Salam...
Okkkey...ni menu seterusnya dari kaklong...ambik haa...dua entry masakan sekaligus...sebabnyer..kaklong duk proses data dlm handfhon sebenarnyer...ms duk pindah fail...jumpa plk pic segala mskn yg simple kaklong sediakan untuk family... Kali ni menu untuk 15 Mac 2013..Hari Jumaat..
Menunyer..Ikan goreng + Sayur Campur + Sambal Sotong...mkn ngn nasi panas...tak mau nasi perangat tau...
Ikan Goreng
Lumurkan ikan ngn garam dan kunyit..pastu gorengkan je.
Sayur Campur
3 ulas bawang merah - Tumbuk
2 ulas bawang putih - Tumbuk
1/2 inci halia - Tumbuk
2 ekor sotong
1 biji bawang merah / bawang holand
Brokoli
Lobak Merah
1 sudu Sos tiram
Bancuhan 1 sudu teh tepung jagung ngn sedikit air.
Sedikit minyak.
Caranyer mudah..sesuai untuk ibu yang tak punya byk masa kat dapur.
Panaskan minyak..tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
Masukkan secawan air bila bahan tumisan dah garing, pastu masukkan lobak. bila dh lembut..masukkan sotong yang dah dipotong. Pastu masukkan sos tiram.
Pastu..baru masukkan brokoli...jangan lama..sbb nnt tak best rasenyer...
Bila dah hampir nk masak...masukkan bncuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Pastu ttp api...jgn masak lama...dalam 10-15 minit je untuk sediakan semua ni.
Sambal Sotong
500 gram sotong yang kecil
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili boh. (Kaklong selalu guna MAZ)
Sedikit belacan bakar
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Minyak untuk menumis.
Garam dan Gula
Caranyer.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang ditumbuk.
Masukkan cili boh bersama belacan dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan sotong, jgn lame tau.
Pastu terus masukkan air asam jawa, cili cos, tomato sos dan perasakan dengan garam serta gula.
Kalau dah ok..ttp api dan boleh lah dihidangkan.
Blog ini hanya bertujuan untuk menyimpan cebisan kisah anak-anak dan mungkin ada juga sesuatu yang ingin kaklong kongsikan untuk tatapan pembaca terutama hal-hal berkaitan keluarga, wanita bekerjaya, penyusuan bayi dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
InsyaAllah akan kembali..
Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran... Berkongsi untuk menyimpa...
-
Assalamualaikum. Semak betul sawangnya ya...hihi...ayat biasa lh tu bila blog tak update kan... Today, kaklong nak update story ten...
-
Assalamualaikum. Baru-baru ni pada 1 September 2015, anak sulung kaklong Syafiqah telah selamat menjalani pembedahan Hernia. Kaklong dan ...
-
Assalamualaikum. Sempena sambutan Hari Polis Ke 209 hari ini, kaklong nak citer sikit lah pasal lawatan sambil belajar kaklong dan anak...
No comments:
Post a Comment