Cara Mningkatkan Penghasilan Susuibu ibu, ialah:
- Letakkan bayi berada dekat dengan dada ibu.
- Elakkan memberi puting kosong dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting sekaligus mengurangkn kekerapannya melakukan penyusuan langsung dari B ibu.
- Galakkan bayi menyusu sekerap yang mungkin. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susuibu dihasilkan.
- Jangan sesekali menghadkan kekerapan bayi menyusu. (Pam susuibu jika bayi tidak menyusu).
- Susukan bayi dengan kedua-dua belah B. Jangan hanya menumpukan pada sebelah bahagian sahaja. (Jika bayi sudah kenyang dan tidak mahu menyusu lagi pam B sebelah lagi)
- Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan aliran susu.
- Jangan beranggapan kita terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sba menunggu bayi menghabiskan sesi penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendri kerana kita dan anak sama-sama sedang melalui proses pembelajaran untuk menjayakan penyusuan susuibu.
Yang penting kita Ikhlas untuk pastikan anak mendapar khasiat susuibu sepenuhnya. InsyaAllah..selain mengandungkan, melahirkan, menjaga dan memelihara anak sebaik mungkin, menyusukan anak dengan susuibu juga adalah hak anak-anak yang perlu dilaksanakan oleh ibu selagi ada kemampuan dan sihat tubuh badan.
No comments:
Post a Comment