Monday, January 17, 2011

Garis Panduan Anak tak Sah Taraf


Salam....

Kali ni kaklong nak kongsi sedikit informasi mengenai Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf...


Isu sensitif ni penting untuk kita ambil tahu...kerana isu semasa yang sering berlaku dan melibatkan penganiayaan kepada si anak yang tidak berdosa...




Sedikit maklumat mengenai Garis Panduan Anak tak Sah Taraf ini diterbitkan dalam bentuk buku panduan kecil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM pada tahun 1998.


Antara kandungan buku Garis Panduan tersebut ialah :
  1. Pendahuluan
  2. Latar Belakang
  3. Tafsiran 'Anak tak sah Taraf'
  4. Penamaan
  5. Pergaulan
  6. Implikasi Anak tak Sah taraf dari segi hukum Syarak
  7. Hak Samarata
  8. Penutup

Menerusi post n3 kali ni, kaklong hanya nak berkongsi tentang kandungan yang ke-enam (6), IMPLIKASI ANAK TAK SAH TARAF DARI SEGI HUKUM SYARAK. Moga jadi panduan untuk kita dan mungkin mereka yang hampir dan berhubung dengan golongan-golongan terbabit.


IMPLIKASI ANAK TAK SAH TARAF DARI SEGI HUKUM SYARAK

Kedudukan seseorang anak tak sah taraf (ATST) dari segi hukum syarak adalah seperti berikut:


  1. Nasab (Keturunan) : Dari sudut hubungan nasab keturunan, ATST tidak harus dibinti atau dibinkan kepada lelaki yang telah menyetubuhi ibunya. Dia hendaklah dibinti atau dibinkan kepada salah satu nama Asma al-Husna atau sifat Allah. (Lazimnya dibinti atau dibinkan kepada Abdullah, Rujuk Jabatan Pendaftaran Negara dari segi prosedur pendaftaran pada surat kelahiran)

  2. Nafkah : Segala nafkah dan saraan hidup ATST adalah menjadi tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana ATST dinasabkan kepada ibunya. (keluarga sebelah si ibu bertanggungjawab membantu dari segi pemberian nafkah dan saraan hidup sekiranya si ibu masih dibawah umur dan berada di bawah tanggungan keluarga)

  3. Pusaka : ATST tidak terputus hubungan dengan ibunya. Oleh itu kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain. Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga sekiranya ATST ini meninggal dunia terlebih dahulu, ibunya berhak mewarisi pusakanya. Seseorang ATS adalah terputus hubungan dari segi pusaka dengan bapa yang tak sahtaraf dan dia tidak berhak mewarisi pusaka 'bapanya' begiti juga sebaliknya.

  4. Perwalian : Hak perwalian diri ATST sebenarnya terletak kepada ibunya. Walaubagaimanapun, perwalian perkahwinan seseorang ATST perempuan dipegang oleh wali hakim, kerana perempuan tidak boleh dan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan. Lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akad nikah sah, sama ada berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tidak sah menjadi walinya. (Islam amat menitikberatkan nasab keturunan seseorang manusia, jadi peliharalah keturunan anda)

  5. Perkahwinan : Seseorang ATST perempuan boleh berkahwin sengan seseorang lelaki dengan sah, begitu juga sebaliknya. (ATST tidak terbeban atau menangggung sebarang kslpn yang dilakukan ibunya, beliau berhak mendapatkan kebahagian untuk dirinya, selayaknya yang berhak diperolehi seorang muslim/muslimah)

  6. Penjagaan : Penjagaan ATST adalah dipertanggungjawabkan semata-mata pada ibu dan saudara mara sebelah ibu. (peliharalah anak yang comel, suci bersih dan tiada selaput dosa tu dengan sebaiknya, didik dan asuhlah beliau dengan pendidikan berlandaskan Islam, penting sgt untuk terapkan nilai2 Islam dan kekuatan jiwa padanya, kelak kita tidak tahu masa depannya, moga beliau kuat menghadapi sebarang cabaran, dugaan dan apa sahaja kemungkinan yang tidak terduga)

  7. Kematian : Kematian ATST yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka dia dihukum sebagai Muslim. Oleh itu, mayatnya perlu diurus secara pengurusan jenazah Islam. Jika ibunya bukan seseorang Islam, maka dia dihukum sebagai bukan seorang beragama Islam, sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya itu seorang Islam. (Fahami dan ambil beratlah isu ini)

  8. Amal Kebajikan : Jika semasa hayatnya ATST telah melakukan amal kebajikan sama ada untuk dirinya atau untuk masyarakat, maka segala manfaatnya dari segi pahala dan lain-lain akan kembali untuk dirinya juga.

Jika seseorang anak tak sah taraf yang dijumpai yang tidak dapat ditentukan keturunannya, sama ada Islam atau bukan Islam, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membesarkannya menerusi kebajikan dan mendidiknya menurut ajaran Islam.

Sedikit maklumat dari Kandungan ketujuh (7), HAK SAMARATA : Seseorang ATST adalah insan biasa. Dia hendaklah diberi perlindungan dan juga nafkah sama seperti anak-anak lain dari sudut agama dan undang-undang. Dia juga berhak mendapat sepenuhnya hak daripada ibunya, keluarga ibunya dan kerajaan amnya.

Anak-anak adalah cahaya mata

Penghibur hati penyejuk mata

Nikmat Allah yang palaing bahagia

Nisbah benda lahiriah di dunia

Amanah Allah yang mesti dijaga

Dididik dan dipelihara

Mencuaikannya, khianat dan dosa

Note: Artikel atau n3 ni tidak merujuk mana-mana pihak, kaklong hanya mengelurakan atau menyampaikan garis panduan yang sepatunya dan perlu diketahui oleh masyarakat Islam khusunya. Isu pembuangan bayi dan kelahiran ATST semakin berleluasa pada masa kini, kesilapan yang lalu usah diulang dan bertaubatlah....manakala anak kecil yang tidak bersalah pelihara dan jagalah kebajikannya.

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...