Showing posts with label Kecederaan ACL. Show all posts
Showing posts with label Kecederaan ACL. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Perkembangan Kecederaan ACL dan PCL

Salam...



Semalam kaklong dan pegi HUKM, temujanji ngn doc untuk tgk perkembangan lutut kaklong selepas menjalani operation pada lutut kanan akibat kecederaan ACL dan PCL yang kaklong alami pada tahun 2005 sbb jatuh motor.



Hasil drpd perjumpaan ngn doc semalam...kaklong dimaklumkan bahawa:



  1. Kedudukan lutut kanan kaklong dah agak lari dan tak senormal dulu lagi, sebab dah dua kali menjalani operation di tempat yang sama.


  2. Kaklong kena jg kesihatan dan bykkan bersenam untuk jaga kelangsungan lutut ni, sebab dalam keadaan lutut yang tak normal...mudah untuk kaklong alami sakit pada sendi lutut yang lazimnya dialami warga tua...that means...dalam usia 40 an pun kalau tak jg kekuatan otot kaki dan tak bersenam...kaklong dah kena sakit sendi lutut...huhu....


  3. Kaklong kena hati2 dan elakkan aktiviti lasak...


  4. Sehingga kini, doc masih tak benarkan kaklong berjoging apa lagi berlari...sebab kondisi lutut kanan masih lemah untuk menampung kekuatan badan...


  5. Kena ambik apa-apa supliment yang boleh membantu untuk melambatkan proses sakit lutut...kat doc, supliment untuk menghentikan kesakitan mmg tak de...untuk melambatkan ada lah...


  6. Doc cakap juga...Bila dah dua kali operation PCL dan ACL, kaklong kn lebih berhati2, sbb paling maksimum pun...lutut hny boleh dibedah pada tempat yg sama sekurang2nya dua kali je...kalau kali ketiga...kn ganti teruslah sendi tu...doc siap buat lawak lagi...bgtau kn guna lutut bionik....kira lutut besi mcm robotlah kot....huhu...tak nakkkkk!!!!

Mudah-mudahan...kaklong dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik untuk melihat perkembangan anak-anak... Doc berulang kali nasihatkan kaklong supaya jaga otot kaki sebaiknya, sebab dalam usia 28 tahun...masih terlalu awal untuk dihidapi sakit sendi lutut...so...jangkamasa masih panjang...kaklong kn bykkan bersenam...



Info tambahan yang kaklong dpt drpd doc... Ahli sukan yang kena kecedraan ACL masih ada potensi untuk pulih selepas dibedah sbb, hanya kecederaan ACL...tak melibatkan PCL... Kalau dua kali dah kena masalah ligament ACL... biasenya ahli sukan tidak lagi dibenarkan bermain... So, dalam erti kata lain, kecedaraan ACL berulang kali akan menamatkan karier pemain bola sepak dan sukan lasak lain...manakala sekali sahaja kecederaan PCL dah mengganngu karier pemain...apa lagi kalau cedera ACL dan PCL serentak mcm kaklong...mmg tak boleh nk main bola, bola jaring, futsal, badminton...huhu...hilang dah nikmat nak bersukan....


Namun, alhamdulillah masih diberikan nikmat-nikmat lain yang terhingga oleh Allah...Syukur Allah atas nikmat yang Engkau berikan..

Friday, July 22, 2011

Sakitkah???.....ACL Ligament Raconstruction (revision)

Salam...

Dah lama bebenor kaklong tak update....
Sebenarnya saat dan tika ini, kaklong bercuti..MC...selepas menjalani operation kali kedua...
Membetulkan urat ligament kat lutut kanan yang dulunya koyak sebab jatuh motor pada tahun 2005...tapi kali ini operation semula sebab yg operate tahun 2008 dulu tu failed...huhu...
Ni kira kes revision la ni...
Jadi...kaklong nak abadikan skt story pengalaman kaklong sepanjang 4 hari kat HUKM...Termasuk cerita tntg breastfeeding...si kecil Fyqah jual mahal tak nak kat kaklong dan sebagainya...juga cerita ttg pengorbanan mak menjaga kaklong kat hospital...


16/6/2011 (Khamis)



  • Kaklong masuk wad...jam 10.45pg dapat katil.

  • Suami, mak dan ayah yg dtg dr Perak hantar kaklong..Fykah pun ada sama....

  • Sedih sgt bila malam tidur tanpa Syafiqah, first time tgglkan Fyqah...

