah pada 8 Februari Sumayyah genap 2 tahun dan kakak Syafiqah pada 26 Februari genap 6 tahun. Baru-baru ni buat jugalah majlis gitu2 sambut birthday kakak n adik kat taska AADK Kids Center.




Kakak Syafiqah sayang... Ummi sayang sgt2 ngan kakak. Kakak manja tapi berdikari. dalam usia 6 tahun, kakak dah lancar membaca rumi. Jawi kakak tak pandai lagi ya...nanti belajar rajin2 ya. Berkat didikan ustazah di Madrasah Quran Sg. Merab, kakak dah hafal surah-lazim dari al-Fatihah hingga al-Humazah. Ummi harap kakak ingat semua surah2 yang kakak dah hafa. Begitu juga dengan bacaan dalam solat. 
Kakak juga kuat jelous ya. 
Kadang-kadang ummi tersentuh hati juga bila kakak pernah cakap yang kakak nak jadi anak tunggal sorang-sorang sebab nk manja2 ngan ummi dan abah. Biasalah kan...kakak selalu jadi mangsa ngan adik..adik cukup marah klu nampak kakak duk kat ummi. Sabar ya sayang anak ummi.
Ummi doakan kakak membesar dengan sihat dan menjadi muslimah sejati, wanita solehah penghuni syurga yang kekal abadi.


Adik Sumayyah sayang...ummi pun sayang sgt2 ngan sumayyah. anak kecil ummi yang semakin membesar. makin cerdik dan makin banyak akal. 
Pada usia 2 tahun, Sumayyah dan tak pelat bercakap. Ummi cukup suka bila dengar Sumayyah bercakap, bercerita. Sumayyah byk mulut.
Tapi, Sumayyah jadi pendiam bila berdepan dengan org ramai...dengan kawan2 ummi. Takut ya sayang.. Teacher Nawwal dan Teacher Angel yang jaga Sumayyah kat taska cakapa, Summayah lincah, banyak mulut dan lancar bercakap. Tahniah ya sayang. 
Pada Sumayyah juga, doa yang sama seperti kakak Syafiqah ummi titipkan. Moga Sumayyah membesar dengan sihat dan menjadi muslimah sejati, wanita solehah penghuni syurga yang kekal abadi.


No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...