Tuesday, December 30, 2008

[2] Aku dan Kerjaya

Kerjaya aku adalah sebagai seorang pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan pelbagai kursus berkaitan ilmu-ilmu Islam bagi memberi pemahaman kepada pegawai-pegawai kerajaan khususnya...

Bukanlah aku yang mengajar mereka...malah aku sendiri masih mentah dan bagaikan putik jagung yang masih perlukan banyak baja untuk tumbuh dan subur dengan ilmu-ilmu Islam..

Tanggungjawab aku adalah menyelaras, menentukan siapakah penceramah, peserta, bila perlu dilaksanakan dan segala-galanya berkaitan kursus yang masti dilaksanakan...


Antara pegawai-pegawai tinggi sebuah jabatan....kira semuanya bos aku la ni....Aku yang pakai tudung hijau (baris kedua, 3 dari kanan)


Kadangkala...kita merancang pelbagai perkara untuk masa depan kita...masa kecil...cita-cita aku untuk menjadi seorang guru...bila dah dewasa sikit...aku nak jadi pensyarah...

Namun takdir Allah menentukan segalanya...

Akhirnya aku disini sebagai seorang pegawai...bukan sahaja bertanggungjawab sebagai guru..malah sebagai pentadbir, pengurus, penyelaras dan dalam latihan untuk menjadi seorang pensyarah...walau bukan di IPTA tapi di sebuah institusi Islam...InsyaAllah..


Apa sekalipin, yang penting kita kena bersedia dengan sebarang perancangan Allah.. Berusaha memperbaiki diri dan bekerja untuk mendapatkan keredhoannya..bukan bekerja untuk mencari nama, pangkat yang tinggi, gaji yang banyak dan keselesaan hidup yang terlalu mewah...



No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...