  • Susuibu seperti biasa kaklong pam...tgh mlm kaklong bgn pam susu, pastu cr nurse nak simpan susu dalam freeze..



17/6/2011 (Jumaat)



  • Dalam jam 12.00 tghri kaklong diminta bersiap...nk msk bilik bedah...

  • Mak, ayah, suami dan adik kaklong dtg...Fykah pun dtg gak....sebelum msk bilik bedah, kaklong minta kebenaran kat nurse nak breastfeed Fykah dulu, kalau ikut prosedur tak blh, sbb budak kecil tak blh masuk wad...tapi alhamdulillah staff nurse yg bertugas masa tu bgs sgt....die siap bukakan pintu khas untuk mak bawa Fyqah masuk jumpa kaklong...brestfeed dulu...sebab lepas ni tiga hari kaklong tak boleh breastfeed Fyqah...sebab ambil ubat.

  • Lebih kurang Jam 1.00 tghari kaklong ditolak ngn katil masuk bilik bedah...masa tu berdebar gak..takut....semua ada....

  • Bila dah masuk bilik bedah...nampaklah beberapa orang doktor, nurse....semuanya bertopeng...haha...

  • Sebelum operate...doktor bius ambil tugas dulu..die suruh kaklong duduk bengkokkan badan....die nak cucuk epudaral...kasi bius separuh...cucuk punya cucuk...die tak jumpa gak saraf untuk kasi kaklong kebas....urat apa ntah yg die cari...sakitnya mmg tak terkata...air mata jelah yg mampu kaklong alirkan...haha....

  • Akhirnya...diorang buat keputusan untuk tidurkan kaklong lepas tgk kaklong duk menahan sakit...Alhamdulillah...lega sgt bila doc berhenti mendera kaklong dgn tusukan-tusukan jarum kat tulang belakang tu...Lepas tu kaklong diberi alat pernafasan...dgr suara dok je...suruh kaklong tarik nafas..lepas...tarik...lepas....then...kaklong tak sedar apa dah....

  • Kaklong tertidur...siap bermimpi bagai....tiba2...dgr suara orang panggil kaklong....

  • Rupanya...dah pukul 6.00ptg....operation dah selesai dan kaklong dihantar kembali ke wad...kepala dah pening...loya dan sebagainya...

  • Malam tu, mak temankan kaklong tidur di wad...sebab kaklong tak blh bgn...sebelah kaki dah berbalut dari lutut ke bawah dan tak blh bergerak...

  • Bermula malam tu...mak lah yg jaga kaklong...makan minu...mandi...hehe...lap2 je badan....kasi wangi sikit...idok le masyam tak mandi 3 hari...



18/6/2011 (Sabtu)



  • Kaklong masih di wad HUKM...Suami dan adik2 sentiasa datang....

  • Fyqah plak dah sekian lama tak jumpa...hehe..tak lah lama benor...cuma dah 3 hari tak jumpa....tak breastfeed dia...susu kaklong ttp pam..tpi buang...

  • Production susu semakin kurang...huhu...



19/6/2011 (Ahad)



  • Masih lagi di wad....mak masih setia menemani...

  • Sakit badan mak tidur di hospital tanpa katil atau tilam yg empuk...kaklong je atas katil...tapi mak??? sian tgk mak....kn ingat jasa mak ni....

  • Fykah dtg dah agak petang tu...sedih sgt bila Fykah hanya perhati kaklong dgn muka yg terpingga-pingga...bila kaklong nak ambil die...die tak nak...menolak tgn kaklong...huhu...kenapa ni sayang....marahkan ummi ke?

  • Bila dah pujuk2 akhirnya mahu juga Fykah duk atas riba kaklong...



20/6/2011 (isnin)



  • Pagi tu Dr. Syed yg bertanggungjawab jalankn operation dtg bersama pasukannya...die buka bulatan...cuci luka dan sebagainya...

  • Pastu dia bagitau kaklong blh balik hari ni...yahuu...best....

  • Hampir petang...sampailah kaklong kat umah...Fyqah pun kembali ok....

  • Dah mula nak manja2...cr kaklong nak breastfeed....alhamdulillah sekarang Fyqah masih breastfeed mcm biasa...



Itu lah saja...sepanjnag di hospital kaklong jumpa mcm orang...mcm2 kerenah orang....bila mlm tidur mmg tak lena..mcm2 bunyi ada....mklumlah orng sakit...duk plak wad orthopedik...ada yg potong kaki, patah tulang dan mcm2 lah....jadi...Jagalah kesihatan diri....Ingatlah Sihat Sebelem Sakit....




