Thursday, February 20, 2014

Tahniah Ude n Dqeen...

Assalamualaikum....

Tahun 2014 ni juga...keluarga kaklong terima kehadiran keluarga baru...selain Sumayyah yang dikandung 9 bulan..;)

Alhamdulillah...kami terima Shadiqin sebagai ahli baru...Tahniah pada ude...adik kaklong keempat atas perkahwinannya... Majlis meraikan pengantin baru...kata orang majlis sambut menantu tlh diadakan dirumah mak ayah kaklong pada 1 Februari 2014...seminggu sblm Sumayyah lahir...mujurlah Sumayyah taknak kuar time kenduri...kalau tak...kelam kabut gklah nnt...

Untuk ude....
Selamat Melayari Alam Rumahtangga..
Sentiasa dekatkan diri dgn Allah dlam apa jua keadaan..
Bimbinglah isteri dgn baik dan moga kehidupan kalian aman bahagia sejahtera hingga ke syurga...

 Ude dan Dqeen... Diorg ni knl masa bljr kat UTP...

 Pengantin baru ngn pengantin lama...Sumayyah dalam perut...kaklong mmg bambam ms ni...muka mmg dah lebam..kata org dh nmpak sarat nk melahirkan..

 Inilah keluarga besar kami...alhamdulillah...empat dah kahwin...tggl lagi empat msh bujang terantang tang...

 Mak ayah...jas kalian membesarkan kami tak terbls.... Prop untuk posing kat luar ni hsl kreativiti adik ipar kaklong yg mmg kreatif ngn adik2 lain...Thanks Shiela...

Ni...ms majlis ngn saudar mara...selalunya buat dlm rumah waktu mlm...kl ni disebabkan ramai yg tak dpt menghadirkn diri waktu mlm...kita on waktu ptg je...buka hadiah n suai kenal ngan adik beradik...

Alhamdulillah majlis berjln lncr....terima kasih pada semua....kaklong kali ni tk ambil byk part sgt..sbb dok mengah tggu ms nk melahirkan...semua adik2 bekerjasama...mlh jiran tetangga dan saudara mara semua membntu... Moga keluarga yg dibina kekal bahagia dan dilindungi Ilahi.


Wednesday, February 19, 2014

Pengalaman Melahirkan Anakanda Ketiga

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kaklong dah selamat melahirkan ahli baru dalam keluarga kami. Anak ketiga kaklong...mmg tak byk yg kaklong bicarakan ttg kandungan ketiga ni dalam blog kaklong..maklumlah...dh smkn slow berblog... dh byk apliksi sosial skrg ni...tak terkejar semuanya.... whatsup...wechat...telegram dan fb...huhu...blog ni dh jauh tertinggal...

Namun, bila ada peristiwa yg sgt istimewa...kaklong ttp nk abadikan dlm blog ni...dn tentunya yg istimewa ialah kelahiran anakanda yang ketiga...seorang puteri yg diberi nama Tengku Nurain Sumayyah binti Tuan Mohd Shahimi. Dilahirkan di Hospital Serdang pada hari Sabtu 8 Februari 2014 jam 12.10 tengahari.
Kelahiran kali ni juga di permudahkan Allah swt...syukur sangat ya Allah...

Sumayyah si kecil....usianya masa ni 8 hari...

Jumaat (7 Feb 2014)
Kaklong masih bekerja mcm biasa...mengurus dan menyelars program yg sdg berjalan...mggu tu mmg agak sibuk...setiap hari berjalan dan trn naik tangga..sbb bangunan tmpt kaklong kn uruskan program ni kat tgkat dua dan takde lif..so, trn naik tggalah kaklong mggu tu..

Pada sbkh ptgnya ada meeting..dlm mesyuarat tu jg dibncagkn ttg tgs2 kaklong yg msh byk n sdg berlangsung...konon nk kn brief dgn pegawai lain sblm kaklong mula bercuti panjang... tp disebabkan due date klhrn kali ni pada 17 Feb...so, kaklong tgguhkan dulu n akan brief pegawai tersebut pada hari Isnin 10 Feb nnt...

Pada jam 2.00 pg...tgh nyenyak tdr..tiba2 rasa ada sesuatu yg basah...byklh jg...kaklong terkejut dn bgnkan suami...bila bgtahu kat suami...di tnya..nk pi hospital ke...kaklong kata tak perlu lagi kot...sbb tak rs skt apa langsung...tp standby gaklah..call adik kaklong yg baru khwin tu...suruh dtg umah ngn wife die utk jagakan Fyqah n Naufal..kot2lah emergency tiba2 kena pi hospitl mlm tu.. tp smapai ke subuh...sakit tak kuat pun..siap blh smbung tdr..tp tk lena lah...

