Salam...
Hari ni nk share resepi lagi...setelah lama menyepi....gitulah kaklong...time lapang sampai 2 ke 3 entry sehari...bila menyepi...lama sonyapnyer.. Ok..kali ni pun resepi mudah je..bhnnye amatlah mudah.. Tapi sgt bahaya untuk yg ada resdung n alah pd udang...yg tk suke mkn udang or alah pada seafood...tgk ajelah ye...
UDANG MASAK TOMATO
BAHAN-BAHANNYA
500 gram udang
Sedikit serbuk kuniyt dan garam (Gaulkan bersama udang)
Minyak untuk menumis
4 biji bawang merah (Tumbuk)
2 ulas bawang putih (Tumbuk)
1 sudu besar Sos Tomato
1/2 sudu Sos Tiram
1 Ulas Bawang Besar (potong bulat)
1 Biji Tomato (Sebelah dipotong dadu, sebelah lagi slice kan jer)
1 tangkai Cili Hijau
Cara-caranya
Goreng udang yang telah digaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng kjp je..jgn lama.
Angkat udang dan ketepikan dulu.
Tumis bahan tumbuk dgn menggunakan minyak hasil goreng udang tadi..kalau minyak byk sgt..buang sikit.
Masukkan tomato yang dipotong dadu..tumis sampai layu.
Masukkan sos tomato dan sos tiram..
Dah agak menggelegak..baru masukkan udang, bawang dan cili serta tomato...
Perasakan dengan garam. gaul rata, tutp api dan hidangkan.
Blog ini hanya bertujuan untuk menyimpan cebisan kisah anak-anak dan mungkin ada juga sesuatu yang ingin kaklong kongsikan untuk tatapan pembaca terutama hal-hal berkaitan keluarga, wanita bekerjaya, penyusuan bayi dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
InsyaAllah akan kembali..
Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran... Berkongsi untuk menyimpa...
-
Assalamualaikum. Semak betul sawangnya ya...hihi...ayat biasa lh tu bila blog tak update kan... Today, kaklong nak update story ten...
-
Assalamualaikum. Baru-baru ni pada 1 September 2015, anak sulung kaklong Syafiqah telah selamat menjalani pembedahan Hernia. Kaklong dan ...
-
Assalamualaikum. Sempena sambutan Hari Polis Ke 209 hari ini, kaklong nak citer sikit lah pasal lawatan sambil belajar kaklong dan anak...
1 comment:
assalam kak long izan..acik memang suka makan udang..tapi tak nberapa tahan [pulak bila dah tua2 ni
Post a Comment