Wednesday, March 2, 2011

Kecederaan Ligament ACL

Salam....

Setelah berualng alik dari Orthopedik Klinik HUKM sejak tahun 2007, akhirnya sekali lagi kaklong akan buat operation kali kedua untuk ACL Reconstruction pada 17 Jun 2011 ni..InsyaAllah...

Sebenarnya pada 29 Februari 2008 kaklong dah pun buat operation yg sama...tp lebih major...sebab ACL dan PCL Reconstruction.....kalau dulu...doktor yang bertanggungjawab memberi peratus yg tggi kaklong akan pulih dn dpt menjalani kehidupan seperti biasa...beraktiviti sukan mcm biasa...skrg2nya berjoging...tp dukacitanya sampai sekarang kaklong masih tak boleh buat semua tu...

So, slps buat MRI pada September 2010...keputusan diagnosis doktor kali ni....FAILED ACL dan PCL RECONSTRUCTION.....huhu....kos operation dulu RM 30,000...hbs mcm tu je...cuma bernasib baik sbb semua kos tu ditanggung....

Dan sekali lagi...insyaAllah pada 17 Jun nnt....kaklong akan alami perkara yg sama...sekali lagi masuk ke dewan pembedahan untuk diserahkan pada doktor....harap pembedahan kali ni akan berjaya...dan sekurang-kurangnya kaklong blh berjoging...hehe...kasi kurus sikit sama itu badan....

Okey...kali ni kaklong nak kongsi ngn pembaca semua APA ITU KECEDERAAN ACL...artikel ni Utusan Malaysia ye....oleh DR. Khaizatul Ezam bin Abu Bakar......




Secara ringkasnya ligamen ACL adalah ligamen yang terletak di tengah-tengah sendi lutut dan ianya berfungsi sebagai penstabil statik untuk mengelakkan translasi sendi dan rotasi (pusingan) yang berlebihan.

Kecederaan berlaku kerana sewaktu ‘mendarat’ selepas melompat, kaki melekat di atas tanah dan lutut berpusing atau ‘rotate’ secara berlebihan menyebabkan ACL anda terkoyak. (Kes kaklong plak...kecederaan ni kaklong dapat setelah jatuh dari motor)

Koyakan ACL menghasilkan bunyi letupan ‘pop’. Lutut akan bengkak pada kebanyakan kes dan selalunya pesakit tidak dapat meneruskan aktiviti yang dijalankannya. Lazimnya imbasan sinar-X akan dilakukan untuk menentukan tiada kecederaan pada tulang.

Untuk kecederaan ACL pula, selalunya imbasan sinar-X lutut kelihatan normal dan kesan koyakan ACL adalah lebih jelas dilihat melalui pemeriksaan khusus seperti imbasan MRI (magnetic resonance imaging). Selain MRI, perlu juga dipastikan tiada kecederaan lain seperti kecederaan kepada meniskus berlaku di dalam sendi lutut.

Ligamen ini (ACL) tiada potensi untuk pulih sendiri tanpa pembedahan di atas sebab-sebab tertentu, iaitu kedudukannya di dalam lutut yang mempunyai cecair synovial, jarak koyakan dan bentuk ligamen selepas terkoyak menyukarkannya untuk sembuh secara semula jadi.

Kesan koyakan ligamen ACL yang menyebabkan sendi lutut menjadi tidak stabil khususnya dalam pergerakan yang melibatkan rotasi atau ‘twisting’.
Dalam sukan bola sepak, pergerakan ‘cutting’ juga tidak boleh dilakukan bagi seseorang yang mengalami kecederaan ligamen ACL.
Dalam jangka masa panjang, sendi lutut yang tidak stabil bakal merosakkan struktur rawan dan akan menjalani degenerasi (kemerosotan) lebih pantas lagi berbanding lutut yang normal.


Oleh itu, keadaan sendi lutut yang tidak stabil akan kekal sehinggalah pembedahan dilakukan ke atas ligamen ACL iaitu pembedahan rekonstruksi ACL secara Artroskopi (minimal invasive) menggunakan tendon di sekitar lutut seperti hamstrings atau bone-patella-bone tendon, tanpa mengganggu mekanik sendi lutut sekiranya digunakan. (Pembedahan nilah yg akan kaklong lalui buat kali kedua....)


InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...