Wednesday, March 2, 2011

Kecederaan Ligament ACL

Salam....

Setelah berualng alik dari Orthopedik Klinik HUKM sejak tahun 2007, akhirnya sekali lagi kaklong akan buat operation kali kedua untuk ACL Reconstruction pada 17 Jun 2011 ni..InsyaAllah...

Sebenarnya pada 29 Februari 2008 kaklong dah pun buat operation yg sama...tp lebih major...sebab ACL dan PCL Reconstruction.....kalau dulu...doktor yang bertanggungjawab memberi peratus yg tggi kaklong akan pulih dn dpt menjalani kehidupan seperti biasa...beraktiviti sukan mcm biasa...skrg2nya berjoging...tp dukacitanya sampai sekarang kaklong masih tak boleh buat semua tu...

So, slps buat MRI pada September 2010...keputusan diagnosis doktor kali ni....FAILED ACL dan PCL RECONSTRUCTION.....huhu....kos operation dulu RM 30,000...hbs mcm tu je...cuma bernasib baik sbb semua kos tu ditanggung....

Dan sekali lagi...insyaAllah pada 17 Jun nnt....kaklong akan alami perkara yg sama...sekali lagi masuk ke dewan pembedahan untuk diserahkan pada doktor....harap pembedahan kali ni akan berjaya...dan sekurang-kurangnya kaklong blh berjoging...hehe...kasi kurus sikit sama itu badan....

Okey...kali ni kaklong nak kongsi ngn pembaca semua APA ITU KECEDERAAN ACL...artikel ni Utusan Malaysia ye....oleh DR. Khaizatul Ezam bin Abu Bakar......




Secara ringkasnya ligamen ACL adalah ligamen yang terletak di tengah-tengah sendi lutut dan ianya berfungsi sebagai penstabil statik untuk mengelakkan translasi sendi dan rotasi (pusingan) yang berlebihan.

Kecederaan berlaku kerana sewaktu ‘mendarat’ selepas melompat, kaki melekat di atas tanah dan lutut berpusing atau ‘rotate’ secara berlebihan menyebabkan ACL anda terkoyak. (Kes kaklong plak...kecederaan ni kaklong dapat setelah jatuh dari motor)

Koyakan ACL menghasilkan bunyi letupan ‘pop’. Lutut akan bengkak pada kebanyakan kes dan selalunya pesakit tidak dapat meneruskan aktiviti yang dijalankannya. Lazimnya imbasan sinar-X akan dilakukan untuk menentukan tiada kecederaan pada tulang.

Untuk kecederaan ACL pula, selalunya imbasan sinar-X lutut kelihatan normal dan kesan koyakan ACL adalah lebih jelas dilihat melalui pemeriksaan khusus seperti imbasan MRI (magnetic resonance imaging). Selain MRI, perlu juga dipastikan tiada kecederaan lain seperti kecederaan kepada meniskus berlaku di dalam sendi lutut.

Ligamen ini (ACL) tiada potensi untuk pulih sendiri tanpa pembedahan di atas sebab-sebab tertentu, iaitu kedudukannya di dalam lutut yang mempunyai cecair synovial, jarak koyakan dan bentuk ligamen selepas terkoyak menyukarkannya untuk sembuh secara semula jadi.

Kesan koyakan ligamen ACL yang menyebabkan sendi lutut menjadi tidak stabil khususnya dalam pergerakan yang melibatkan rotasi atau ‘twisting’.
Dalam sukan bola sepak, pergerakan ‘cutting’ juga tidak boleh dilakukan bagi seseorang yang mengalami kecederaan ligamen ACL.
Dalam jangka masa panjang, sendi lutut yang tidak stabil bakal merosakkan struktur rawan dan akan menjalani degenerasi (kemerosotan) lebih pantas lagi berbanding lutut yang normal.


Oleh itu, keadaan sendi lutut yang tidak stabil akan kekal sehinggalah pembedahan dilakukan ke atas ligamen ACL iaitu pembedahan rekonstruksi ACL secara Artroskopi (minimal invasive) menggunakan tendon di sekitar lutut seperti hamstrings atau bone-patella-bone tendon, tanpa mengganggu mekanik sendi lutut sekiranya digunakan. (Pembedahan nilah yg akan kaklong lalui buat kali kedua....)


1 comment:

☆ lieya latif ☆ said...

harap2 sume berjalan lancar kak yeak...dan kak lon gkembali pulih dan boleh berjonging balik.....selalunye kecederaan ligamen ni kene kat pemain bola kak long kan...... harap akak cepat recover selepas operation nanti yeak...

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...