Sabtu (8 Feb 2014)
Jam 6.30 pagi...kaklong call mak kat manjung..bgtau kta air ketuban dh pecah...mak syorkan spya segera ke hospital walaupun tak skt...sbb ir dh pecahkan... so, dalam jam 8.00 pagi lbh krg..kaklong dan suami pergi hospital...anak2 kami tgglkan ngn pakude n makude yg jaga...sampai kat hospital...kaklong mnta suami trs ke tempat parking je...sbb nak jln kaki je dewan bersalin...tak pyh dropkan kaklong dpn dewan bersalin...makanya...berjalanlah kami berdua dr tmpt parking Hospital Serdang tu...kaklong ckp kat suami...dtg cek je kot..sbb tak skt..kalau ok...kita blk dululah...tghri skt br dtg smla..

Sampai kat Kaunter...kaklong daftar n mcm biasa diorg tanya itu ini.... pastu tggu kjp nurse pggl...then dalam jam 9.00 ke 10.00 pagi lbh krg...nurse dan dua doktor wanita Melayu dan India dtg cek segala...melalui CTG...jantung baby byk tdr....kaklong pun knlah cucuk masuk air satu beg... Cek air semua ok..tp doc hnya bagi tempoh 24 jam je..kalau msh tak bersalin dlm tempoh 24 jam..doc nak induce...dalam jam 10.30...bukaan hnya 3 cm...kata diorag lmbt lagi...sbb kaklong tak sakit..bermakna tkde contraction... so, deme bagi baju suruh salin dulu...dan nk hntr kaklong ke wad..tp disebabkan wad pnh...jd deme suruh tggu kat sofa...kata doktor...nk cek kaklong semuladalam jam 2.30 petang nnt...sbb tu kn duduk kat wad.

Sambil menuggu kat sofa tggu wad kosong..smptlah berwasap ngn husband...tiba2 dtg sakit yg sgt kuat...tk mmpu nk ddk dh...ngadu kat nurse yg duk lalu lalang...dia suruh baring rehat kat katil dalam bilik dressing apa nth...baringlah kaklong menahan sakit yg mkn kerap dtg...dlm jam 11.30 tgh..kaklong wasap kat husband bgtau sakit...sgt...ms tu dia tgh bereht dlm keta..so, bila bgtau skit...dia pun dtg kt kaunter dewan bersalin...

Lbh krg jam 11.45 tghri skt kuat sgt...kaklong jerit pggl nurse dn doc....sbb tmpt kaklong rehat ats ktl dlm blk tu bkn ada sape...smbl pggl...smbl ketuk dinding..klm kbt diorg dtg..nk cek bukaan lgi...kaklong bgtau kt dh nk bersln ni..sbb rs mcm dh nk kuar...tp doktor still nk cek dl...bila cek...doc kt dh full n hntr ke labour room...ms tu nurse suruh kaklong mengiring n kawal jgn teran lgi....sdgkn rsnya klu teran tu mmg baby nk kuar dh... smp kt labour room...tk smpt tkr katil...baby slmt dilhrkn...nurse bising gklh...sbb kaklong terbersalinkn baby ats katil tu je...dn lagi...kaki pun tk angkt pe...sbb..ms mengiring tu dh skt...bila nurse mnt kaklong pusing badan baring terlentang..kaklong dh bgtau yg baby terkeluar bila sy baring..dan...mmg berlaku pun....pusing je bdn...tarik nafas...lps nafas..trs dgr suara baby nangis... tnpa perlu meneran apa...baby selamt dilhirkan pada jam 12.10 tengahari di Labour room no.15 Hospital Serdang...

Klhrn yg mdh....alhamdulillah.... Moga puteri kecil yg dilahirkn dgn brt 2.92 kg ini sihat dn dirahmati Allah spnjng khdupannya kelak...

 Kakak Fyqah, Abg Naufal dn Adik Sumayyah...


Thursday, October 24, 2013

Siri 5 :: Kembara Turki [Menyelusuri Selat Boshporus serta Mendalami Semangat Ketenteraan)

Assalamualaikum..

Jom kali ni join kaklong sambung jenjalan kat Turki...
N3 kali ni nk ajak sesiapa yg sudi membaca ni naik feri menyelusuri Selat Boshporus.
Sepanjng selat tu byk juga pemandangan indah yg dapat ditgk...malah dapat juga tgk bbrapa tgglan sejarah yg menjadi kebanggaan Istanbul.

Untuk sampai ke tempat naik feri ni, kaklong dan kawan2 bergerak dr umah yg kami menginap tu naik train way. Mudah je...dari Pazartekke terus ke Kabastas.
Huhu...teringat plak moment indah berjalan ngn kwn2 kat sana.. bila dh balk Malaysia n sibuk ngn kerje kat office..kdg2 kami jd lupa bhwa kami prnh susah sng masa kat negara org..

Inilah feri yg bakal kami naiki.

Masih di persekitaran dataran feri.

Terpukau sebentar ngn keindahan pemandangan Turki.

Masa ni musim luruh...cuaca panas..

Kak Su..my officemate.

Sebelum naik feri, sempat membeli belah kat Spice Bazar...tp tak puas hati pi sekejap sgt....hnya smpt 'scan' ngn mata je..tp tak beli..huhu..

