Thursday, November 4, 2010

Puri Sayur...memudahkan...

Salam..

Kali ni...kaklong nak berkongsi tentang penyediaan puri yang dapat memudahkan ibu-ibu bekerjaya menyediakan solid food untuk baby mereka sebelum ke tempat kerja...
Kebaikan puri ni ialah, boleh disejukbekukan untuk disimpan lama (sebaiknya tidak melebihi 5 ke 6 hari la...), mudah digunakan (hanya campurkan ke dalam bubur nasi kosong atau boleh juga terus dimakan, tp knlah panaskan dulu), berkhasiat dan mudah disediakan..


Puri sayuran yang telah siap diblend boleh disimpan dan sedia untuk disejukbekukan.

Lobak Merah yang enak..manis rasenya...

Brokoli...pun sedap....

Pelbagai sayuran yang sesuai boleh digunakan sebagai asas menyediakan puri, caranya mudah..


Cara Menyediakan Puri Sayur
  1. Kupas kulit nipis lobak merah dan basuh bersih.
  2. Potong dadu.
  3. Rebus lobak bersama air bersih.
  4. Setelah empuk, hancurkan lobak tersebut dengan blender atau lecek halus.
  5. Setelah sejuk, agihkan ke dalam bekas yang kecil mengikut sukatan bayi makan sehari.
  6. Simpan untuk disejukbekukan.
Pelbagaikan sayuran, selain lobak merah, gilirkan sayuran lain seperti Bayam, Brokoli, Labu, Sawi, Kobis Bunga, Sawi dan kangkung.
Ayam, daging atau ikan pun boleh disediakan dengan cara yang sama, tp sedikit berbeza, caranya...


Menyediakan Puri Ayam / Daging / Isi Ikan
  1. Tumis sedikit bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun.
  2. Masukkan air dan isi ayam atau daging atau ikan.
  3. Setelah masak, tapis airnya.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihancurkan.

Salai Isi Ikan Tenggiri / Kembung
  1. Cuci bersih isi ikan tenggiri / kembung.
  2. Perapkan sekejap dengan garam dan asam keping (untuk hilangkan bau hanyir ikan)
  3. Basuh ikan sehingga bersih.
  4. Salai diatas api perlahan.
  5. Setelah masak, sejukkan sebelum dihancurkan.
  6. Masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk (tak perlu dibekukan, memadai disejukkan, tak bolehlah smpan lama sangat)
  • Gantikan lobak merah dengan sayuran lain berdasarkan perancangan ibu-ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Puri boleh disediakan pada hari minggu.
  • Jadi, di awal pagi sebelum keluar bekerja, ibu boleh menyediakan bubur nasi dengan mudah, tanpa perlu bersusah payah memotong sayur dan sebagainya, hanya masukkan puri ke dalam bubur nasi yang boleh dimasak sebelum tidur. Bangun pagi hanya panaskan nasi dan masukkan puri...mudahkan?
  • Tekstur makanan yang halus sesuai untuk bayi berusia 6-8 bulan sahaja, so, bila bayi semakin besar dan perlu tekstur makanan yang lebih kasar, sediakan puri yang kasar (Tak payah blend terlalu halus)
  • Apapun, setiap ibu mempunyai cara tersendiri untuk memberikan anak mereka makanan. Yang penting berkhasiat dan dapat membantunya membesar dengan sihat, cergas dan cerdas. Ikutlah keselesaan sendiri. kaklong pun kalau rasa minggu tersebut terlalu sibuk, barulah sediakan puri, tetapi selalunya pagi2 lah baru sibuk keluarkan segalanya nak buat bubur nasi Syafiqah.
...:::Sharing is caring:::...

All the pic from Mr. Google...kredic for him...;)

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...