Tuesday, July 24, 2012

Halalkah makanan dan barang gunaan kita?

Salam...

Dalam keasyikan meraikan ramadhan...jangan lupa tengok2 gak makanan kita tu... Halal kah? Lebih tepat lagi..carilah yang HALALAN TOYYIBAN...iaitu makanan yang halal dan baik...dalam erti kata lain..baik dari segi khasiatnya, baik untuk kesihatan serta bersih dari aspek penyediaannya.

Kalau kita perasan dan ambil tahu...tntu dh maklum tentang Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011..boleh klik sini kalau nk baca...Kenyataan KP Jakim tentang APD 2011.. Semua orang Islam, perlu dan wajib ambil tahu tentang ni sepatutnya...

Logo Halal Malaysia yang diktiftiraf JAKIM dan JAIN. Dibawah logo tersebut ada kod bagi Standard Halal (Ada 7 standard halal, lazimnya ialah MS 1500:2009 merupakan standard halal bagi produk makanan). Kod yg kat bawah tu, no. rujukan syarikat pengeluar. Logo Halal diberikan untuk tempoh 2 tahun, pastu kena renew. Kecuali rumah sembelihan, logonya hanya sah 1 tahun je..

Intipati yg menarik boleh kaklong kongsikan bersama tentang isu ni semasa berbual dengan rakan2 dari Bah. Hab Halal Jakim:
  1. Menjadi satu kesalahan bagi mana-mana premis makanan atau syarikat produk makanan menggunakan istilah-istilah halal, ditanggung halal, pasti halal atau buffet ramadhan bagi menarik pelanggan muslim sedangkan mereka tidak mempunyai logo halal Malaysia yang sah. Kalau terjumpa, boleh buat aduan pada Jakim. Termasuk juga kepada restoran2 mamak atau mana2 premis makanan bukan Islam yang mempamerkan ayat2 al-Quran bagi mengelirukan umat Islam adalah salah menurut akta tersebut, dan pengusaha premis boleh didakwa.
  2. Kalau nak beli ayam, daging atau apa sahaja dari sumber haiwan yang disembelih, pastikan kita beli yang ada logo halal. Sebabnya kalau kita beli dari tempat sembelihan yang tak tau mana tempat...ntah halal atau tak...binatang2 tu semua memang halal, boleh dimakan...tapi bagaimana cara sembelihannya...bagaimana cara prosesnya dan nth bagaimana kilang atau tempat penyembelihannya...adakah kita pasti dgn kebersihannya? Jadi, eloklah cari yg ada logo Halal... Rakan2 kita di Jakim memang ambil tanggungjawab ni untuk pastikan rumah sembelihan yang dapat logo halal insyaAllah halal dan baik untuk umat Islam. Diorang juga ada buat pemantauan bagi rumah-rumah atau tempat-tempat sembelihan yang dah dapat logo Halal Malaysia, sama ada dr Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi memastikan peraturan dan syarat yang sepatutnya dipatuhi sepenuhnya.
  3. Kalau nak beli apa sahaja produk makanan di pasaran, pastikan ada logo Halal. Sekurang-kurangnya kita yakin bahawa makanan tersebut halal... tp, belum tentu baik tau...cthnya mcm jajan ke...mmg sahlah tak berkhasiat kan... Tapi halal di makan bila mana ada logo halal. So, selain daripada belek2 tgk tarikh luput tu, tgk jugalah logo halal nya, ada ke idak...kalau ada...tgk juga logo halal tu diiktiraf atau tidak.. Ni logo halal yang diperakui JAKIM dan JAIN dan sini logo halal yang tidak diiktiraf. Jadi, berhati2lah ye...sebab apa yg kita makan, anak2 kita makan dan ahli keluarga kita makan akan jadi darah daging kita.
<>
<>
 

No comments:

InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...