Menyesal sampai sekarang...sbb tak trs beli apa yg berkenan...buat sesiapa yg nak travel...kalau jumpa yg berkenan dihati tu..beli jer...kalau hrp nk jmpa blk mmg pyh dn sgt minima peluangnya.

Rempah ratus yg dijual.
cantik kan bks lampu tu...diperbuat dripada kaca...sabiji pun kaklong tak beli sebagai kngn...sdgkan itulah tanda kngn dr Turki.

Us. Fauzan...our fasilitator sepanjang program kat sana.. Masa ni dah naik feri dan baru nk bergerak.

My officemate..Us. Najhan...seorang hafiz yg agak pendiam..tp dh sampai sana blh thn jugalah...
Tgklah pemandangan kat belakang tu...binaan rumah dan kedai di Istanbul...padat kan.

Kami bertiga...Kak Su, me n Kak Syiqin...kiri kanan kaklong tu ibu beranak 3 yg stay maintain n cute...

Inilah Istana Dolmabache..istana yang mewah dan kini menjadi muzium.

Istana Dolmabache yang dibina oleh Sultan Uthmaniyyah sehingga menyebabkan kerjaan Uthmaniyyah byk berhutang dan akhirnya terpaksa menggadai tanah dan wilayah Islam kepada banker Yahudi.

Me dan Kak Iqin...

Melalui jambatan yang merentasi Selat Boshporus.

Pelancung yg turut serta dgn kami..

Bendera Turki berkibar dengan megahnya.

Gambaran kepadatan pendudukIstanbul, Turki dan masjid ada dimana-mana.

Rumeli Hisari...terpana dgn binaan Rumeli Hisari yg masih kekal terpelihara sehingga kini..binaan ketika Muhammad al-Fateh sekitar tahun 1435 masihi...terus utuh sehingga kini.

Sayang nk tgglkan pandangan Rumeli Hisari...nth bila akan kembali menyaksikannya.

Kedai dan hotel di persisiran Selat Boshporus.

Dalam train dari Kabastas dan kembali ke Pazartekke..

Sebelum balik tu...selepas naik feri...kami terus ke Muzium Askar yg terletk ngn kawasan Bukit Galata. Sempat juga menyaksikan lagu laungan semangat yang dimainkan oleh tentera Uthmaniyyah sebelum keluar berperang suatu ketika dulu.

Barisan yang berperana dalam mempersembahkan lagu laungan semangat ni ialah ketua tentera, pemain alat muzik dan para ulama yang mendendangkan bacaan ayat suci al-Quran.

Misai tebal adalah trademark diorng ni..

Barisan ulama yang berbaju merah tu akan membacakan ayat2 suci al-Quran..mmg menaikkan semangat.

Dapat juga kami bergambar ngn pelakon panglima perang ni.

Peta terawal yang dilakarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah.

Meriam yang wujud ketika era Uthmaniyyah.

Lagi meriam.

Askar Mustafa Kamal al-tartuk...pemakaian askar dan berubah ketiak era at-tartuk...ni gambaran askar at-tartuk sedang mengikuti kelas.

Pemakaian baju besi oleh tentera Uthmaniyyah.

Inilah die 'Golden Chain', iaitu rantai besi yang diletakkan oleh Kerajaan Bayzantium merentasi Selat Boshporus antara Asia dan Eropah bagi mengawal Kota Istanbul agar tidak diserang oleh tentera Islam, termasuk Muhammad al-Fateh.
Namun atas kebijaksanaan al-Fateh, beliau mengetuai tentera Islam mengangkat 70 buah kapal perang merentasi Bukit Galata dan akhirnya berjaya menyusuri Selat Boshporus dan akhirnya berjaya sampai ke Kota Istanbul.

Suasana perang al-fateh menawan Kota Istanbul.

Replika al-Fateh..

Gambaran al-Fateh dan tenteranya...disebelah al-Fateh yang berserban putih ialah gurunya, seorang ulama yg sentiasa mendampingi dan didampingi al-Fateh, Sheikh Samsuddin al-Wali.

Jata Negara Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam laluan keretapi bawah tanah.

Sampai kat laluan pe ntah...tp mmg byk kedai2 yang menjual barangan Eropah..sgt murah dan berbaloi untuk beli...tp kami tak beli...huhu..

Barangan Tefal...murah ooo berbanding ngn harga yg dijual kat Malaysia.

Usai solat jamak Maghrib dn Isyak kat surau masa lalu kat pasar dan bangunan-bangunan kedai..kami sampai di Dataran Taksim.

Tugu yg ada di Dataran Taksim, sehari sebelum kami sampai sini...ada berlaku sedikit kekecohan disini.

Kami berenam..dan masuk kerje...masing2 busy ng tgs dan tggugjawab.

Turun ke jalan keretapi bwh tanah untuk kembali ke rumah di Pazartekke.

Keceriaan seorang pelancung Malaysia terserlah..hihi... Malam tu kami kembali ke bilik masing2 dgn lutut yng lemah longlai...dan esok kami kembali segar untuk meneruskan kembara.

Jauh perjalanan, luas pengalaman dan semoga pengalaman tersebut menambah kemahiran dan pengetahuan.

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...