Wednesday, January 6, 2010

Ukhwah Kekeluargaan

Salam....

Terkejut dengan berita pembunuhan tragis empat beranak yang hangat diperkatakan semalam.
Iktibar buat kita semua...
Betapa ukhwah kekeluargaan itu penting bagi mewujudkan hubungan keluarga yg harmuni dan sejahtera...


Disamping kesibukan bertugas....
Tiba2 kaklong teringat mak ayah dan adik2 kat umah, sekolah dan tmpt masing2...
Teringat juga sepupu sepapat dan mak pak sedare kat kampung (hehe...satu kampung ingat ooo)
Hingar bingar dan suasana yg havoc ketika semua berkumpul terngiang-ngiang dalam fikiran.

Alhamdulillah kaklong dikelilingi keluarga yang harmuni...
Akrab dan saling mengambil berat....

Malah...baru2 ni satu program kekeluargaan yang julung kalinya diadakan telah berjaya dilaksanakan...


Program Silaturrahim Keluarga Aaisyah (Arwah opah sebelah ayah)
Program ni diadakan pada 16 - 18 Disember 2009
Bertempat di Pantai Teluk Senangin, Perak...


Kaklong tak dpt join sama sebab tak dapat cuti (huhu...rugi tau)
Bila tgk gambar dan video rakaman sepanjang program best sgt......
Boleh lah klik sini untuk tgk laporan program tu dari adik kaklong....


Mudah-mudahan program yang baik ni dapat dijalankan lagi pada masa2 akan datang
malah dpt diteruskan oleh generasi cucu cicit dan seterusnya....
Ukhwah Silaturrahim tu penting...
Sebuah keluarga yang sejahtera akan melahirkan masyarakat yang harmuni.


Sebahagian keluarga Aaisyah yang hadir...Keluarga Andak+ Wan Ndak (Pasukan Hitam Putih) AyahCik + WanCik (Pasukan Biru), Mak+Ayah Kaklong (Pasukan Kuning), Cik Yeh+Wan Nek (Pasukan Merah), Ayah Nek+Cik Ani (Pasukan Maroon) dan Pak Cik+Cik Ita (Pasukan Pelangi)...

Tiga orang adik kaklong bersama mak sedare....

Ayah (berkopiah) bersama abang dan adik bongsunya....

Antara acara sukaneka yang berlangsung.....


Semoga kita mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kita bahagia, cukup cubaan untuk membuat kita kuat, cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kita positif terhadap kehidupan.

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...