Tuesday, June 1, 2010

5 Tahap perkahwinan

Salam...

Sempena ulangtahun perkahwinan kaklong yang pertama baru2 ni...
Ada artikel yang kaklong perolehi melalui pembacaan sebuah buku terbitan Alaf21, hasil karangan Zalida Adam untuk pengunjung semua... Buku ni adalah 1 daripa 5 buah buku yang dijadikan sebagai sebahagian daripada hantaran yang kaklong terima masa kahwin tahun lepas...dah setahun, tak habis lagi buku2 tu semua dibaca..huhu.. Artikel ni mengenai 5 tahap hubungan perkahwinan yang lazimnya akan dilalui oleh setiap pasangan suami isteri.. Kaklong C n P ye...tapi menyalin juga ni, so adalah edit ayat sikit ye...

**********
Akan ada masa tertentu, rasa kecewa, sedih dan saling menyalahkan pasangan akan berlaku dalam tempoh perkahwinan. Kerana setiap perkahwinan ada tahap-tahapnya. Jangan takut untuk mengalaminya kerana selepas melalui semua tahap-tahap tersebut, hubungan suami isteri pasti akan jauh lebih matang untuk menghadapi segala rintangan dalam perkahwinan. InsyaAllah.. Apa yang perlu dilakukan ialah kenalpasti tahap2 tersebut dan bersedia menghadapinya..


1) ROMANTIS DAN PENUH KASIH SAYANG

Ini adalah tahap pertama yang dilalui oleh pasangan suami isteri setelah diijabkabulkan. Suami isteri masing-masing dilimpahi kasih sayang dan penuh dgn sikap romantis. Belaian manja psangan akan membuatkan kita tidak mahu berenggang darinya. Apa sahaja aktiviti akan dilakukan bersama dengan penuh bahagia.


2) MULA MENYALAHKAN PASANGAN

Tahap ini lazimnya dilalui setelah beberapa bulan melalui tempoh perkahwinan. Pada waktu ini, kita mula berhadapan dengan realiti sikap pasangan kita. sama ada suami atau isteri akan mula menonjolkan tingkah laku, perasaan dan juga sikap yang sebenar. Ketika itu, konflik pertama akan tercetus. Selalunya ia berpunca daripada sikap atau tindakan pasangan atau diri sendiri. Kadang2 ada juga yang emngalihkan tekanan akibat konflik dengan menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan sebagnya. Sekiranya suami isteri tidak dapat mengendalikan tahap ini, mereka akan memilih untuk berpisah......


3) SEMAKIN MEMAHAMI PASANGAN
Ini adalah tahap ketiga yang mungkin dilalui selepas lebih daripada 3 tahun ke atas pasangan suami isteri hidup bersama. Jika kita telah memasuki tahap ini, kita sebenarnya sudah boleh mengetahui atau menjangka bahawa perkahwinan boleh bertahan malah boleh menjadi lebih baik. Pasangan sudah dapat menerima sikap azali masing-masing dan belajar banyak perkara tentang psangan. mereka juga belajar untuk menangani konflik serta cara untuk mengelakkannya. Ketika ini, pasangan akan mencari informasi mengenai perkahwinan. malah ada yang berminat untuk mencari petua mengekalkan perkahwinan.


4) HARMONI WALAUPUN BERBEZA
Pasangan yang berada di tahap ini sudah menerima seadanya sikap pasangan. Mereka telah maklum tentang sikap pasanagn yang berbeza dengan diri. Biarpun begitu segala perbezaan dapat diatasi dan kita akan mampu hidup dengan harmoni bersama pasangan. Ketika ini juga, kita akan cuba memperbaiki sikap supaya lebih disenangi pasangan. Keharmonian dalam menghadapi perbezaan sikap dan komunikasi akan menghasilkan hubungan yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita akan mula selesa hidup bersama. Suami siteri kan mula memberi perhatian pada perkahwinan.


5) MENIKMATI KEBAHAGIAAN
Setelah mampu hidup bersama secara harmoni meskipun mempunyai banyak perbezaan, maka kita sebenarnya sudah melangkah ke tahap kelima perkahwinan. Kita sudah serasi bersama. ketika itulah timbulnya kebahagaiaan, keceriaan dan kemesraan hidup berkeluarga. Disinilah juga kita akan mengetahui erti cinta sejati
.

Sumber: Zalida Adam, Tidur Sebantal, Alaf 21, Kuala Lumpur, 2009, hlm. 187-188.

**********

Hidup bagaikan roda...ada pasang surutnya...yang penting jgn berputus asa untuk mencari erti cinta dan kebahagiaan yang sebenar.

3 comments:

IbuDhira said...

masih jauh lagi perjalanan kita ni kan KakLong...sy pon baru 2nd annversary bln 4 hari tu..

Moga kita dapat melepasi semua tahap tu dgn jayanya...

Kaklong @ Izan said...

Betul tu IbuDhira...
Mudah2an perkahwinan kita bahagi hingga ke syurga...amin...

Happy 2nd Anniversary....

SiTi said...

salam perkenalan....

kita ni baru setahun jangung...tq sbb kongsi info ni..