Sunday, January 24, 2010

Cabaran Ibu Bekerjaya

Salam....

N3 kali ni...kaklong nak berkongsi tentang 4 cabaran utama yang dihadapi oleh ibu bekerja...
Maklumat ni...kaklong dah lama dapat...baca dari Majalah ANIQAH, keluaran Jun 2008....
Bila bakal jadi ibu ni...kaklong dah tak kira bahan tu lama atau baru...yg penting bermanfaat....Masa baca artikel ni dulu...kaklong belum pun kahwin lagi...so, tak ambil berat sgt....
Sekarang ilmu ni jadi penting untuk kaklong dan mgkn juga ibu2 bekerjaya diluar sana....

Cabaran ibu berkerjaya ini dikemukakan oleh Dr. Mastura Badzis (Pensyarah UIAM). (Artikelnya panjang, jadi kaklong dan edit2 jd ayat sendiri, but isi still sama)
Dr. Mastura badzis
  1. Pembahagian Masa : Masa ibu terbahagi antara kehidupan dengan anak-anak dan kerjaya. Ibu perlu menjadi contoh kepada anak-anak tetapi mereka lebih terikut dengan perwatakan orang lain seperti pengasuh dan kawan-kawan di taska kerana ibu terpaksa pulang lewat dari pejabat. Untuk menghadapibya, ibu perlu mendapatkan kerjasama dari si suami, supaya bergilir dalam menggalas tugas memastikan masa diluangkan lebih byk ngn anak2.
  2. Pengasuh atau Pembantu Rumah : Ibu yang sibuk pasti akan menyerahkan tugas mengasuh dan mengurus anak2 kepada pengasuh atau pembantu rumah. Ibu bapa mahu anak mereka diasuh dengan suasana yang baik, persekitaran yang harmuni agar anak membesar dengan minda yang positif. Namun persekitaran hari ni, tidak memberi jaminan kepada ibu bapa untuk memastikan apa yang mereka inginkan dapat dicapai. Cabarannya, Ibu yang bekerjaya terpaksa membiarkan pengasuh atau pembantu rumah menjadi role model kepada anak mereka yang masih kecil. Jadi carilah pengasuh yang dapat membantu kita untuk mendidik minda dan jiwa anak2.
  3. Pendedahan Pada Kecanggihan : Membesarkan anak-anak bukanlah perkara yang mudah. Persekitaran anak-2 pada zaman kini tidak sama seperti zaman dahulu. Mereka berhadapan dengan dunia canggih dan suasana sofiskated untuk menyelesaikan persoalan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa perlu lebih memberi penumpuan kepada naka2 untuk memantau dan memandu anak2 dalam menggunakan pelbagai aplikasi kecanggihan teknologi. Namun, ibu menghadapai keterbatasan waktu untuk melakukannya.
  4. Gaya Keibubapaan : Kajian terkini menunjukkan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sebuah keluarga bergantung kepada gaya keibubapaan.Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu menekan dan memaksa akan memenyebabkan anak2 menjadi seorang yang gagal membuat keputusan dan tidak yakin dengan diri sendiri, manakala anak2 yang diasuh dengan belaian manja yang terlampau juga akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa. Oleh itu, pelajarilah ilmu keibubapaan agar kita tetap di hati anak2 walaupun sibuk dengan tugas membantu suami mencari rezeki.
Peringatan untuk kaklong dan mungkin juga ibu-ibu lain yang bekerjaya...pelajarilah ilmu keibubapaan walau kita dan pandai dalam pelbagai bidang dan kerjaya...
Kegagalan mendidik anak-anak pada masa kini akan meninggalkan seribu penyesalan pada masa akan datang...


No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...