Wednesday, September 25, 2013

Siri 1 :: Kembara Turki [Istanbul Airport - Panorama 1453 - Miniturk - Masjid Sultan Eyup]

Assalamualaikum..
Alhamdulillah kaklong dah kembali ke tanah air selepas 10 hari berkursus di Turki... Selain Istanbul, team kami sempat juga ke Sanliurfa, Antakya/Hatay dan Bursa.

Jam 11.00 malam kami berlepas dari KLIA dan alhamdulillah jam 5.00 pagi waktu Turki kami selamat jejak kaki di Istanbul Airport...

 Sekitar Istanbul Airport...masa ni duk tggu Sdr. Saed Emadduddeen yang akan mengurus perjalanan dan kembara ilmu kami.

 Terjumpa plk dengan ahli sufi Turki ni.

 Masih menuggu bagasi..

 Inilah Saed (baju putih) dan Ustaz Fauzan (Mantop Trainer) yang bersama-sama kami sepanjang kembara di Turki.

 Selepas rehat dan bersarapan...kami bawa beras dan segala meggi untuk masak kat apartment ni..legalah juga...sbb kaklong mmg tak blh nk tima makananTurki.

 Lawatan pertama ke Menara Panorama 1453, iaitu muzium yang mempamerkan maklumat tentang sejarah pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Kota tersebut telah ditukarkan namanya kepada Istanbul kini.

 Masih dalam Menara Panorama 1453, bila masuk dalam ni...rasa mcm pergi Muzium Panorama Padi yang ada kat kedah tu..tp yg ni memaparkan keadaan peperangan yang dipimpin al-Fateh.

 My officemate...kak Su.

 Sempat juga makan aiskrim kat sini...penjual aiskrim kat Turki ni..kelakar...suka menghiburkan dan buat lawak ngn aiskrim die...bila dah bergelak lucu ngn gelagat die...jgn lupa kasi tip ye...haha.

 Dalam perjalanan ke Miniturk. Sekitar bandar Istanbul...sgt cantik..

 Dah sampai kat Miniturk, iaitu tempat yang mempamerkan banyak replika senibina yang ada di Turki.

 Comel je replika senibina...mcm kat Taman Tamadun Islam, Terengganu plak..tp tkdelah pokok n replika besar yg boleh masuk..just boleh tenguk je..

 Luas sgt...mula2 sampai sini terpegun tgk bandar Istanbul kat belakang tu...binaan rumah yang sgt padat.

 Me.

 Kembara ni disertai 6 orang...dan kami bertiga wanitanya..semua ni ibu-ibu belaka...

 Lagi senibina dalam Miniturk.

 Dan lagi..

 Replika jambatan yang merentasi Selat Boshporus...jambatan yang menghubungkan Istanbul di sebelah Asia dan Eropah.

 Pandangan dari sebuah tempat peranginan di Parieroloti. disebalik pokok-pokok menghijau tu terdapat kubur orang Islam. ada riwayat yang menyatakan bahwa disinilah Maharaja Konstantain memindahkan pusara Abu Ayub al-Ansari, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang pernah menyertai misi peperangan pembukaan Kota Konstantinople semasa era Bani Muawiyyah.

 Masih di Parieroloti...sebelum menaiki kereta kabel turun ke bawah.


 Sebahagian kubur yang terdapat di sekitar kawasan Istanbul...dalam perjlnan ke Masjid Eyup Sultan.

 Restoran Arab...masa ni dah mula rase mual tgk lauk pauk diorang ni.

 Tapi...lyn jugalah bergambor...haha..

 Sekitar Masjid Eyup Sultan.

 Kami solat jama' Zuhur dan Asar di Masjid Eyup Sultan.

 Dan teka...plastik apakah ini?

Iye..pelajaran pertama tentang budaya orang Turki yang kami dapat pada hari pertama ialah bagaimana cara mereka mengurus kasut sebelum masuk masjid.
Kena buka kasut, letak dalam palstik yang disediakan dan bawa kasut tu dalam masjid...bukan dibiarkan kasut kat luar pintu...mujurlah kat Turki tak jumpa selut...agaknya kalau buat gini kat Malaysia...jenuh gak kan..

Ok...sekian untuk hari pertama...InsyaAllah akan bersambung lagi nnt.

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...