Monday, February 22, 2010

Seminar Undang-Undang Islam dan Hukuman Sebat Wanita

Salam

Dah lama sgt kaklong tak buat n3 baru kan...
Tp, xpelah...blog ni pun taklah jadi kunjungan sgt...
Kaklong pun bukan blogger tegar...
Sekadar mengisi kelapangan waktu yg ada...berkongsi sekadar apa yg patut...
Baru2 ni...kaklong hadiri Seminar Undang-Undang Islam dan Hukuman Sebat Wanita di Bilik Senat, Bangunan Canselori UKM....
seminar ni anjuran Institut Islam Hadhari UKM...
Program berlangsung pada 18 Februari 2010 (Khamis)...
Pergi sorang je dr ofic...tp taklah drive sendiri...naik keta jabatan...

Kalau kn pergi sendiri mmg tak pegi dah...
Huhu...dh mls nak drive keta jauh2 tgh sarat2 mcm ni...

Bagus gak program ni...melalui seminar ni banyak ilmu mengenai peruntukan hukuman sebat dalam undang-undang Islam yg kaklong dan semua peserta perolehi...
Yg penting...
masyarakat kena faham bahawa...hukuman sebat syarak yang dilaksanakan di Malaysia ni...tak sama seperti hukuman sebat sivil..

malah tak melukakan pun...dan mmg tak boleh pukul sampai mendatangkan kesan luka... Hukuman yg dilaksanakn hanya bertujuan untuk mengajar..
Memberi pengajaran agar kesalahan tak diulang kembali...


Masalah sosial remaja Islam pada hari ni pun semakin teruk dan berleluasa...
Perlaksanaan hukuman yg lebih berhikmah dan memberi pengajaran amat perlu diberikan...

Bukan menghukum mereka dengan keras sehingga akhirnya timbul rasa dendam dan sebagainya...


Sekian, omelan kaklong di pagi hari...

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...