Wednesday, April 25, 2012

Persediaan Menjayakan Penyusuan Susuibu Bagi Ibu Bekerjaya

Salam...
Sekadar perkongsian dengan sesiapa yang nak tahu.. Walaupun, artikel tentang persediaan menjayakan penyusuan ni boleh didapati kat mana2 je..termasuk melalui pamplet yang dikeluarakn kumpulan sokongan susuibu, pihak hospital rakan bayi, buku-buku berkaitan, internet dan sebagainya..namun apa yg kaklong nak kongsikan ni adalah berdasarkan PENGALAMAN kaklong setelah melaluinya bersama anak sulung dan sekarang sedang lalui pengalaman yang sama bersama anak kedua...

Persediaan untuk menjayakan penyusuan susuibu secara ekselusif bagi ibu bekerjaya sepatutnya bermula ketika anak masih dalam kandungan..bukan ketika berpantang dan apatah lagi kalau dah mula masuk kerja.. Waktu sedang mengandung, tentu kita sibuk buat persediaan beli segala keperluan dan baca pelbagai maklumat tentang perkembangan anak..tp jgn lupa...kita kena juga BUAT PERSEDIAAN UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSUIBU....sekadar berkongsi pengalaman kaklong yang tak seberapa..berikut beberapa persediaan yang kaklong buat...

  1. Survey dan beli breastpump yang sesuai
  2. Cari accessories yang lengkap, iaitu: botol/storage breastmilk, icepack, cooler bag, freezer yang sesuai dan ikut kemampuan. (Sekarang ni dah byk yg jual secara pakej...surveylah sebaik2nya supaya tak rase menyesal bila dah beli)
  3. Lengkapkan diri dengan maklumat tentang penyusuan susuibu, antaranya:
    • Khasiat susuibu.
    • Cara penyimpanan susuibu.
    • Suhu yang sesuai untuk simpan susuibu dalam keadaan suhu bilik, peti ais dua pintu, peti ais satu pintu dan peti sejuk beku.
    • Cara mengurus EBM (susuibu yang telah dibekukan)
    • Jadual yang sesuai untuk mengepam susuibu. (Tetapkan masa, supaya dapat mengatur dan mengurus kerja di pejabat/rumah dengan tidak mengabaikan komitmen untuk mengepam susuibu)
    • Mengenalpasti kuantiti yang perlu bagi membekalkan EBM untuk dihantar kepada pengasuh/taska.
    • Teknik atau kaedah yang betul untuk ajar anak menerima susuibu dengan menggunakan botol tanpa menolak untuk direct BF dengan ibu secara ekslusif.
Ok...sekadar perkongsian ringkas...untuk peringatan kaklong juga...InsyaAllah akan menyusul lagi selepas ni ye..now..i have something to do..(maklumlah dua orang anakanda tgh nyenyak beradu;)



No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...