Monday, January 11, 2010

Si Tanggang Moden?

Salam...

Sebenarnya...n3 kali ni adalah kerana kaklong tertarik ngan isu Majalah Milenia Muslim edisi Januari 2010...(Semua pegawai kat ofis kaklong dapat majalah ni setiap bulan....mcm melanggan plak...hehe...)...Bila membacanya....masyaAllah semakin meningkat salah laku anak terhadap ibu bapanya...

Mengikut statistik jenayah yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur.... Jumlah jenayah yang dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa pada tahun 2005 adalah 198...dan pada tahun 2009 jumlahnya 232....
Itu hanya yang dilaporkan...ntah berapa banyak lagi jumlah yang telah berlaku....

Mudah-mudahan kita terhindar dari semua dosa-dosa tu....
Derhaka bukan sahaja hanya berlaku dari aspek fizikal...malah boleh juga berlaku tanpa kita sedari...
malah hanya kerana lintasan hati kita...

Majalah Milenia Muslim turut menyenaraikan Ciri-ciri Si Tanggang Moden:
  1. Enggan menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikal dan mental.
  2. Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa.
  3. Enggan menjaga ibu bapa dengan alasan mempunyai tangunggan yang ramai.
  4. Mengambil barang kemas, wang dan harta ibu bapa tanpa kebenarannya.
  5. Memaksa ibu bapa menukarkan nama dan harta benda ibu bapa.
  6. Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka.
  7. Bertindak kasar seperti menengking, menampar, ugut dengan senjata, memukul dan membunuh.
  8. Menyuruh ibu bapa menjaga anak-anak tanpa kerelaan mereka meskipun mampu menghantar mereka ke pusat jagaan.
  9. Tidak memberikan wang, makanan dan perlindungan kepada ibu bapa.
  10. Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka.
  11. Tidak menziarahi mereka.
  12. Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua walaupuun mampu menjaga mereka.
  13. Tidak mengaku ada ibu bapa.
  14. Tidak menjaga hati dan perasaan ibu bapa.
Ciri-ciri yang berikan ni berdasarkan kepada kajian dan mungkin juga tinjauan yang dilakukan mereka (penulis artikel) terhadap situasi semasa yang berlaku terhadap ibu bapa yang ramai ditinggalkan di beberapa buah pusat jagaan orang-orang tua.

Buat mummy, mama, umi, ibu, mak dan seumpamanya....didiklah anak2 sejak kecil, malah sejak dari dalam kandungan lagi (Ingatan buat diriku) agar anak kita adalah anak yang soleh dan taat pada ibu ayah serta beriman kepada Allah dan Rasul-Nya....

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...